Teringin pula kentang goreng ala Mc Donald petang-petang ini. Rangup dan enak sekali dicicah dengan sos cili.
Tahukah anda ia boleh sahaja disediakan sendiri dengan penggunaan beberapa bahan di dapur.
Nah, sekarang anda sudah tahukan bagaimana untuk sediakan kentang goreng ala McD.
Bahan-bahan
Kentang
Tepung serbaguna
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Potong kentang secara jejari
Rebus kentang bersama sedikit garam
Rebus sampai 1/2 masak dan tos kan
Kemudian gaul kentang bersama tepung serbaguna
Goreng sehingga masak atau kekuningan
Sedia untuk dihidangkan
Nota : Kentang juga boleh terus goreng tanpa direbus terlebih dahulu. - CARI Infonet