CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Pemilihan Pkr Seluruh Negara Kecoh

5-5-2014 06:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3705| Komen: 13

Pemilihan PKR seluruh negara kecoh

Pemilihan Ketua Cabang PKR bagi Daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam kecoh selepas keputusan undian dibatalkan akibat undian melebihi sebanyak 167 undi.

KUALA LUMPUR 4 Mei - Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.


Di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan Pengerusi negeri.

Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi hari ini adalah 672, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian yang berlangsung di Dewan JKKK Simpang Tiga tersebut.

Difahamkan, pengundian semula akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak di luar Nibong Tebal.
PKR Cabang Nibong Tebal mem瀀甀渀礀愀椀 seramai 3,692 ahli berdaftar.

Dalam pada itu, proses pengun搀椀愀渀 di Balik Pulau yang pada awalnya kelihatan tenang bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong.

吀椀渀搀愀欀愀渀 seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.
Insiden-insiden yang berlaku semasa pemilihan PKR ini sa渀最愀琀 memalukan terutama kepada kepemimpinan PKR yang sebelum ini tanpa malu mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," seperti dipetik daripada blog Dr. MiM.

Menurut blog itu lagi, apa yang berlaku boleh disifatkan sungguh memalukan dan sudah pasti membuka mata rakyat tentang wayang kulit dan ketidakmampuan PKR untuk menguruskan pemilihan parti sendiri sama seperti DAP.

Sementara itu, di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh.
Sekretariat pemilihan PKR pe爀椀渀最欀愀琀 negeri turut dipersalahkan kerana gagal menyediakan kertas undian yang mencukupi sehingga menyebabkan tercetusnya kejadian kekecohan dalam pemilihan itu.

Kekurangan kertas undian itu menjadi punca mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom berlangsung dalam suasana tegang, sekali gus memaksa proses pemilihan ditangguhkan.

Ratusan perwakilan meluahkan rasa marah dan menyalahkan pihak sekretariat negeri kerana kumpulan perwakilan tersebut gagal melaksanakan hak mereka untuk mela欀甀欀愀渀 undian apabila hanya 300 kertas undian diedarkan.

Keadaan tidak terkawal yang berlaku itu menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR Cabang Tenom, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat dan pemilihan dibatalkan, selain mendakwa pihak terbabit tersalah mengira bilangan perwakilan di kawasan tersebut.

Kami hanya menerima 300 kertas undian sedangkan jumlah perwakilan di cabang ini adalah 2,000 orang. Semua kertas undi tersebut dimusnahkan di hadapan perwakilan yang bersaing untuk mengisi pelbagai kedudukan dan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Cabang Tenom," 

Dalam pada itu, proses awal pemilihan yang berlangsung di Cabang Sepanggar, turut berlaku sedikit kekecohan apabila dewan yang menjadi pusat pemilihan tidak diuruskan dengan baik ekoran tiada penunjuk arah kepada perwakilan untuk membuat undian.

Ketiadaan petugas pemilihan PKR mengawal kemasukan perwakilan di pintu masuk menyebabkan orang ramai menyerbu dan memaksa petugas Rela berada dalam dewan bagi mengawal situasi.

Di Perak, calon bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Lumut meluahkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan proses pengundian.

Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut mendakwa, proses tersebut berjalan tidak teratur apabila para pengundi tidak diberikan Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 sebagai rujukan semasa mengundi.

Situasi sama berlaku di Kedah apabila calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak proses pengundian dilakukan semula kerana tidak berpuas hati berikutan namanya tidak disenaraikan sebagai calon sehingga memberi kemenangan percuma kepada seorang lagi calon, Simon Ooi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akughi 5-5-2014 12:09 PM
Calon tak puas hati, pengundian guna pensel



Muhammad Imran Abdul Hamid (kiri) menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada seorang petugas semasa proses pengundian PKR Cabang Lumut, Perak, semalam.
LUMUT 4 Mei - Dua calon bertan搀椀渀最 bagi jawatan Ketua Cabang Lumut dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluahkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan proses pengundian.

Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut mendakwa, proses tersebut berjalan tidak teratur apabila para pengundi tidak diberikan Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 sebagai rujukan semasa membuang undi.

匀攀瀀愀琀甀琀渀礀愀 buku berkenaan diedar atau diletakkan di meja-meja pengundian supaya perwa欀椀氀愀渀 lebih senang untuk membuat pemilihan.

Keadaan juga dilihat kurang teratur apabila petugas pengundian tidak bersedia dari awal daripada pelbagai sudut. Kita harap mereka dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan ini supaya tidak berlaku lagi selepas ini," katanya yang bagaimanapun me渀最愀欀甀椀 pemilihan tersebut dijalankan secara telus.

Calon kedua Ketua PKR Cabang Lumut, Suwardi Sapuan juga me爀愀猀愀 tidak puas hati terutamanya apabila pengundi-pengundi turut dikelilingi oleh orang tertentu ketika membuang undi.

倀攀爀欀愀爀愀 ini tidak sepatutnya berlaku kerana hanya petugas boleh berada di meja tersebut dan bukannya cuba mempengaruhi pengundi untuk membuat pilihan," katanya.

Di Tapah, seorang pengundi, H. Ilaiyaraja, 34, pula mendakwa, sistem pengundian yang mengkehendaki pengundi menulis nombor calon pilihan, hanya menyusahkan golongan tua khususnya bagi yang tidak tahu menulis.

Malah katanya, penggunaan pensel untuk menanda kertas undi secara tidak langsung berupaya menimbulkan keraguan kerana boleh dipadam oleh sesiapa pun.

Pendapat itu turut disokong oleh calon Naib Presiden PKR, Kap琀攀渀 (B) Dr. R. Summugam yang juga bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Tapah biarpun bukan anak jati kelahiran kawasan tersebut.

匀愀礀愀 berasal dari Sitiawan tetapi bertanding di Tapah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu saya tanding di sini kerana katanya, kawasan ini adalah kuota untuk orang India.

Ada kebaikan dan kekurangan penggunaan sistem nombor kali ini. Masa kita membuat keputusan dulu, saya ada memberitahu Majlis Pimpinan Pusat untuk kita kekalkan sistem terdahulu, gambar pun ada, pangkah sahaja.

一愀洀甀渀, mereka kata itu melibatkan kos pencetakan yang mahal, tetapi kita sebenarnya mahu memudahkan ahli parti mengundi. Perkara ini hanya saya punya saranan dan cadangan, bukan kritikan.

Kita sebenarnya boleh guna pen atau pensel, tetapi saya suka guna pen kerana tidak boleh padam, oleh itu saya lihat kita perlu selaraskannya," katanya.

Semakan Utusan Malaysia pada Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 pula mendapati, tiada sebarang arahan khusus untuk penggunaan pen mahupun pensel semasa mengundi.
Quote akughi 5-5-2014 12:10 PM
Proses pengundian PKR Sungai Petani kecoh




SUASANA tegang berlaku ketika proses pengundian jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani di Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI 3 Mei - Proses pengundian bagi pemilihan pemimpin Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani hari ini 'panas' sehingga proses pengundian bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan.

Ini berikutan seorang calon bagi jawatan tersebut, S. Arvind Kumar hanya mengetahui namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi hari ini apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini.

Para penyokong Arvind bertindak mengadakan protes di luar dewan pukul 11.10 pagi apabila nama Arvind tiada di dalam kertas undi dan seorang lagi calon untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding.

Para penyokong Arvind me渀甀渀琀甀琀 agar proses pengundian itu ditangguhkan dan membuat kecoh dengan menyebut perkataan seperti 倀愀爀琀椀 Keadilan tidak adil, nama sahaja adil dan lain-lain lagi.

Tindakan mereka menyebabkan proses pengundian untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh baharu yang akan di甀洀甀洀欀愀渀 oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Arvind berkata, dia dan para penyokongnya tidak berpuas hati apabila dikatakan tidak layak bertan搀椀渀最.

"Kalau tengok di dalam laman web PKR nama saya masih ada sebagai calon bagi Ketua AMK Cabang Sungai Petani iaitu calon nombor dua dan tiba-tiba pagi ini saya dikatakan tidak layak bertanding pula.

''Saya tidak menerima surat daripada PKR Pusat mengenai perkara ini dan saya rasa ini sangat tidak adil untuk saya dan para penyokong," katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Taman Sri Wang di sini hari ini.

Menurut Arvin, dia telah menghantar pencalonan serta mengemaskini nama penyokong dan pencadangnya kepada JPP pada 11 April lalu.

"Saya tidak tahu apa sebab yang membuatkan saya dikatakan tidak layak untuk bertanding jawatan ini.

"Ini merupakan kali pertama saya bertanding jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani dan saya bertanding jawatan ini atas desakan rakan-rakan yang mahu melihat perubahan dalam Cabang PKR Sungai Petani," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Hamsah Djabir berkata, bantahan yang disuarakan oleh para penyokong Arvind telah di猀愀洀瀀愀椀欀愀渀 kepada pihak JPP hari ini.

"Pihak JPP memutuskan bahawa proses pengundian untuk jawatan tersebut ditangguhkan hari ini berikutan terdapat masalah teknikal dan pihak JPP akan mengumumkan satu tarikh baharu bagi mengadakan semula pengundian ini.

"Proses pengundian untuk jawatan-jawatan lain diteruskan seperti biasa kerana tiada masalah yang berbangkit," jelasnya.
Quote bukanAlong 5-5-2014 12:12 PM
pastu ada hati maki SPR tak le nk hadle undi puluh2 ribu rakyat.. sendiri handle ciput pun xlepas.
Quote shamsadis 5-5-2014 12:19 PM
hahahahahaha...aku tunggu dulu komen @dino
Quote akughi 5-5-2014 12:19 PM
bukanAlong posted on 5-5-2014 12:12 PM
pastu ada hati maki SPR tak le nk hadle undi puluh2 ribu rakyat.. sendiri handle ciput pun xlepas.

boleh ke mengundi pakai pensel?
Quote atira 5-5-2014 12:19 PM
ni mcm sama dgn tered AN je
Quote kasijelaya 5-5-2014 12:23 PM
tak minat PKR la
aku undi PR bukan pasal dorg gado ni gado tu
tapi pasal nak tukar kerajaan


nak masalah rasuah semakin kurang
mesti kene sentiasa tukar kerajaan
bukan nak sokong PR atau BN
Quote matamata 5-5-2014 12:26 PM
Sekain lama.....perangai amno masih menebal dikalangan kebanyakan org pkr.....
Dah jadi kenser susah nak ubat
Quote akughi 5-5-2014 12:27 PM
atira posted on 5-5-2014 12:19 PM
ni mcm sama dgn tered AN je

alamak...aku tak check sblm bukak...
Quote atira 5-5-2014 12:29 PM
akughi posted on 5-5-2014 12:27 PM
alamak...aku tak check sblm bukak...

tak pe.. ni CI.. apa pon boleh
Quote atira 5-5-2014 12:29 PM
eh dah kene move pulak
Quote dino 5-5-2014 02:46 PM
shamsadis posted on 5-5-2014 12:19 PM
hahahahahaha...aku tunggu dulu komen @dino

no komen....


Quote airfilterbersih 5-5-2014 07:09 PM
akughi posted on 5-5-2014 12:19 PM
boleh ke mengundi pakai pensel?

Pensel 2b ke hb?
@mrsrezza

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048004 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top