CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fizo Omar Pujuk Mawar Lelongkan Ribuan Helai Tudungnya

23-5-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29701| Komen: 162


Pelakon kacak Fizo Omar mendedahkan isterinya, Mawar Abdul Karim (Mawar), menyimpan ribuan helai koleksi tudung Fareeda. Menurut Fizo, setiap hari Mawar yang juga merupakan duta jenama tudung tersebut akan memakai tudung baru rekaan jenama perniagaan milik keluarga wanita itu.

"Mawar ada simpan beribu helai tudung dalam almari di rumah. Kalau dia dah pakai satu-satu tudung tu, dia tak akan ulang-pakai lagi. Itu juga sebagai satu promosi untuk jenama Fareeda. Mak mertua saya akan buat rekaan dan Mawar bertanggungjawab memakai tudung tersebut sebagai promosi. Jadi memang setiap hari dia akan pakai rekaan baru. Memang koleksi tudungnya sekarang dah beribu tersimpan dalam almari di rumah kami.


"Bukan tak mahu jual tudung-tudung tersebut, tapi Mawar ada cakap yang dia rasa tak sedap hati nak jual ataupun nak bagi pada orang sebab dia dah pakai tudung tu walaupun hanya sekali. Dia rasa tak manis bagi barang yang dia dah pakai kepada orang lain.

Disebabkan dah terlalu banyak, saya ada sarankan supaya jual saja. Sekarang saya tengah cuba puJuk dia untuk buat pre-love (jual dengan harga rendah). Tapi soal harga tu, belum ditetapkan lagi. Dan tak tahu lagi sama ada dia setuju atau tidak", kata Fizo Omar yang juga berkata tidak akan memaksa Mawar sekiranya isterinya itu tidak bersetuju.

Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sidang media rombongan artis popular bersama penerbangan Air France keempat ke Paris tajaan Raflesia, bertempat di hotel Park Royal, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Fizo lagi, dia bersyukur kerana meskipun perniagaan milik mertuanya itu terpalit dengan isu kontroversi beberapa bulan lalu, namun masih ramai pelanggan yang menjadikan Fareeda sebagai pilihan hijab utama mereka.

Malah dia gembira apabila ramai wanita terdiri daripada remaja dan dewasa yang menjadikan isterinya sebagai inspirasi dari segi pemakaian tudung.

"Alhamdulillah, Fareeda sekarang sudah ada 8 cawangan. Saya gembira bila ramai pelanggan, kalau mereka beli tudung Fareeda, mereka akan muat naik gambar di Instagram juga Facebook dan tagkan sekali pada Mawar. Sekarang ni asalkan Mawar muncul saja di mana-mana acara hiburan atau majlis koporat, peminat akan terus menamakan tudung yang dipakai Mawar sempena nama acara berkenaan.

"Misalnya, kalau saya bawa dia ke Anugerah Meletop, nanti adalah keluar nama tudung, 'Tudung Meletop' dan sebagainya. Selain itu baru-baru ini ada seorang remaja yang menunjukkan kreativitinya mengubah tudung bawal yang dipakai dijadikan fesyen tudung Fareeda. Bagi saya remaja itu kreatif. Bukan sebaliknya seperti isu baru-baru ini yang mana hasil rekaan kami diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain berkongsi tentang perkembangan perniagaan milik keluarga mertua, Fizo juga memberitahu dia gembira dengan perniagaannya, Hot Burger yang diusahakan juga semakin berkembang.

"Gerai Hot Burger saya pula sekarang ini sudah ada sebanyak 150 buah gerai di sekitar kawasan Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan terbaru di Johor Bharu. Saya juga sedang dalam perancangan untuk menambah resepi iaitu Hot Burger Hitam (black papper), perisa pandan dan spicy", katanya.

Jumpa Pakar Sakit Puan

Dalam pada itu Fizo juga berkata, seperti pasangan suami isteri lain yang menginginkan cahaya mata, dia dan isterinya masih terus mencuba dan berdoa agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

.

Namun dia mengakui kesibukan dalam menguruskan perniagaan dan dalam masa sama dia sendiri perlu memberi komitmen pada aktiviti seninya, sedikit sebanyak membuatkan mereka berdua tidak terburu-buru.

3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FlowerGirl 22-5-2014 10:31 AM
Mmbazir tu amalan syaitan wpun mampu....tudung smpai beribu pasang...aduhaii
Quote kakikuDibibirmu 22-5-2014 10:31 AM
♫...tudungmu adalah jenis pakai buang, biarlah lebih dari sehari...♫
Quote kakikuDibibirmu 22-5-2014 10:32 AM
imelda kumpul kasut, dia kumpul tudung, najib kumpul panda
Quote skymania 22-5-2014 10:33 AM
jadahnyr pasal kapel paredah neh lgk???


muntah kedarah!
Quote aminsaniah 22-5-2014 10:33 AM
ok uolss..simpan duit dari sekarang nk beli tudung madam rose yg harga beratus-ratus tu hokayyy
Quote xtahumenahu 22-5-2014 10:34 AM
mungkin x membazir sebab ongkosnya ciput jek...yerr laaahh...die owner...yg jd membazir org yg beli mahal2
Quote mokcikKSKB 22-5-2014 10:34 AM
Menipu sgt smpai beribu..xkanlah collection derang dh sampai ribu?
Quote Meme_Lipton 22-5-2014 10:34 AM
jual sajelah..tak nak jual sedekah pada yang tak mampu bak kata "mawar"
Quote prettymanja 22-5-2014 10:36 AM
Gelinye nk pkai tudung bekas2 Org lain guna Uols.. who knows ade kelimomor or kutu or kudis pale ke.. xpasal2 kene jangkitan nnti..
Grossss !!!
Quote CiliPadiSedap 22-5-2014 10:39 AM
sejak fizo kawin dengan fareeda dia je lebih2 cm owner fareeda.

Jantan Dayus Team
Quote SyaAnis 22-5-2014 10:42 AM
jual pre-love pun untung juga..

kang ramai la yang berumahtangga depan umah mawar ngan fizo lak..
Quote kikuri 22-5-2014 10:47 AM
dorang ni lagik
Quote lucky_peace 22-5-2014 10:47 AM
sampai beribu, pening gak designer nak memikirkan tudung baru tuk dipakai setiap hari leh si mawar nieyh.... belom masuk nak fikir design tuk dijual.... boleh mabuk design designer tu nanti....

agak nampak kepropaan disitu...
Quote Bell 22-5-2014 10:48 AM
kakikuDibibirmu posted on 22-5-2014 10:32 AM
imelda kumpul kasut, dia kumpul tudung, najib kumpul panda

Mawar kumpul tudung guna duit rakyat ker?

Quote kakikuDibibirmu 22-5-2014 10:54 AM
lebai tudung                          
Quote mongoose_kidz 22-5-2014 10:55 AM
sehari smpai dua benang...
rase mcm nak vomit
Quote tasha 22-5-2014 10:57 AM
bukan beribu ikut design tp warna kut...
xheran pun sbb satu design je dh ada berapa warna...
dia kan owner..btw  lantak ler dia  kaya bkn mengabiskan duit kita pun..
Quote farahfatihah 22-5-2014 10:58 AM
perghhh beribuuuuuuu huhuhuhuu
Quote ciklipoo 22-5-2014 10:58 AM
Aku rasa beribu kaler je tu....desingn sama lebih kurang jah...

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top