CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Gandingan Pertama Faizal Hussein, Nora Danish

14-4-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 63136| Komen: 707

Gandingan pertama Faizal Hussein, Nora Danish

Flem  Gudang Kubur Antara pelakon filem Gudang Kubur

BUAT julung kalinya filem terbitan Mangkin Prestij ini menggandingkan pelakon senior berbakat besar, Faizal Hussein bersama aktres, Nora  Danish.

Turut sama membintangi filem ini ialah Atikah Suhaimie, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Along Ezyendy dan muka baharu, Pablo Amirul.

Menjalani penggambaran sejak 22 Mac lalu, filem ini mendapat sentuhan Eyra Rahman dengan mengetengahkan elemen seram sebagai satu kelainan menerusi karya baharunya itu.

Menurut Eyra, filem ini mengisahkan pasangan suami isteri Anwar (Faizal) dan Zarra (Nora) yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya.

"Segalanya sempurna bagi pasangan ini pada mulanya, namun tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia.

"Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi 'sesuatu' yang sekian lama mendiami gudang kosong itu," ujarnya ketika majlis doa selamat filem Gudang Kubur di Wisma Metrowealth, baru-baru ini.

Katanya, Anwar mengalami pelbagai gangguan sehingga rumah tangga mereka goyah dan Zarra sering menjadi mangsa keberangan suaminya itu. Perbuatan si suami yang agak keterlaluan itu membuatkan Zarra mula menjauhkan diri.

"Saya memfokuskan mengenai kehidupan suami isteri yang menjadi mangsa mistik setelah membeli bangunan kosong untuk perniagaan mereka.

"Di samping itu, dua pekerja mereka, Atan dan Ali turut mengalami kejadian misteri sehingga Atan dituduh cuba memperkosa Zarra," katanya yang masih penggambaran berjalan di sekitar Lembah Klang dan dijangka tamat pada 8 April ini.

Nora jadi 'anak emas'?

Dalam pada itu, Eyra turut mengulas mengenai pemilihan Nora Danish sebagai pelakon utama dalam filem arahannya, selepas empat filem terdahulu, Aku Terima Nikahnya, Dua Kalimah, Pengantin Malam dan Bencinta. Kekerapannya mendapatkan khidmat aktres itu menimbulkan spekulasi bahawa Nora Danish adalah merupakan pelakon kesayangannya.

"Tiada istilah anak emas dalam perkara ini. Saya selesa bekerjasama dengan Nora mahupun pelakon-pelakon yang ada.

"Dia (Nora) seorang pelakon matang dan tidak masalah disiplin di set lokasi," ujarnya.

Tambahnya, Nora bukan sahaja berlakon dalam filem arahannya sahaja tetapi dia juga pernah muncul dalam filem MiG yang lain.

Tegas Eyra, kekasih Nedim Nazri itu beri sepenuh komitmen dan pemahaman yang baik sepanjang penggambaran dijalankan.

Manakala bagi Faizal Hussein pula, ia merupakan pertama kali mereka bekerjasama di bawah satu bumbung.

Ditanya mengenai keistimewaan Hero Malaya itu, Eyra berkata dia mahukan pelakon lelaki yang lebih matang dan berpengalaman berbanding heroin.

"Apa yang menarik tentang Faizal adalah dia seorang yang komited dengan peranannya dan sangat menghormati masa.

"Biarpun ia kali pertama dia berlakon genre seram, saya begitu kagum dengan kesungguhannya menghayati watak sebagai seorang suami," katanya.

Sambungnya, Eyra berpendapat bahawa pelakon Gila-Gila Remaja itu mampu menarik penonton dengan aura tersendiri dan yakin bahawa dia akan memberikan kelainan untuk filem tersebut.

Cabaran bawa 'perut'

Menceritakan pengalamannya mengarahkan filem ini, Eyra berkata cabaran yang dihadapi dua kali ganda, memandangkan dirinya kini sedang sarat mengandung.

"Usia kandungan saya kini mencecah lapan bulan dan agak membatasi pergerakan saya.

"Sebelum memulakan penggambaran, saya sudah mendapatkan pengesahan doktor untuk meneruskan kerja pengarahan dan berharap semuanya lancar," ujarnya.

Tambahnya, dia bernasib baik kerana kru produksi memahami keadaannya itu.

"Saya bersyukur mereka faham dengan apa yang saya nak apabila berada di lokasi. Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak memudahkan kerja saya," katanya.

Selain keadaan dirinya, Eyra berkata cabaran lain dihadapinya adalah cuaca tidak menentu merupakan perkara biasa.

"Cuaca panas yang melanda negara kita membuatkan para pelakon kurang selesa. Kadang kala hujan turun membuatkan kami terpaksa menangguhkan penggambaran sehingga hujan reda," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irisismail 14-4-2014 10:22 AM
hehe gambar pulak tak keluar
Quote irisismail 14-4-2014 10:22 AM

Quote irisismail 14-4-2014 10:23 AM
Quote ghalibboy 14-4-2014 10:29 AM
irisismail posted on 14-4-2014 10:23 AM

nora is gorgeous as ever....
Quote beatgirlX 14-4-2014 10:31 AM
oo..faizalkan tinggi..norakan comei kecik..
hehehe
sesuaikah?
ok..jom tunggu dan lihat..
Quote enchikfitz 14-4-2014 10:32 AM
looks convincing.
Quote linb 14-4-2014 10:33 AM
abam faizal azroy!
Quote irisismail 14-4-2014 10:35 AM
beatgirlX posted on 14-4-2014 02:31 AM
oo..faizalkan tinggi..norakan comei kecik..
hehehe
sesuaikah?

kena diri atas kerusi laa kalo nak peluk kot haha
Quote irisismail 14-4-2014 10:38 AM
Quote irisismail 14-4-2014 10:41 AM


abg faizal sekarang ni cam makin byk offer eh?
Quote irisismail 14-4-2014 10:50 AM
Quote maxim 14-4-2014 10:53 AM
[youtube]D3TWxVRcadw[/youtube]
Quote ira_229 14-4-2014 10:55 AM
kenapa rumah sebelah kena katup? tapi takpe kita chill kat sini...
ingat kawan2 jangan dilayan anasir2 yg nak membusukkan rumah ini...
#kitaberforumaman2disini
#janganlupaenjoy
#enjoymacamnorayangbersongla
#gimme5 Last edited by ira_229 on 14-4-2014 10:56 AM

Quote irisismail 14-4-2014 11:03 AM
ira_229 posted on 14-4-2014 02:55 AM
kenapa rumah sebelah kena katup? tapi takpe kita chill kat sini...
ingat kawan2 jangan dilayan anas ...

heheh rumah kena kunci sebab tak habis2 anasir2 baik hati datang memprovoke heheh
Quote irisismail 14-4-2014 11:06 AM



Wahhh Rayqal buat aksi beyonce hehe rambut kena tiup angin haha
Quote ira_229 14-4-2014 11:07 AM
irisismail posted on 14-4-2014 11:03 AM
heheh rumah kena kunci sebab tak habis2 anasir2 baik hati datang memprovoke heheh

owh..ic..
no wonder rumah ni bau wangi...bau kedai gituh..
so harap2 semua abaikan provoker..
wah nora mesti sakan enjoy..
best la klu tau imbangkan kerja dengan terapi diri..
jadi hidup tak stress..


Quote irisismail 14-4-2014 11:09 AM
maxim posted on 14-4-2014 02:53 AM

Bhahahahahahahahaha lawakk ekekekeke salah org
Quote cmf_premierleag 14-4-2014 11:11 AM
mcm tertutup nafsu aku nak tgk film ni
Quote irisismail 14-4-2014 11:12 AM


suka laaa jeket niiiiiiiiiiiiiii

Lihat semua komen(707)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.315885 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top