CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mila Jirin Sudah Jadi Tauke Besar Restoran Thai

12-2-2013 01:37 AM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 23082| Komen: 99



        KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Bermula dengan menjadi pelanggan setia di restoran Embun Urai Puchong, penyanyi Mila Jirin, 25, akhirnya telah pun sah menjadi tauke besar restoran berkenaan mulai Januari 2013.
       
Namun, ia bukanlah tanda untuk Mila berundur diri dari dunia nyanyian sebaliknya ia penguat untuk gadis muda ini melangkah lebih jauh sebagai artis yang bergelar usahawanita.
       
"Restoran ini sudah pun dua tahun beroperasi. Dulu saya pelanggan kemudian bertukar menjadi kawan kepada pemilik restoran.

Dari situ, saya berubah sikit-sikit menjadi rakan kongsi sehinggalah sekarang ini restoran berkenaan sudah menjadi milik saya sepenuhnya.
       
"Saya dan ayah saya yang menguruskan restoran ini. Restoran ini buka setiap hari bermula jam 4 petang sehingga jam 12 tengah malam," katanya kepada murai.com.my.
       
Menjelaskan mengenai kariernya pula, Mila berkata, dia masih lagi aktif menyanyi dan baru saja muncul dengan lagu terbaru berjudul Cinta Kasih.
       
"Menerusi lagu Cinta Kasih, saya berduet dengan Nubhan. Lagu ini dicipta oleh komposer yang sama dengan lagu Ombak Rindu iaitu Nur Zaidi. Lagu ini adalah projek istimewa saya dengan Nova Music.
       
"Saya dapat projek ini pun secara kebetulan. Lagu ini telah pun digunakan untuk drama di TV3 berjudul Cinta Kasih. Tahun ini, saya tidak akan ke luar negara lagi kerana banyak projek yang saya perlu lunaskan di Malaysia," jelasnya.
       
Dalam pada sibuk menyanyi dan berniaga, syarikat milik Mila juga sibuk menguruskan program hiburan termasuklah Karnival Wow Putrajaya.
       
"Hujung Februari ini, syarikat saya akan menganjurkan Karnival Wow di Putrajaya. Sudah dua tahun saya terlibat dalam program ini. Tahun ini, saya tidak akan menyanyi sebaliknya saya menjadi organiser. Syukur saya diberi kepercayaan dan mandat untuk menjalankannya.
       
"Apapun, saya berasa bersyukur kerana banyak syarikat korporat mempercayai saya dengan banyak memberikan show dan projek untuk saya sertai," ujar Mila yang masih berahsia mengenai status hubungan cintanya.

Kredit: http://www.murai.com.my/


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote masnona 10-2-2013 02:22 PM
mula2 jd pelanggan, lepas tu jd kawan pemilik kedai. lepas tu jd pemilik kedai terus. adakah ini konspirasi mencantas perniagaan org lain mcm dlm drama2 melayU?
Quote chazey 10-2-2013 02:23 PM
mila jirin sangat rajin dan pandai bisnes. belajar dari daddy kah?
Quote luvcomot87 10-2-2013 02:37 PM
restorenn 2 vvip mane plak taja tuh.. minah nie bkn dh lame xkuar n suam2 kuku dh ke..
Quote iluma 10-2-2013 02:43 PM

banyak duit die ni kan...rse nyanyi xdela laku sgt pon..
Quote RatuDunia94 10-2-2013 02:55 PM
ok la tu Mila oi.. menyanyi pun bukan ada jaminan, bek buka bisnes..
Quote Budakmomok 10-2-2013 03:31 PM
Jangan separuh jalan ye mila
Quote pinkaddict 10-2-2013 04:12 PM
Haritu tgk kat tv dia jadik event organizer utk event besar jugklah! Tu yg masyuk kot..
Quote Soksek11 10-2-2013 04:25 PM
nie ak amek dari IG sheolss...antara makanan kat restorn embun urai tu...


tomyam kelapa


bihun gulung siam
Quote asteruk 10-2-2013 04:29 PM
x pernah minat mila ni dari dulu sampai skrg
Quote edaya_86 10-2-2013 04:29 PM
Bgus la wat biz,tp hrap2x fokus tuk stp biz yg diceburi
Quote Soksek11 10-2-2013 04:33 PM
.

tahniah untuk mila tp lately ak tgok kat ig sheolss dia nmpak makin putih la...mcm mkn beutskin jgak jah...
Quote zisya 10-2-2013 04:52 PM
restoran ni dekat je dengan rumah aku.sebelum ni selalu nampak mila makan kat situ.tapi baru2 ni nampak dia jaga di kaunter bayaran..rupanya dah jadi pemilk restoran ni
Quote Zep 10-2-2013 04:53 PM
Mana album beliau yang kekonon BRITISH POP bakal menggegar donia itu? suara sendu, tup2 buat album english? sugar daddy mana lah yang sanggup taja beliau ini agaknya.
Quote miracle_forever 10-2-2013 04:56 PM
Soksek11 posted on 10-2-2013 04:33 PM
.

tahniah untuk mila tp lately ak tgok kat ig sheolss dia nmpak makin putih la...mcm mkn beutskin ...

Nmpk mcm muka jer putih..
lengan berkerak jugak! Hehehe
Quote cekelatkopi 10-2-2013 05:04 PM
putih dan cerahnya mila sekarang. tak macam dulu
Quote blairchuck 10-2-2013 05:33 PM
iols pun trgezut tgk muka dia. putihnya sheols. belajar dari adira gak ke
Quote cahaya_almas 10-2-2013 05:37 PM
tuan kecik jer tp tauke besar ler.....
Quote shysari 10-2-2013 05:43 PM
Mungkin rezeki dia lebih ke bisnes kot..dia ni ada event company gak coz karnial 1001 sate kjg dulu dia yg manage
Quote juliez 10-2-2013 05:51 PM


Daddy byk bg ang pow yer?

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top