CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Majlis Sederhana Pilihan Kardashian-West

23-5-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26542| Komen: 41



KURANG dua minggu lagi, pasangan selebriti popular, Kim Kardashian dan Kanye West bakal disatukan dalam majlis pernikahan.

Memilih tanggal 24 Mei ini sebagai hari bahagianya, namun baik Kardashian mahupun West, masing-masing mengharapkan agar majlis itu berjalan dengan lancar.
Bakal diadakan di Paris, Perancis, pasangan ini telah pun mengedarkan kad perkahwinan mereka sejak April lagi.

Walaupun hubungan cinta antara Kardashian dan West bukan lagi rahsia, namun tidak dinafikan, perkahwinan ketiga bagi bintang, Keeping Up With The Kardashians ini memberi tekanan buat dirinya.

Akui Kardashian, walaupun persiapan sudah hampir siap, namun masih ada kerisauan akan kelangsungan majlis berkenaan.

"Kami memilih untuk disatukan dalam majlis serba sederhana. Ini adalah usaha kami mengelakkan sebarang kesilapan atau mengganggu kelangsungan majlis.

"Hanya 100 tetamu yang diundang dalam majlis ini dan ianya sangat terhad. Mungkin majlis ini bukanlah sesuatu yang diharapkan peminat, namun kami selesa begini.

"Kami harap agar hubungan ini akan terus bahagia dan berkekalan. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa di belakang!," katanya lagi.

Sebelum ini, Kardashian, 33, dan West, 36, bertunang pada Oktober tahun lalu, setelah Kardashian bercerai dengan Kris Humpries pada 2011 selepas 72 hari bersama.

Hasil daripada hubungan asmara bersama West, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, North West, pada 15 Jun 2013.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Kardashian dan pertama buat West. Pernikahan pertamanya dengan produser muzik, Damon Thomas dan berakhir pada 2004.


Penjelasan Kardashian

Menjelang hari pernikahan, pelbagai khabar angin mula bertebaran mengenai pasangan ini.

Walaupun sebelum ini mereka sering dilanda kontroversi, namun kali ini, ada khabar angin yang mendakwa mereka telah pun berkahwin sebelum ini.

Enggan membiarkan masyarakat terus mencipta cerita tanpa kesahihan, Kardashian bertindak  menggunakan laman sosial, Twitter miliknya menjernihkan keadaan.
Kardashian menjelaskan beberapa perkara berbangkit mengenai dirinya dan West.

"Melihat banyaknya berita berbeza yang bertebaran, saya tidak mampu untuk berbahas. Tapi, saya ingin jelaskan beberapa perkara.

"Kami belum menikah! Dan kami tidak akan merakam pernikahan ini untuk Keeping Up with The Kardashians. Kami memutuskan untuk menyimpan kenangan ini dengan cara berkongsi foto sahaja.

"Kami belum menyusun pendaftaran tetamu dan saya dengar, bilangan tetamu meningkat sehingga 1,600. Tapi, majlis kami sangat kecil dan intim. Foto saya memakai gaun perkahwinan itu adalah foto lama atau hasil 'photoshop'!," jelasnya lagi.

Selain itu, Kardashian turut meminta orang ramai tidak percaya akan berita yang bukan daripada dirinya mahupun West sendiri.


Sambutan Hari Ibu

Boleh dikatakan, Mei adalah bulan sangat membahagiakannya.

Bukan sahaja majlis bahagia, dia juga meraikan Hari Ibu pertama bersama puterinya, North West.

Merupakan selebriti yang aktif di Twitter, Kardashian mengepilkan beberapa foto bersama puterinya itu ketika menyambut Hari Ibu.

Kardashian menulis luahan hatinya saat meraikan kenangan itu.

"Anak kecil ini mengubah dunia lebih dari yang pernah saya bayangkan. Menjadi ibu merupakan perasaan paling berharga di dunia ini! Selamat Hari Ibu buat semua ibu di luar sana!," tulisnya.

Kardashian turut menerima hadiah istimewa daripada tunangnya iaitu rangkaian bunga mawar, 'hydrangea' dan 'peony'.

"West tunang terbaik di dunia! Saya sangat mencintaimu sayang! #HappyMothersDay,” tulisnya.

Selain kejutan itu, Kardashian juga meraikan sambutan itu bersama keluarga dan teman terdekatnya termasuk Khloe Kardashian, Kendall Jenner, Kylie Jenner, Kris Jenner dan Ciara, di The Peninsula Hotel, Beverly Hills.


Lindungi hak North

Walaupun memiliki ratusan ribu peminat, namun masih ada yang kurang menyenangi pasangan ini.

Sebelum ini, pelawak Amerika Syarikat, Jovan Rivers, pernah mengeluarkan kenyataan North tidak memiliki rupa yang cantik.

Melihat hinaan dan kritikan masyarakat terhadap North, Kardashian gagal bersabar lagi.

Dia sangat bimbang akan tahap keselamatan dan tumbesaran North apabila mengalami diskriminasi.

"North adalah bayi saya bukan milik Amerika! Saya akan melakukan apa saja demi melindungi anak dan ibu dari anak saya," tegasnya.


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-5-2014 02:58 PM
kalah majlis nikah rozita Che wan.
Quote piao 22-5-2014 03:11 PM


BOOBS dia jatuh di kerjakan oleh west?
Quote bookehkahkoh 22-5-2014 03:35 PM
sederhana dia tu berapa million lemon lemon
Quote batman_2007 22-5-2014 07:10 PM
Trashy couple
Quote prettymanja 23-5-2014 03:54 AM
Kim K nie mmg suke Kude itam, bpe lama lak ley tahan perkawinan kali nie.. huhu
Quote miminn 23-5-2014 09:16 AM
sederhana artis hollywood tak sama dengan sederhana orang biasa2. huhu
Quote kuacy 26-5-2014 12:02 AM
Gambar kawin pleaseeeee....
Quote dani-rox 26-5-2014 12:12 AM


sedih btol gambar paparazi nih... banyak lg gambar kat sini, malas nak tepek...
khabarnya adik lelaki kim tak jd hadir, bey dan jayz yg dikatakan bakal pengapit kanye pon cancel...
Quote piao 26-5-2014 12:17 AM
dani-rox posted on 26-5-2014 12:12 AM
sedih btol gambar paparazi nih...  banyak lg gambar kat sini, malas nak tepek...
khabarnya ...

ok la jugak kan..
Quote bookehkahkoh 26-5-2014 01:09 AM
dengan kanye haruslah fefeeling mysterious dulu dgn athlete nfl tu motif sgt buat wedding special nak dkt 3 jam pastu tak sampai berapa bulan nak cerai
Quote alieyrina 26-5-2014 07:35 AM
Amboi mejlis nampak sipi2 jah  

mls nak klik link  
Quote akkula 26-5-2014 11:58 AM
Makin besooooooooooo
Quote elamor 26-5-2014 12:59 PM
image.jpg



Quote redliner 26-5-2014 02:03 PM
piao posted on 22-5-2014 03:11 PM
BOOBS dia jatuh di kerjakan oleh west?

tak.
dikerjakan oleh north west.

eh ke berselang-seli mengerjakannya.
Quote piao 26-5-2014 04:20 PM
redliner posted on 26-5-2014 02:03 PM
tak.
dikerjakan oleh north west.

jatuh ohh adalah dalam ground floor dorang ni xpyh kawin pun xpe la.
Quote dani-rox 27-5-2014 12:55 AM
perfect gile wedding dua org nih... pastor yg kawenkan derang pon bole tahan hensem
a handsome mix of Leonardo DiCaprio and Ryan Gosling, katanya.





Quote shanshero 27-5-2014 01:54 AM
Benci i tengok review enews pasal kapel basi ni
Quote rosa_canina 27-5-2014 10:09 AM
lagi teruja nak tgk pastor dari kim/kanye
Quote meiya_loya 27-5-2014 01:00 PM
hansome nyeeeeeee pasto!!!!! tgk mata jer pon dah boleh cair.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064398 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top