CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Dah Maafkan... - Lisdawati

14-5-2014 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17547| Komen: 102



Persengketaan antara dramatis popular Lisdawati Nazaruddin (Lisda) dan aktor berbakat besar Sharnaaz Ahmad yang tercetus beberapa bulan lalu, nampaknya sudah berakhir apabila Lisda memberitahu yang beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut.

Jelas isteri kepada pelakon juga pengarah Fauzi Nawawi ini, dia sudah memaafkan Sharnaaz malah kepada sesiapa sahaja yang pernah berprasangka buruk terhadap dirinya serta suaminya selama ini.

"Tak nak panjang cerita. Syukur Alhamdulilah sejak saya balik dari umrah, saya lebih tenang. Saya dah maafkan semua orang. Saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Jadi selepas ini saya tak mahu ada apa-apa agenda atau apa-apa cerita lagi tentang hal itu. Semuanya saya serahkan kepada Allah.", kata Lisdawati kepada Malaysian Digest.com.


Lisda yang kini sarat mengandung dan bakal menimang cahaya mata lelaki, ditemui pada majlis pelancaran hlive! baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama 'Bukan Aku Tak Cinta' di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu. Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Fauzi yang menunggu surat saman daripada Sharnaaz, sambil tersenyum Lisda berkata dia tidak mahu mencampuri urusan antara suaminya dan pelakon kelahiran Pulau Pinang itu. Namun dia percaya yang suaminya sudah memaafkan Sharnaaz.

"Soal itu, saya tak mahu campur urusan lelaki. Setiap orang lakukan kesilapan dan kami (saya dan suami) sudah sama-sama memaafkan dia dan juga semua orang. Kalau dia hendak berjumpa dengan kami, saya dan suami terbuka dan bersedia", katanya.

Katanya lagi, dia tidak ambil pusing dengan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan suaminya suka bergaduh dengan pelakon lain.

"Saya tak nak komen. Apapun tanggapan orang, kami positif. Bagi kami kata-kata mereka itu ibarat sekecil kuman tidak menjejaskan nama baik kami. Apa yang penting peminat-peminat masih percaya dan tetap terus menyokong kerjaya kami berdua", katanya.

Sementara itu beralih pula kepada perkembangan dirinya, Lisda berkata dia bakal melahirkan ketiganya di hospital pakar terletak di Kampung Baru dan akan berpantang di rumahnya, di Cheras. Mengenai pilihan nama untuk cahaya mata baru nya itu nanti, kata Lsda dia sudah mempunyai beberapa pilihan nama.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga meluahkan, meskipun dihujani pelbagai dugaan namun rezekinya tetap tidak putus. Dia yang kini sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ketiganya baru saja selesai menjalani penggambaran di Kedah.

"Saya baru balik dari Kedah. Alhamdulilah saya masih larat lagi dan dapat menghabiskan penggambaran. Syukur, walaupun sejak kebelakangan ini pelbagai dugaan yang datang, tapi rezeki saya semakin murah. Dan selepas bersalin nanti pun ada beberapa projek dan melibatkan saya. Syukur, rezeki anak...", tuturnya sambil mengukir senyuman.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mie07 14-5-2014 08:41 AM
Baguslah bermaaf2an

Quote mamasaffiya 14-5-2014 08:48 AM
nak bersalin .. kenalah memaafkan dan meminta maaf
ingat dulu masa saya nak dekat bersalin
sorang kakak ni sound dia kata 'kau buatlah perangai, kau tu nak bersalin nanti orang tak nak maafkan nak buat macam mana?'
Quote kakikuDibibirmu 14-5-2014 08:53 AM
calling for Orange1
Quote setankuning 14-5-2014 08:55 AM
kenapa dia tak cakap "saya pun minta maaf juga kalau ada buat salah"
baru lah real bermaaf2an

nak raya dah ni, bawak2 la bermaafan belaka
Quote schababe 14-5-2014 08:55 AM
harus la memaafkan..
dah nak beranak pun khennnn..
xkan maseh nak mengeji kot..
Quote Tura_04 14-5-2014 08:56 AM
kantoi.. takut Sharnaaz panjangkan ke mahkamah ker..
Quote AshkieLa 14-5-2014 08:58 AM
apekah konsep ketahian artis skang... salah atau tak salah, maaf kan org lain bukan sebaliknya meminta maaf???
Quote CrowneGlory 14-5-2014 09:08 AM
Tp one thing aku respek minah ni... How she handle situation.. Dan ttp berdiri teguh dibelakang suami dia... Tak pernah buruk2 kan suami kt public... Berlakon pun best.. Kasi la watak apa pun... Sekrg tv9 tunjuk balik takdir qismah.. Best citer tu
Quote makton 14-5-2014 09:11 AM
bagus la. harap lps ni jgn cr gaduh dgn org lain dah.. awak tu makin tua. bwk2 la berubah ek..
Quote cendol 14-5-2014 09:17 AM
Dia ni konpem hilang ingatan.. dia plak nak maafkan org.. dia ada mintak maaf??dasar perempuan plastik.. blk mekah pun perangai camtu gak.. menyirap plak aku pagi2 ni..
Quote SyaAnis 14-5-2014 09:27 AM
minta maaf takda ka??

amnesia gamaknya...

moga2 anak yang dikandung tak terkenankan sharnaaz yer..

hihihihi...
Quote kokocrunch 14-5-2014 09:31 AM
elok sgtlah tue..xbaik gaduh berpjg-pjgan.
Quote biskut_milo 14-5-2014 09:38 AM
Bukan ke dia yg start cari pasal? Lawyer dia dah takde tu pasal la...anyway baguslah and good luck on your delivery semoga berjalan lancar.
Quote kakikuDibibirmu 14-5-2014 09:40 AM
boleh bergaduh, cuma jangan lebih 3 hari jah
Quote liyanur 14-5-2014 09:56 AM
patutnya kita yg minta maaf kat org....start 0-0
bajet suci x abis2...
Quote opie5662 14-5-2014 10:06 AM
walaupon ko dah maafkan org, belum tentu sanaz maafkan ko..better ko mintak maaf dgn die...jgn asek rase diri tuh betul...sbb tu la ko kate ko dah maafkan org...kdg2 kite yg salah tp x perasan n kite x mintak maaf pon kat org....
Quote MissLibra 14-5-2014 10:25 AM
korang korang... batu api sangat.....
Quote fatehana 14-5-2014 10:42 AM
moga nanaz pun maapkan dia jugak
supaya senang dia bersalin nnt
Quote ida88 14-5-2014 10:44 AM
Sendiri create issue
Sendiri jadi hero
Same saje rentak nye dr dulu smpi skrg

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top