CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nazim Othman Tolak Lebih 10 Tawaran Berlakon

16-5-2014 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17039| Komen: 127


Tolak 10 Tawaran, Nazim Othman Tak Minat Berlakon Filem Tempatan

PETALING JAYA: Bunyinya macam berlagak tetapi jujurnya pelakon Nazim Othman menjelaskan sikap terlalu memilih dan cerewet membuatkan dia kurang berminat untuk menerima tawaran bagi membintangi karya filem tempatan.

Nazim, 30, berkata, dia telah menolak lebih 10 buah tawaran filem sejak tiga tahun lalu berikutan watak yang ditawarkan tidak begitu mencabar selain peranan berkenaan sudah biasa dibawanya dalam drama.

"Semua pelakon bercita-cita untuk berlakon filem termasuk saya juga, namun disebabkan sikap cerewet, membuatkan saya sering menolak tawaran yang datang. Boleh dikira lebih 10 filem saya tolak.

"Saya mempunyai perspektif yang berbeza tentang dunia filem. Bagi saya jika mereka tawarkan watak yang sama sahaja dan pernah saya bawa dalam drama, lebih baik saya berlakon drama sahaja," katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, kelembapan industri perfileman tempatan ketika ini turut membuatkan dia kurang berminat untuk mencuba nasib di layar lebar itu.

Bagaimanapun jelas Nazim, dia tidak akan menolak untuk berlakon filem suatu hari nanti jika menerima tawaran yang menepati cita rasanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, dia akan keluar dengan single pertama berjudulDestinasi  tidak lama lagi.

Kata Nazim, ia adalah sebagai pertaruhannya untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

"Saya rakam lagu ini dah lama cuma tiada masa untuk lancarkan sahaja. Ia sebuah lagu rancak yang akan menunjukkan sisi lain saya kepada peminat.

"Saya keluar duit sendiri untuk buat lagu dan klip video ini selain mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 16-5-2014 07:14 AM
Blakon drama pon sendu....,
Quote fifie_olin 16-5-2014 07:15 AM
x minat ke ...ke sbb xde org nk offer
Quote amiraira 16-5-2014 07:49 AM
Ya ke sampai 10 tolak tu....
Quote makton 16-5-2014 08:18 AM
tak payah la.. belakon drama pun ke laut.
Quote famri7 16-5-2014 08:21 AM
Si gaylord nih saja nk gebang sebab perasaan dirinya sendu atm....
Musti watak2 yang dia dpt adalah plakon tambahan cam penggali kubur dan pak guard,xsesuai dengan muka katanyaa..
Quote senahsanasini 16-5-2014 08:39 AM
Betik ke banana stetmen die niii...
Hahahaha
Quote senahsanasini 16-5-2014 08:40 AM
famri7 posted on 16-5-2014 08:21 AM
Si gaylord nih saja nk gebang sebab perasaan dirinya sendu atm....
Musti watak2 yang dia dpt adalah ...

Haiii kembarrr...
Quote deananie 16-5-2014 08:41 AM
ntah 10 tawaran tuh sume jadik pelakon tambahan aje kut.. tuh yg tak kisah main tolak aje.. kuikuikui..
Quote AshkieLa 16-5-2014 08:48 AM
poyo nyer... berlakon mcm best sgt nk mendiva. Kayu kayan, control jer bila berlakon...ewwww.
produk ape jer yg buat org ingat wehh? anugerah pun illek.... siyott je attitude.
Esok2 dh kertu, jgn pi merayu2 mintak job dah laa yer....
Quote pakwetizzaqyah 16-5-2014 08:52 AM
aku pun tk minat tengok ko kat dalam cite filem...sungguh ada aksi ranjang ariana rose jusoh sekalipun
Quote azie.dz 16-5-2014 09:02 AM
filem luar negara apa je yg dia berlakon..

senarai kan pls..

berlagak gila dah tolak 10 tawaran!!
Quote SyaAnis 16-5-2014 09:17 AM
famri7 posted on 16-5-2014 08:21 AM
Si gaylord nih saja nk gebang sebab perasaan dirinya sendu atm....
Musti watak2 yang dia dpt adalah ...

hahahaha...

aku ingat lakonan dia yang kat tanah kubur tu je...

yang lain tak ingat pun sendu nih berlakon cite ape...



Quote tapibukanaku 16-5-2014 09:19 AM
@maxim gigih bukak thread...
Quote botolmineral 16-5-2014 09:19 AM
nak nyanyi pulak?
Quote lucky_peace 16-5-2014 09:21 AM
"Saya rakam lagu ini dah lama cuma tiada masa untuk lancarkan sahaja. Ia sebuah lagu rancak yang akan menunjukkan sisi lain saya kepada peminat.


ade ke orang minat ko????
Quote rosasa 16-5-2014 09:21 AM
ada aku kesahhhhhhhh
Quote NHolmes 16-5-2014 09:21 AM
Dah takde pengarah n penerbit nak buat filem kpop. Kahkahkah
Quote miminn 16-5-2014 09:23 AM
minat dia ni sebelum dia menonjolkan sisi kpop/gayah nya
Quote jaja4 16-5-2014 09:24 AM
Tp betul gak, tngok je la Sam, aku minat tngok die berlakon, tp lepas die asyik blakon dlm filem david teo, ilang terus mood aku tngok lakonan die sbb blakon cite ntah ape2..

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050882 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top