View: 1069|Reply: 0
|
PRN Sarawak: 24,604 Anggota Keselamatan Mengundi Awal Hari Ini
[Copy link]
|
|
sumber foto: google image
Sejumlah 24,604 pemilih terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan masing-masing akan mengundi awal di 79 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata proses pengundian akan berlangsung di 100 saluran mengundi, bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Abdul Ghani dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, jumlah itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Kota dan Bukit Sari yang tidak dipertandingkan.
PRN-11 menyaksikan perebutan 82 kerusi Dun termasuk 11 kerusi baharu.
Pada hari penamaan calon 25 April lalu, BN menang tanpa bertanding di Bukit Kota melalui penyandang Abdul Rahman Ismail dan kerusi Dun Bukit Sari oleh penyandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.- CARI Infonet
berita selanjutnya: http://www.astroawani.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|