CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fathia Didakwa Bermasalah & ‘Liar’

27-5-2014 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14571| Komen: 43



Walaupun pada mulanya Aiman Hakim Ridza dan kekasihnya Fathia menafikan dakwaan bahawa mereka sedang bercinta, akhirnya pasangan ini akur bahawa hubungan romantis mereka masih dapat dihidu oleh pihak media.

Pernah menjadi perhatian media kerana isu disiplin, sekali lagi nama Fathia dihambat kontroversi apabila dia dikatakan menggunakan alasan tidak sihat untuk mengelak sesi penggambaran dan kemudiannya dilihat berada di sebuah pusat membeli-belah bersama Aiman.

Terkini, menerusi temubual di sidang media Pelancaran Duta Baru Garnier Men, Aiman menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk menghalang pandangan negatif orang ramai terhadap kekasihnya.


“Aiman sebenarnya tak nak panjangkan cerita dan sepatutnya tiada kena mengena dengan Aiman pun. Kebetulan memang Fathia sendiri tak sihat dan dia terus ke klinik dan ambil inhaler.

Selepas itu Fathia call sendiri orang itu untuk beritahu dia dah okay untuk pergi photoshoot. Tapi dia dimaklumkan bahawa sudah diganti dengan orang lain.”

Tidak cukup dengan itu, nama Fathia juga mula menjadi buah mulut orang ramai apabila dia tampil terlalu seksi sebagai cover girl majalah sehinggakan dilabel sebagai gadis liar.

“Bagi Aiman semua orang ada pandangan masing-masing. Sesetengah anggap seksi dan ada juga anggap tak seksi. Sekarang ini semua orang boleh bercakap. Jadi, terpulang pada mulut masing-masing. Itu adalah pandangan mereka dan Aiman tiada hak nak halang.”



Aiman mengikat kontrak selama setahun sebagai duta Garnier Men

Beralih kepada soal karier, Aiman menyatakan rasa gembiranya apabila dipilih sebagai duta untuk produk Garnier Men selama setahun. Menariknya, tanggungjawab sebagai duta produk tersebut bakal digalas bersama-sama dengan Fahrin Ahmad.

Tidak cukup dengan itu, Aiman juga kini sedang sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru berjudul ‘Selamat Pengantin Madu’ dan proses rakaman single terbaru bersama Tam Spider dan M. Nasir.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 26-5-2014 07:42 PM
tanya boyfriend buat apa?? poyo..tanya la mak bapak ariana rose jusoh tu....!!!!!!!!!!
Quote kakikuDibibirmu 26-5-2014 07:43 PM
semoga kau tak jadi role model untuk Fadlan Hazim hensem

lagi satu perosak karier ialah Aeril Zafrel

Aeril Zafrel + Aiman Vanila Coklat, rugi, muka okay, tapi banyak pulak perangai, selayaknya lah merudum
Quote pakwetizzaqyah 26-5-2014 07:43 PM
mamat ni nak keluar single??? best ke ko menyanyi??? best lagi salem tengganu....rahmat mega dan rahmat ekamatra
Quote adelea 26-5-2014 07:54 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-5-2014 07:43 PM
mamat ni nak keluar single??? best ke ko menyanyi??? best lagi salem tengganu....rahmat mega dan rah ...

Cer dgr lagu khalimah jiwa... suara aiman dah improve and lagu tu mmg sedap
Quote munchkin 26-5-2014 10:18 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-5-2014 07:42 PM
tanya boyfriend buat apa?? poyo..tanya la mak bapak ariana rose jusoh tu....!!!!!!!!!!

siap ingat nama penuh ariana rose jusoh lagi
Quote arrowtotheknee 26-5-2014 11:47 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-5-2014 07:43 PM
mamat ni nak keluar single??? best ke ko menyanyi??? best lagi salem tengganu....rahmat mega dan rah ...

Dia kan bekas protege Mentor. Nak test balik suara dia yg sendu la kot.
Quote deanswify 27-5-2014 08:44 AM
Aiman kisah pon psl Fatiyah
xtawlah kisah mana yg betul
samada Fatiyah mmg bermasalah or tidak
Quote siputsedut 27-5-2014 09:06 AM
AIman takyah la jwb on behalf of fathia...bukan bini pon lagi...jaga karier masing2 ajek
Quote adi87 27-5-2014 09:51 AM
hensemnye mamat ni. Ni if jalan2 kat pavi terserempak ngan mamat ni mau tertoleh2 kepala aku.
Quote chinatsu 27-5-2014 09:55 AM
ntahnya..tak perlu kot nak jawab bagi pihak fathia..kalau wartawan tanya cakap je kat wartawan tu suruh tanya fathia sendiri
Quote hensem2012 27-5-2014 09:57 AM
adi87 posted on 27-5-2014 09:51 AM
hensemnye mamat ni. Ni if jalan2 kat pavi terserempak ngan mamat ni mau tertoleh2 kepala aku.

ko gay ke??
Quote adi87 27-5-2014 10:06 AM
gay mende nye aku ladies ok
Quote ainie_1008 27-5-2014 10:15 AM
adi87 posted on 27-5-2014 09:51 AM
hensemnye mamat ni. Ni if jalan2 kat pavi terserempak ngan mamat ni mau tertoleh2 kepala aku.

bg aku biasa2 je. tak lah hnsem sgt. tp pndangan stiap orgkan berbeza.
Quote cepheid 27-5-2014 10:20 AM
Ni ke cover girl yang dikatakan seksi tu?



Quote idadzira 27-5-2014 10:24 AM
x seksi pun ok jer. tapi lovely couple la depa berdua ni, sama cantik. mcm dazrin n amyra.
Quote muraicomey 27-5-2014 10:24 AM
kacaknya aiman...dah la tinggi lampai macam model..cukup lengkap untuk jadi jejaka idaman malaya...
Quote ninjago 27-5-2014 10:35 AM
rembes tul tgk aiman nie. gewaammm
Quote wookiehoney 27-5-2014 11:05 AM
ape sgt la dgn cover mcm tu  bg theyols
Quote ketammerah 27-5-2014 11:14 AM
Dia berlakon ok, tp muka nak control macho je, plus muka poyo, ahha

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063811 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top