CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3346|Reply: 19

Kartunis Zunar Terima Anugerah Antarabangsa Tapi Dikatakan Memalukan Negara?

[Copy link]
Post time 13-5-2016 04:02 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Lakaran kartun Zunar diharamkan di Malaysia tetapi mendapat pengiktirafan di luar negara?




Beberapa lakaran kartun yang dihasilkan oleh kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar bukan sahaja memperolehi anugerah antarabangsa yang diiktiraf, malah karya beliau turut dipamerkan di Switzerland!




Biarpun karyanya telah banyak kali mengundang kecaman pihak kerajaan serta diharamkan, namun ironinya baru-baru ini beliau telah menerima "Anugerah Keamanan Karya Kartun 2016"  daripada bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.





Sumber foto : laman peribadi Zunar



Menerusi laman peribadinya, Zunar mengatakan setelah menerima anugerah di Geneva, Switzerland, hasil karyanya turut akan dipamerkan di Geneva.




Sepertimana yang diketahui ramai, siri hasil karya Zunar berunsur kepolitikan dengan memberi kritikan secara sinis tentang situasi politik sebenar di Malaysia.





sumber foto dari FB Oh Media



sumber foto dari FB Oh Media



sumber foto dari FB Oh Media


Karya-karya beliau telah menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.




Tegas Salleh Said Keruak, tindakan kartunis kontroversi itu yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui karyanya, disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat.





sumber foto dari FB Oh Media



sumber foto dari FB Oh Media



sumber foto dari FB Oh Media






"Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain."




Tambah beliau, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah.- CARI Infonet




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene batang idong orang lain , kita gelakgelak

Kene batang idong sendiri., kita marahmarah:

Nak marah ka nak gelak??
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 04:37 PM | Show all posts
semua sudah terbukti  
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 05:23 PM | Show all posts
ermm...hadam laa pak munteri2 suma..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 05:55 PM | Show all posts
karya yg terbaek.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis nak cakap mcmner lg. Dalam negara, cakap lebih sikit kedalam hotel besi tido nye nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting i hargai kartun kartun beliau. Kalu baca harakah dulu iols bukak kartun dia je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Banggala sikit..kartunis Malaysia pun dah mendonia
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah! Dia memalukan Najib & Co jer atas isu semasa yang sahih. Rakyat lain heppi jer nengok kartun kartun tersebut. Ko ni pun Salleh, fras ek tak dapat ber picca ngan Kofi Annan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 12:08 PM | Show all posts
karya yang bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 12:13 PM | Show all posts
lagenda.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 12:14 PM | Show all posts
nak jadi macam zunar kena jadi orang yg penuh hatred.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Barat kn suka iktiraf manusia2 yg bertentangan pndpt dgn mana2 kerajaan sedia ada. Xde la nk bangga mana pon
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Barat kn suka iktiraf manusia2 yg bertentangan pndpt dgn mana2 kerajaan sedia ada. Xde la nk bangga mana pon
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 14-5-2016 11:22 PM
Barat kn suka iktiraf manusia2 yg bertentangan pndpt dgn mana2 kerajaan sedia ada. Xde la nk bangga  ...

this is true..cuba dia kartunkn pasal rejim zionis..xdanya diiktiraf..so im x proud...kang mulala nk cop aku macai padahal xfaham konteks..ape2 je la wei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 15-5-2016 12:30 AM
this is true..cuba dia kartunkn pasal rejim zionis..xdanya diiktiraf..so im x proud...kang mulala  ...

Ye betol..kalo buat kartun zionis mau dipenjara kat guantanamao...   
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 09:59 AM | Show all posts
buat malu ja jibby ni..
tu pun tak sedar diri lagi taktaula
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:57 PM | Show all posts
BIASALAH...NEGARA SEMESTINYA MENYOKONG PEMBANGKANG ATAU PENGKHIANAT NEGARA....
MEREKA SUKA NEGARA YANG AMAN JADI KACAU BILAU....LEBIH LEBIH LAGI KALAU SETAN BERI ILHAM ATAU IDEA..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 10:05 AM | Show all posts
ini memang WIN. takkan nampak di Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.256093 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list