|
Oleh : TS LOO
Menurut cerita, resepi “Ayam Kung Pao” mendapat namanya pada zaman Dinasti Qing, lebih 200 tahun yang lalu.
Nama "Kung Pao" diambil sempena nama Ding Baozhen, seorang yang ternama ketika itu. Ding Baozhen berasal dari Provinsi Guizhou.
Ketika memegang jawatan sebagai Gabenor Provinsi Sichuan, beliau berusaha memperbaiki sistem pengairan di Dujiangyan untuk membantu penduduk tempatan mencegah bencana banjir. Beliau dianugerahi gelaran "Tai Zi Shao Pao" hasil sumbangan yang besar itu.
"Tai Zi Shao Pao" ialah salah satu gelaran anugerah dari kumpulan "Kung Pao". Ding Baozhen sangat suka makan ayam dadu goreng. Oleh itu, untuk memperingati jasa Ding Baozhen, penduduk tempatan menamakan resepi ayam dadu goreng sebagai "Ayam Kung Pao".
Bahan:
Daging ayam yang dipotong dadu 2x2 sm
kacang tanah, kicap
halia yang dicincang halus
cabai kering
gula
daun bawang dipotong sepanjang 2 sm
bawang putih yang dicincang kasar
lada hitam ditumbuk kasar
minyak masak untuk menumis.
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam, kacau hingga separuh masak.
3. Tambahkan daun bawang dan perencah lainnya. Kacau rata.
4. Masukkan air, cabai kering dan kicap, dan biarkan mendidih hingga pekat.
5. Angkat. Bubuh dalam piring dan sajikan.
sumber info: http://iresipi.com/resepi/ayam-kung-pao/show |
|