View: 3174|Reply: 2
|
Biasa Pakai Je Kan, Fakta Menarik Tentang Pomade
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Kehadiran pomade bukannya baru bagi kaum lelaki yang suka bergaya dengan pelbagai stail rambut.
Meskipun pernah tenggelam untuk beberapa ketika, namun pomade telah kembali mendominasi dunia fesyen lelaki.
Bagi anda yang setiap hari menggunakan pomade, nah ini dia fakta menarik di sebalik pomade kesayangan brader sekalian.
1. Bahan alami
Lazimnya bahan yang digunakan untuk penghasilan pomade lebih banyak menggunakan bahan alami dan kurangnya bahan kimia. Ini menjadikan ia begitu selesa digunakan pada rambut.
Terdiri daripada minyak kelapa, wax alami, pewangi dan beberapa bahan lain membuatkan pomade berfungsi dengan sempurna.
2. Beza dengan wax
Perbezaan utama pomade dengan wax ialah kandungannya dan fungsi yang berlainan. Kedua-duanya membuat rambut menjadi keras dan kaki. Namun, pomade menjadikan stail rambut bertahan lebih lama dan rambut kekal bersinar.
(Sumber foto: Carian google)
3. Jenis berbeza mengikut rambut
Bagi anda yang memiliki rambut lurus, gunakanlah pomade jenis light hold kerana ia lebih natural dan menonjolkan ciri sleek.
Rambut ikal sesuai menggunakan pomade jenis medium hold yang membantu anda membentuk stail apa sahaja.
Manakala, rambut keriting sesuai menggunakan pomade jenis heavy hold yang membantu 'memegang' rambut secara maksimum. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Pomade malaysia ni jual nk mahal je.
Kalau compare dollar to dollar, pomade usa jual dalam $10-$15 je. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|