CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2395|Reply: 1

Weifang, Bandar Layang-Layang Sedunia Di China!

[Copy link]
Post time 27-4-2016 06:13 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Layang-layang China mempunyai sejarah lebih 2000 tahun. Layang-layang menjadi sejenis permainan dan kesenian yang amat popular dalam kalangan rakyat China.




Oleh sebab wilayah China yang amat luas, layang-layang di negara ini juga berbeza-beza. Selain itu, tradisi layang-layang juga berkait rapat dengan budaya tempatan di kawasan yang berbeza.



sumber foto: http://www.chinahabitat.gov.cn/


Bandar Weifang terletak di provinsi Shangdong, timur China. Menurut catatan sejarah, bandar tersebut pernah dikenali kaunti Wei. Bandar tersebut terkenal dengan kebudayaan tempatan termasuk seni kraf tangan yang cantik dan unik.



Menurut catatan lama China, layang-layang mula dikenali di bandar Weifang sejak zaman Dinasti Song (tahun 960 - 1279 Masihi).




Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, layang-layang semakin popular di Weifang. Seorang sasterawan yang terkenal di China, Zheng Banqiao pernah mencipta lagu yang mengisahkan suasana penduduk tempatan bermain layang-layang ketika beliau menjadi ketua kaunti di Weifang pada zaman Dinasti Ming.




Menurut beliau, layang-layang yang dimainkan oleh penduduk tempatan pada ketika itu seumpama salji yang berterbangan.




Seorang lagi sasterawan yang sezaman dengan beliau, Guo Lin juga pernah menggubah syair yang menggambarkan keriangan penduduk tempatan bermain layang-layang di tebing sungai ketika cuaca cerah.




Pada zaman sekarang, layang-layang bukan sahaja sejenis permainan, malah seni kraf tangan yang digemari oleh pelancong yang datang ke bandar itu.






Maka, layang-layang telah menjadi simbol pelancongan bagi bandar Weifang. Difahamkan, Pesta Layang-layang Antarabangsa ke-33 anjuran Pusat Sukan Awam Jabatan Pentadbiran Sukan China, Persatuan Layang-layang Antarabangsa dan pihak berkuasa bandar Weifang akan diadakan di Weifang pada 16 April tahun ini.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Not bad at all
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053406 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list