Pelakon Rozita Che Wan (Che Tah) berkata, pendedahannya baru-baru ini mengenai dia mahu menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy, sebuah kereta mewah bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk akan kemewahan yang dimiliki. Menurut isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, dia sekadar menjawab pertanyaan pihak media. "Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak.
"Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahhu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?", katanya yang mengakui risau tentang kemungkinan tersebut. Che Tah dan Ammar ditemui pada majlis pelancaran Wajah Baharu mStar Online, di Alexis, Gardens, semalam. Jelas pelakon drama ‘Kiah Pekasam’ ini lagi, hadiah yang diberi sebagai tanda penghargaan kepada anaknya sebagai galakkan dan pendorong untuk lebih maju dalam pelajaran. Baru-baru ini Ammmar mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru Che Tah berhasrat mahu membleikan anaknya itu sebuah kereta mewah jenis BMW X6. Bagaimanapun Ammar memilih kereta lain iaitu kereta jenis Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000. "Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak. Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia". katanya sambil tersenyum. |
caplimau posted on 18-4-2014 10:26 AM
semoga anak ko nt senantiasa kenang jase ko hingga akhir hayat ye..
and jgn beza2 kan pulak anak2 ...
sokmogitu posted on 18-4-2014 10:29 AM
anak kedua dia tu selain nampak busuk sikit, pernah jua lari dari rumah kerana merajuk dgn che ta ...
sokmogitu posted on 18-4-2014 10:29 AM
anak kedua dia tu selain nampak busuk sikit, pernah jua lari dari rumah kerana merajuk dgn che ta ...
ADVERTISEMENT