CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Selera Saya Memang Mat Saleh - Siti Saleha

19-5-2014 11:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37025| Komen: 134


SALEHA mengakui lelaki yang memiliki wajah persis mat saleh itu merupakan orang yang sedang bertamu di hatinya sejak terbitnya bibit perkenalan 10 bulan yang lalu.


KISAH hubungan mesra pelakon Siti Saleha dengan seorang lelaki kacak persis mat saleh sememangnya sudah lama diperhatikan.

Malah, hubungan yang terjalin antara mereka berdua juga sudah diakui secara terang-terangan oleh si empunya badan yang juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu.

Cuma baru-baru ini, Siti Saleha membawa teman lelakinya menghadiri majlis perkahwinan penerbit filem Kerat 14, Harvinder Uppal.

"Itulah kali pertama saya bawa dia menghadiri majlis secara terbuka," katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama Nora Elena itu sehingga kini masih lagi berteka-teki mengenai identiti jejaka yang dikenalinya sejak 10 bulan lalu itu.

"Dia seorang pemuda kacukan, tapi saya tak boleh beritahu kacukan apa. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan dia," tutur pelakon berusia 24 tahun itu.

Menurut Siti Saleha, lelaki yang enggan didedahkan namanya itu memiliki ciri-ciri seorang lelaki idamannya.

"Dia penyayang dan matang. Lebih penting, saya dapat rasakan yang kami serasi antara satu sama lain.

"Kami suka melancong," kongsi pelakon filem Kerat 14 itu.


Bagaimanapun, ketika ditebak soal kahwin, cepat-cepat Siti Saleha menegaskan bahawa dia masih muda dan belum terfikir ke arah itu.

Katanya, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum ingin mengakhiri zaman bujang.

"Kami masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Lagipun, saya masih muda. Nak fikir fasal kahwin dalam masa terdekat ini belum lagi rasanya.

"Saya belum bersedia nak kahwin," katanya yang tidak pernah meletakkan sebarang umur untuk mendirikan rumah tangga.

Sungguhpun begitu, menurut adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam itu, hubungan mereka berdua sudah pun diketahui oleh ahli keluarga masing-masing.

"Kami dah pernah jumpa ahli keluarga. Mereka okey. Penerimaan keluarga pun baik," ujarnya.

Melihat kepada kisah hubungan cinta yang melibatkan pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd. Baharum itu, dia sebelum ini pernah menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka Inggeris, Robin Coenraad.

Kali ini, teman lelaki baharunya itu juga berwajah persis lelaki Inggeris.

Bezanya cuma kini identiti lelaki berdarah kacukan itu mahu disimpan Siti Saleha sebagai privasi.

Siti Saleha mengakui yang dia selesa dan hanya meminati lelaki yang mempunyai darah kacukan sepertinya.

"Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan," katanya yang pernah menjalin hubungan dengan pemain bola sepak negeri Sabah, Syed Adney Syed Hussein.

Sementara itu, Siti Saleha berkata dia tidak mahu menggunakan huruf tertentu untuk merujuk pangkal nama teman lelakinya itu.

"Tak ada huruf tertentu untuk membahasakan siapa dia (teman lelaki). Tapi saya panggil dia baby," seloroh Siti Saleha.

Dalam perkembangan lain, menurut Siti Saleha, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Manis untuk siaran Astro Ria.

"Ia drama 13 episod arahan pengarah Joza. Saya memegang watak seorang akauntan yang cuba menyelamatkan sebuah syarikat daripada jatuh muflis," tutupnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 18-5-2014 11:31 AM
cakap je la saya suka yg bersaiz besar
Quote enchikfitz 18-5-2014 11:33 AM
Saiz x menjamin kepuasan ye Saleha
Quote mzzenma 18-5-2014 11:34 AM
Selamat lah ko pun ada rupa..and ko sendiri pun kacukan

Cer muka ko jawa habis lepas tu cakap selera muka kacuk, memang kena bahan ler kekdahnya
Quote kakikuDibibirmu 18-5-2014 11:34 AM
Aku mahu mobil yang besar
Aku mahu rumah yang besar
Aku mahu upah yang besar
Wang untuk berbelanja
Aku mahu impian besar

Jika mahu menjadi pacar
Aku mahu yang besar-besar saja

[youtube]GFCyCDsWEjU[/youtube]

http://youtu.be/GFCyCDsWEjU
Quote skymania 18-5-2014 11:37 AM
die pon berdarah mat saleh...

nih melayutotok belacan pon pefeeling taste bermat saleh..

tak dpt mat saleh... awang itam pon jadiklah..janji orng obersea..
Quote exclusive_vvip 18-5-2014 11:43 AM
biasa la tu...stephen rahman yg lahir n duduk di london tu pun, selera tetap kat pompuan india gak...
Quote leo2013 18-5-2014 11:49 AM
menjaga keturunan katanya..bole maintain muka kacukan sampai bergenerasi nanti...
Quote intriQue 18-5-2014 11:58 AM
Amboiii statement.....
Quote ~boolean 18-5-2014 12:00 PM
Harapnya selamanya lah dia berboyfriendkan mat salleh..

Jangan jadi macam shah jaszle hidung penyek...berangan nak minah salleh aja, akhirnya dapat taraf2 biasa aja macam miera liyana dan shazwani...buat malu aja..
Quote cmf_premierleag 18-5-2014 12:02 PM
Syabas saleha sbb ada usaha utk kekalkan genetik keturunan yg cantik2
Ga usah pandang lelaki yg mahukn dia utk membaiki keturunan
Quote azie.dz 18-5-2014 12:05 PM
mohon mat saleh pon berselera dgn nya selamanya

atau....hadap la kannnn
Quote kakikuDibibirmu 18-5-2014 12:07 PM
azie.dz posted on 18-5-2014 12:05 PM
mohon mat saleh pon berselera dgn nya selamanya

atau....hadap la kannnn

sebab diorang punya bulldozer, asian punya sempit-sempit one, sebab tu digelar kokesen, sebab dia akan letak dia punya kok into any asian.
Quote azie.dz 18-5-2014 12:15 PM
kakikuDibibirmu posted on 18-5-2014 12:07 PM
sebab diorang punya bulldozer, asian punya sempit-sempit one, sebab tu digelar kokesen, sebab dia  ...

noted
Quote poyohabis 18-5-2014 12:19 PM
Ms bercinta cintun biasa la selera mat salleh, lps kawin bercerai ms tu kuar la mcm2 citer suami kaki minum la, kaki pukul la...
Quote siti_kus 18-5-2014 12:27 PM
Sian lelaki melayu.
Quote senahsanasini 18-5-2014 12:30 PM
Tetibe jodoh muke pendalaman mmg aku gelak kauw kauw dkt die ni nnt..
Quote senahsanasini 18-5-2014 12:31 PM
skymania posted on 18-5-2014 11:37 AM
die pon berdarah mat saleh...

nih melayutotok belacan pon pefeeling taste bermat saleh..:lol ...

Awang itammm.. Jijik okeyhhhhh..
Quote munchkin 18-5-2014 02:04 PM
Lakonan dia pun mantap
Quote anyclassything 18-5-2014 02:06 PM

Jgn pilih dj club tauu
fake je boleh
saleha nanti kena kutuk kaw2 kalau pilih dj club
ingattttt

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.119714 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top