View: 7374|Reply: 12
|
Awas! 3 Kesan Bahaya Jika Kerap Minum Air Detox Lemon
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Jika dahulu, berlumba-lumba orang ramai nak membuang toksin dengan mengamalkan pengambilan minuman detox.
Minuman air detox adalah untuk membuang toksin bagi mengurangkan berat badan. Lemon kebiasaanya mejadi pilihan mereka yang berdiet. Buah-buahan yang lain pun ada juga digunakan, tapi majoritinya lebih gemar menggunakan air lemon.
Tapi tahukah anda dengan meminum air lemon yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan. Jika kesan-kesan ini dah mula dirasai, kurangkan pengambilan air detox lemon ini. - CARI Infonet
1) Hakisan gigi
Lemon kan berasid, bila kita minum bergelas-gelas air yang berlemon gigi kita turut kerap diselaputi asid dan ianya mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas.
Untuk perlindungan, gunakan straw bagi minuman yang berasid.
2) Pedih ulu hati
Minuman berlemon juga boleh memedihkan ulu hati dan ini akan menyebabkan bahagian antara dada dan perut anda terasa pedih dan sakit.
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berasid bagi mengelakkan dan mengurangkan simptom ini.
3) Kerap buang air dan dehidrasi
Air lemon mempunyai kesan diuretik dan ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini terkenal dengan sifat diuretik bermakna ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing di dalam buah pinggang dan ini akan membuatkan anda kerap untuk membuang air.
Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, rasa haus, kulit kering, sakit kepala segara kurangkan pengambilan air lemon.
Kredit : livestrong.com
|
|
|
|
|
|
|
|
ada keburukannya kalau ambil berlebihan.. hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Hakisan gigi? |
|
|
|
|
|
|
|
semua bnda tk boleh diambil secara brlwbihan |
|
|
|
|
|
|
|
gastrik kembali melanda... pengalaman diri sendiri.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Elok utk kasi lawas peot air lemon suam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah selalu tgk kakak2 kat opis suka naaa bawa bekal air ni ...hari2 pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.. kita baru nak mula amik air lemon ni, takut lah pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
apa apa pun kena sederhana ...hehe of course lemon ni acidic trapi limau purut juga acidic hehehe
yang i tahu kalau minum jus carrot sebab carrot kan beta carotene - ada pigment yg bagus kalau diambil dalam kadar yg selamat dan sederhana tapi jejaga sap ayg ada penyakit hati di mana hati dia tak dapat nak metabilise atau proses vitamin A dengan berkesan maka ini juga satu bend ayg bahaya dan janganlah minum jus carrot juga sehari harian setipa kali makan - ada kawan saya back in 1996 kena pi jumpa doktor akibat demam dan bila doktor memeriksa tangan dan aki dan muka dia pun ada mendapan pigmen kat tapak kai , sekitar mulut dan benda yg visible atas permukaan kulitlah so..doktor nasihatkan untuk kurangkan carrot juice
so ....pokoknya apa apa pun kena berilmu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi lemon elok. Amik kena secara bersederhana in sya allah tak mudarat |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh.. ingat nk try air lemon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh try e detok apple - https://www.ibelibeli.com/shop/product/e-global-e-detox/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|