CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Gambar Kayda Aziz Anak Sheila Majid

17-4-2014 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 55898| Komen: 200



Mungkin tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun.

Pada pengamatan penulis, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Bagaimanapun, Sheila yang ditemui dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut.

Menurut aktres kelahiran Singapura itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.

"Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

"Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.

"Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

"Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli."

Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid. Bak kata pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 17-4-2014 02:31 PM


sumber http://dotinfo1.blogspot.com/2014/04/gambar-kayda-aziz-anak-perempuan-datuk.html
Quote nsutra 17-4-2014 02:33 PM
x lawa laa...comel lg mak dia masa tipah tertipu
Quote maxim 17-4-2014 02:36 PM
nsutra posted on 17-4-2014 02:33 PM
x lawa laa...comel lg mak dia masa tipah tertipu

nak wat cane..kacok ngan muka roslan
Quote NHolmes 17-4-2014 02:37 PM
Mcm adik n kakak jek
Quote nsutra 17-4-2014 02:38 PM
maxim posted on 17-4-2014 02:36 PM
nak wat cane..kacok ngan muka roslan

doh yer ar...hrap seksi jer...
Quote kenarikelabu 17-4-2014 02:38 PM
"Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid'.

- Jelita celah mana nya.....
Quote nsutra 17-4-2014 02:40 PM
kenarikelabu posted on 17-4-2014 02:38 PM
"Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak  ...

habis gaya posing tp x nampok gak iras sheila, alih2 muka roslan
Quote putehkundor 17-4-2014 02:48 PM
Habih tu?
Takkan hangpa expect warttawan tulis...."mari skodeng gambar kayda yg burok tak comel mcm mak dia...."kot
Quote putehkundor 17-4-2014 02:49 PM
Tapi betoi....sheila masa early 20s dulu sgt comel
Quote whadda 17-4-2014 02:50 PM
dah kecikkan mata ala2 kabur pon tetap tak nampak rupa maknye... memang photostate muke bapak die...
Quote manehnya 17-4-2014 02:50 PM
x segak, hidung kembg

harapkan seksi jer
Quote CrowneGlory 17-4-2014 02:51 PM
Bak kata huby aku... Pompuan kalau x lawa kenela meyeksi nk tarik perhatian lelaki... Kalau dh lawa xyah seksi pun org nmpk...
Quote peachRose 17-4-2014 02:52 PM
takde muka sheila pung...
Quote biskut_milo 17-4-2014 02:53 PM
Dia nampak matured..tapi not fair la nak kata she is ugly...cantik ape.
Quote munchkin 17-4-2014 02:55 PM
dah besar dah anak dia. lagi tinggi dari sheila. sheila ni kecik comel je.
Quote zafira 17-4-2014 03:05 PM
sebijik muka bapak....
Quote sekel 17-4-2014 03:05 PM
tiada daya tarikan langsung.............Nampak mak lg cun
Quote MistrezHermanaz 17-4-2014 03:08 PM
maknye pon seksi,anak apetah lagi..tp sheila mase 20 an dulu mmg comel..
Quote naina 17-4-2014 03:10 PM
sekel posted on 17-4-2014 03:05 PM
tiada daya tarikan langsung.............Nampak mak lg cun

Adala..tuu seksi tuu

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.183588 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top