|
Liyana Jasmay selamat melahirkan anak perempuan
KUALA LUMPUR 12 Mei - Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 malam ini di Hospital Prince Court, di sini hari ini. Ibu kepada artis berkenaan, Datin Habsah Simpon ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan selamat dan stabil. "Liyana dimasukkan ke wad semalam selepas mengadu sakit mahu bersalin. Suaminya berada di sisinya sehinggalah dia melahirkan anaknya secara normal. "Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh-Nya walaupun terlewat sehari dari tarikh yang dijangka. Amat bersyukur atas kurniaan ini," ujarnya. Liyana dan suaminya, Fathuddin Mazlan, 29, bergelar suami isteri selepas bernikah pada 2 Februari tahun lalu. Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=766627&extra=&page=1
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:35 AM GMT+8 , Processed in 1.027586 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.