CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hati Mak Mah Kini Berbunga-Bunga

26-5-2014 09:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17887| Komen: 80

Ruminah mengakui berasa begitu bahagia sejak mendirikan rumah tangga bersama Al Fatah.


Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah

PETALING JAYA: Selepas kira-kira seminggu bergelar isteri, pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui dirinya berasa cukup bahagia di samping suaminya, seorang peneroka Felda dari Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, walaupun pada mulanya dia berasa kekok memandangkan sudah 41 tahun menjanda, dia mula serasi dengan kehidupan sebagai sepasang suami-isteri.

"Susah nak cakap sebenarnya. Apa yang saya boleh katakan, hati saya sedang berbunga-bunga. Kalau boleh mana-mana pergi kami mesti mahu bersama.

"Maklumlah, sekarang ini saya sudah ada peneman dah tak macam dulu. Rasa kekosongan itu terisi," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ruminah, kedua-dua mereka saling tidak mahu berenggang, namun terpaksa akur kerana masing-masing mempunyai kerja yang perlu dilunaskan.




































Ruminah bersama pasangannya, Al Fatah.



Ditanya apakah rutin wajib dibuat setiap hari, Ruminah berkata dia akan memastikan minuman kegemaran suaminya itu akan dihidang mengikut masa-masa tertentu.

"Saya seorang yang tidak minum minuman yang bersusu selain jus buah. Tetapi berbeza pula dengan suami, ada masa dia mahukan teh dan kadang kala kopi.

”Jadi saya pun perlu belajar bancuh minuman kegemarannya untuk dihidangkan setiap hari. Alhamdulillah, suami saya tidak cerewet," ujarnya.

Ruminah selamat bergelar isteri Al Fatah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di Meru, Klang pada 17 Mei lalu.

Perkahwinan ini merupakan yang kelima buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham pelakon AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. Manakala Fatah pula mempunyai 10 orang anak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 24-5-2014 02:15 AM
xsangka Mak Mah dh penah berkawen sebnyk 5x Uolss.. dengo2 anak2 nye kureng senang dgn Ayah bru dowang nie.. Doa kn aje laa kebahgiaan meke khen.. Ameen
Quote maxim 24-5-2014 02:24 AM
prettymanja posted on 24-5-2014 02:15 AM
xsangka Mak Mah dh penah berkawen sebnyk 5x Uolss.. dengo2 anak2 nye kureng senang dgn Ayah bru dowa ...

"Tidak Timbul Istilah Ayah Baru" - Adlin Aman Ramlie


Rentetan ucapan yang dibuat oleh pelakon Adlin Aman Ramlie dalam rancangan hiburan, Melodi pada Ahad, ramai pihak yang membuat spekulasi bahawa mentor program realiti Bintang Mencari Bintang musim kedua itu tidak begitu senang dengan perkahwinan baru ibunya, Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah.
Bagi mengetahui apa yang dimaksudkan Adlin menerusi ucapannya itu, GUA menghubungi pelakon filem ‘Puteri Gunung Ledang’ itu bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.


“Kadangkala memang orang salah faham dengan kenyataan yang dibuat oleh saya, namun ia tidak bermakna yang saya tidak gembira dengan perkahwinan mak saya. Sudah 3 kali bergelar balu, saya berharap agar jodoh mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat bersama.


Namun tidak timbul istilah ayah baru kerana Haji (Al Fatah Rahim Ismail) memegang tanggungjawab sebagai suami kepada mak saya dan bukan kepada anak-anaknya yang sudah besar serta berkeluarga,” ujar Adlin ketika dihubungi GUA sebentar tadi.


Menurut Adlin, sedari kecil lagi dia sudah biasa membesar tanpa kasih sayang seorang ayah jadi dia tidak mempunyai sebarang tuntutan kepada Al Fatah. Bagi Adlin, dia mengharapkan agar perkahwinan baru Mak Mah ini mampu mengisi kesunyian ibunya yang mana ruang tersebut sukar diisi oleh anak-anak.


“Saya mengharapkan agar Haji dapat menjaga ibu saya dengan baik. Istilah ayah baru itu tidak wujud kerana sejak kecil lagi saya dibesarkan oleh mak tanpa kasih sayang seorang ayah kerana ayah saya sudah meninggal ketika saya berusia 3 tahun lagi,” ujar Adlin.


Mak Mah (68 tahun) sah bergelar isteri kepada Al Fatah (70 tahun) dengan sekali lafaz di dalam satu majlis jam 9.20 pagi pada Sabtu lalu bertempat di rumah abang ipar Mak Mah di Klang. Pada majlis tersebut, Mak Mah menerima mas kahwin sebanyak RM300 tanpa wang hantaran.


Majlis persandingan berlangsung sejurus selepas majlis akad nikah yang dihadiri oleh lebih kurang 300 tetamu. Mak Mah pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai 6 orang anak, 20 orang cucu dan 6 orang cicit.


Quote prettymanja 24-5-2014 02:30 AM
maxim posted on 24-5-2014 02:24 AM
"Tidak Timbul Istilah Ayah Baru" - Adlin Aman Ramlie




Anak mane yg xnak Maknye senang & bahagia kn. Tp maybe dorang tkot Haji nie nnti amik kesempatan lak kt Mak Mah yg pnat2 berlakon tp hasil nye di songlap dek Laki jew. And maybe skrg perhatian mak mah msti le di lbeykn kt Somi nye jd dgn anak2 ade kureng le ckit..
Biase le tu anak2 nie kdg2 tamak dgn kasih syng Ibu nie Uols
Quote ex-bantal.B 24-5-2014 02:43 AM
sebelum tidor.. nak komen gak.. hot nya nenek ni.. 5 kali kawen..ada tak cucu dan cicit mewarisi ni..hehehe

ZzzZzZzZzzzz
Quote ana_w_houb 24-5-2014 03:03 AM
nama suami ala2 asmaul husna gittew....senang nak ingat
Quote chazey 24-5-2014 06:53 AM
prettymanja posted on 24-5-2014 02:30 AM
Anak mane yg xnak Maknye senang & bahagia kn. Tp maybe dorang tkot Haji nie nnti amik kesempatan ...

Bukan ka seorang peneroka Felda itu berharta?

Btw pakcik ni hensem. No wonder Mak Mah suka.
Quote mrsLucky 24-5-2014 07:24 AM
3 kali balu dan satu cerai..
Kasian semoga usia yang tersisa membawa bahagia ke akhir hayat...
Quote smurfet 24-5-2014 07:28 AM
5 kali kawin but 3 kali balu. Tak lah kawin cerai kawin cerai.. Semoga mak mah bahagia disamping suami hingga ke syurga insyaAllah..
Quote menjad 24-5-2014 08:16 AM
Cantik kaler baju... Peneman hidup usia senja... Anak2 kena redha lah...
Quote debab_78 24-5-2014 08:19 AM
aku ok je mak mah kawin.. at least dia ada peneman idop dlm usia2 mcm tu...

tp aku x bleh blah, knp la smpai nak bsanding, baju 3,4 persalinan bagai.. kalah org muda! mmg la dia berduit... tp mcm x sesuai okayy..
simple2 baju kurung sudahhh. .
Quote kakikuDibibirmu 24-5-2014 08:21 AM
biarlah duit dia
Quote beta_carotene 24-5-2014 09:12 AM
maxim posted on 24-5-2014 01:24 AM
"Tidak Timbul Istilah Ayah Baru" - Adlin Aman Ramlie

kesian.. kenal ayah thru movie jah

Quote mrsLucky 24-5-2014 10:11 AM
i hope mak mah dah punya rumah sendiri..kasihan dulu dihalau 2 pagi kerana buat rumah ditanah milik mak mertua..
Quote noraidil_06 24-5-2014 10:13 AM
prettymanja posted on 24-5-2014 02:30 AM
Anak mane yg xnak Maknye senang & bahagia kn. Tp maybe dorang tkot Haji nie nnti amik kesempatan ...

Peneroka ade income tetap.no worries
Quote NAT_11 24-5-2014 10:20 AM
Semoga Mak Mah berbahagia kawen kali ke 6 ni.
Adalah tempat bertedoh dan kawan berborak.
Takdalah lagi menangis, asik berpindah randah.
Relax ye Mak mah, banyak-banyak beribadah.
Harap berkekalan sampai ke ujung nyawa.
Quote nsmy 24-5-2014 10:24 AM
tahniah dan semoga berbahagia...
Quote mokcikKSKB 24-5-2014 10:27 AM
maxim posted on 24-5-2014 02:24 AM
"Tidak Timbul Istilah Ayah Baru" - Adlin Aman Ramlie



Hamboi..eksyen betul..malu ada bapak penetoka felda ker??baguslah mak kau tu ada laki baru.at least ada jugak org tlg jagakan.
Quote hzln 24-5-2014 10:29 AM
muga adlin cepat dapat adik...amin
Quote hzln 24-5-2014 10:31 AM
chazey posted on 24-5-2014 06:53 AM
Bukan ka seorang peneroka Felda itu berharta?

Btw pakcik ni hensem. No wonder Mak Mah suka.

mungkin masa muda dulu2 mak mah ada syok sama mustapa maarop yg hensem bangett itu

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.163025 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top