CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4097|Reply: 0

Sista, Tahu Tak Ciuman Lelaki Ada Banyak Maksud?

[Copy link]
Post time 5-5-2016 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Ciuman adalah simbol kasih dan sayang yang diungkapkan menerusi perbuatan fizikal yang sangat… ROMANTIS dengan menggunakan bibir.




Secara umumnya, di sebalik kucupan seorang lelaki terhadap pasangannya sebenarnya terselit rahsia yang mungkin tidak difahami oleh wanita.




Ciuman juga bisa dilakukan pada pelbagai bahagian anggota dan bukan hanya tertumpu pada pipi atau bibir sahaja.




Nak tahu? Ayuh semak rahsia ciuman lelaki pada bahagian tubuh wanita yang mempunyai maksud berbeza.






1)  Ciuman Pada Tangan
Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda. Namun ciuman ini jarang dilakukan lelaki kepada pasangan mereka, kerana ciuman ini lazimnya dilakukan oleh anak dan ibu. Namun andainya pasangan anda mencium tangan anda ertinya si dia cuba menunjukkan betapa dia menyanjung dan menghargai anda sebagai seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.






2) Ciuman Pada Dahi
Ciuman begini penuh dengan kasih sayang. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya.






3) Ciuman Di Bibir
Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkap rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai.







4) Ciuman Di Leher
Jika suami anda mencium leher atau tengkuk anda, ianya menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata. Ini menunjukkan bahawa pasangan anda memuja atau menghargai tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya.








5) Ciuman Dari Belakang
Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan. Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu.







Walau baagaimana pu, jangan ghairah sangat nak mencium ataupun dicium, kena jaga juga kebersihan mulut sebelum melakukan perbuatan yang romantis itu. Jadi cuci mulut, kalau boleh gosok lah gigi barulah mula bertindak tak kira perempuan atau lelaki, huhu!- CARI Infonet








sumber info: http://totescute.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41104 Replies : 505
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78563 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 18450 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21689 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363518 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.569943 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list