|
oleh Adib Za
Sumber foto; Carian google
Jika dahulu jadi fenomena karipap gedabak atau gergasi, yang isinya ialah campuran kentang dan telur rebus.
Memang sangat sedap dan mengenyangkan. Sampai menjilat jari gitu.
Jom kita cuba siapkan sendiri menu ini untuk minum petang atau sarapan. Untuk resipi di bawah, anda boleh mendapatkan 16 biji karipap gedabak!
Bahan-bahan:
4 biji telur direbus dan dibelah 4
Inti kentang
4 biji kentang saiz sederhana
3 sudu bawang + bawang putih mesin
2 sudu rempah kari
2 sudu udang kering dimesin.
2 sudu minyak.
1 biji bawang besar dipotong dadu.
Cara-cara
1. Kentang di potong dadu dan direbus hingga empuk ( 10 minit)
2. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah kari dan udg kering
3. Masukkan kentang dan bawang potong dadu. Tambah sedikit air shj.
4. Sesuaikan rasa dan masak hingga kering.
Doh karipap
800 gm tepung
4 sudu marjerin dipanaskan
2 sudu teh garam
1 gelas air (anggaran)
Cara-cara
1. Panaskan marjerin dan terus masukkan ke dalam tepung dan di gaul hingga menjadi seperti serbuk roti
2. Air + garam dikacau hingga garam larut.
3. Masukkan air dan diuli hingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh 15 minit.
5. Timbangkan doh dgn berat 65 - 70 gm dan diuli menjadi berbola.
6. Canaikan bola tepung tersebut hingga menjadi bulatan yg nipis.
7. Masukkan 2 sudu inti dan 1/4 telur rebus.
8. Ditutup dan dikelim tepinya.
9. Goreng dlm minyak sederhana panas.- CARI Infonet
Sumber: Ashafizah.com |
|