sumber foto: sedutan video di Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib
Walaupun zaman kian moden namun amalan khurafat atau sihir yang menyalahi agama untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati atas alasan dendam atau hasad dengki individu tertentu masih menjadi pilihan orang ramai.
Filem seram arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23 , Syamsul Yusof yang turut mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan jin dan syaitan dengan berjudul Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat) jelas mendapat sambutan hebat di kalangan masyarakat ketika tayangannya bulan lalu.
Filem yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof, mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita.
Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Terbaru, paparan sebuah video pendek hasil rakaman kamera litar tutup atau CCTV yang dimuatnaik di Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib menunjukan seorang wanita separuh usia dalam rakaman berkenaan didakwa sedang melakukan perkara mistik terhadap sebuah premis perniagaan.
Jelas kelihatan wanita itu duduk di kaki lima depan sebuah kedai lalu terkumat kamit membaca sesuatu selepas mendapat barang yang dihulurkan tangan seseorang.
Seterusnya dia mula menabur objek kurang jelas di sepanjang pintu masuk kedai sebelum beredar dengan tergesa-gesa.
Jika diperhatikan betul-betul menerusi paparan video, wanita itu bukan sahaja menabur sesuatu malah ada bayang hitam yang ditinggalkannya di situ.
Jom saksikan rakaman video tersebut :
Dapatkah anda kenal pasti bayang hitam dimaksudkan?
Apa-apa pun jika benar makcik dalam rakaman video ini melakukan perkara yang menyalahi agama, semoga dia sempat bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan yang benar.
Berikut adalah beberapa kesan khurafat terhadap umat Islam :
1. MEROSAKKAN AKIDAH
2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH
3. HILANG KEPERCAYAAN?KEPADA QADA DAN QADAR
4. HILANG SIKAP BERUSAHA
5. MUDAH BERPUTUS ASA
Ingat, meminta bantuan jin atau syaitan sekaligus menyekutukan Tuhan Maha Esa adalah antara dosa besar yang tak akan diampunkan jika tidak bertaubat nasuha. - CARI Infonet
kalau tabur blerang jadahnye tertinjau2 orang... mcm nak buat sesuatu... nak buat2 buat jugak tu..takut2 gak mak cik tu..takut kantoi la tu... die tak tau ade cctv...
Post time 3-5-2016 01:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau kt premis perniagaan akak galakkan beli cctv infra red yang boleh kesan pergerakan. Contoh ada orang lalu depan kedai cctv tu akan zoom automatik.. cctv ini kalau tak de orang lalu tapi ada zoom berhati hatilah.. bukan sebab rosak tapi ada mahluk lain yang mata tak nampak tapi ia wujud ...
Ada tak eye level hidden cctv/camera? Kalau ada boleh consider pasang as extra precaution. At least tinggi sikit peluang nak tangkap penjenayah celaka ni kalau nampak muka.
bayang hitam tu yg mane??? kata bawah pintu tu ke??? lepas die tabor jadik kaler hitam tu??? rase die tabor cam garam kot.... n tgk design...mcm restaurant je tu..... hmmmm org melayu dgn sifat PHD mmg takkan abis,,,,,