CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Michael Ang Yakin Adegan Berkemban Sharifah Sakinah Diterima Penonton

2-6-2014 03:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19970| Komen: 32

Pengarah Pasti Adegan Kemban Sharifah Sakinah Diterima Penonton

Michael Ang



KUALA LUMPUR: Pengarah drama Michael Ang  pasti  penonton tidak akan memberi persepsi negatif terhadap karya terbaharunya iaitu Racun Menantu yang mempunyai sedikit adegan kemban lakonan Sharifah Sakinah.

Michael berkata, pengarahan dalam karya berkenaan yang menuntut Sharifah Sakinah beraksi ghairah ketika berkemban itu sekadar mahu menyampaikan cerita mengenai watak Sara yang cuba menggoda lelaki-lelaki yang dibencinya.

"Memang ada unsur ghairah tetapi tidaklah keterlaluan. Ia nampak ghairah kerana Sakinah berkemban dan selebihnya dia lakonkan adegan yang mahu menggoda beberapa lelaki tanpa menunjukkan apa-apa aksi keterlaluan pun.

"Saya percaya penonton zaman sekarang mampu berfikir secara bijak apabila menonton sesebuah karya itu," katanya.

Michael ditemui pada majlis pelancaran tiga supertelefilem siaran Astro Box Office Movies iaitu Lai Krathong, Racun Menantu dan Penunggu Bayang di Hard Rock Cafe di sini pada Jumaat.







































Sharifah Sakinah


Ketiga-tiga supertelefilem itu merupakan terbitan Dark Wave Productions Sdn Bhd.

Racun Menantu memaparkan penderitaan seorang kanak-kanak iaitu Sara yang diculik dan kemudiannya dipaksa menjadi pelacur.

Apabila dewasa, Sara membalas dendam terhadap lelaki yang mersokkannya.

Karya yang menampilkan pelakon Zaidi Omar, Izreen Azminda, Helmi Moin dan Sakinah itu akan ditayangkan pada 6 Ogos depan.

Dalam pada itu Penunggu Bayang yang juga karya Michael lakonan Hairul Azreen akan ditayangkan pada 23 Julai.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama karya pengarah Zul Huzaimi pula dapat disaksikan menerusi Lai Krathong yang mengisahkan mengenai cinta mendalam Che Yem (Zul) dan Su Fei (Dora Arina).

Perasaan cinta Che Yem tidak dapat dilupakan selepas kematian Su Fei sehingga dia sanggup melakukan perbuatan syirik menghidupkan semula kekasihnya itu.

"Saya tidak pernah melihat hantu di depan mata tetapi saya percaya adanya jin yang menganggu fikiran manusia.

"Jadi saya menghasilkan cerita ini berdasarkan pengamatan saya bahawa manusia suka taksub dengan sesuatu perkara sehingga sanggup melakukan perkara-perkara syirik.

"Jadi saya yakin kisah ini mampu memberi pengajaran kepada penonton," ujar Zul Huzaimi.

Lai Krathong akan ditayangkan pada 18 Jun ini.

Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Ruminah Sidek, Roy Azman, Shahrizal Jaszle, Elfira Loy dan Guntur Triyoga.

Ketiga-tiga supertelefilem tersebut ditayangkan di Astro Box Office Movies menerusi saluran 130 bermula pukul 10 malam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 31-5-2014 07:34 AM
Kalau dh ade bukak2 tu
Of coz kena kritik
Just tunggguuuuuuu.....
Quote tepisket.. 31-5-2014 08:26 AM
Badan dia kan kerempeng, rasa org mcm x pndg je
Quote skymania 31-5-2014 08:27 AM
kinah neh chantik..plus pandai berlakon..

seksi pon hazab jugak..
Quote cikatilia 31-5-2014 08:33 AM
alahai
letakkan sarifah sakinah dgn yg gebu sket
baik la amek yg gebu tuh

sakinah ni tulang jah
Quote bluecrystal 31-5-2014 08:57 AM
aku kalo tengok temptation of wife , tengok watak makcik madel tu terus terbayang sharifah sakinah..tak taula ngape
Quote kakikuDibibirmu 31-5-2014 09:01 AM
Hai, saya siti nurhaliza dan selamat membeli belah di jusco, harini saya pakai spender merah, bra merah ....

[youtube]6AiYXpl4zFg[/youtube]

http://youtu.be/6AiYXpl4zFg

Quote nekjah 1-6-2014 03:19 PM
tepisket.. posted on 31-5-2014 08:26 AM
Badan dia kan kerempeng, rasa org mcm x pndg je

sebab tu michael ang kuar statement dengan 'yakin' sekali...
Quote Suchi 1-6-2014 03:23 PM
tepisket.. posted on 31-5-2014 08:26 AM
Badan dia kan kerempeng, rasa org mcm x pndg je

ntahnya pun

amik yg sedap dilihat dan sedap dipegang jugaaaaaaa

Quote naina 1-6-2014 03:48 PM
ala kinah ni.tayang six pax pon voley
kemban apalah sgt atas bahu je
Quote ElmoRed 1-6-2014 03:53 PM
saja nak menterujakan org dgn aksi kemban
Quote tomet05 2-6-2014 09:48 AM
nak kasi laris la nih .. konon nak btau awal ? mohtip sangat kan
Quote nurul_akmar 2-6-2014 03:56 PM
sakinah ni body dia cun
Quote prettymanja 2-6-2014 04:47 PM
bluecrystal posted on 31-5-2014 08:57 AM
aku kalo tengok temptation of wife , tengok watak makcik madel tu terus terbayang sharifah sakinah.. ...

coz wajah theyols seiras kot noks

Quote kivio 2-6-2014 09:22 PM
Muda lagi, mana nak ingat akhirat..
Lepas lumpuh/kanser baru nak tobat..
Lame..
Quote clarizsa 2-6-2014 11:39 PM
sheols sekeping je...
Quote aderaderker 2-6-2014 11:47 PM
Tak selera...banyak tulang...
Quote dark_knight26 3-6-2014 05:37 AM
Dia nih walaupun keding.. tp boleh tahan jugak.. body dia ngam..
Quote chinta89 4-6-2014 03:33 PM
tayang la selagi tak kertu.. dah kertu xde sape nk tgk..
Quote dino 4-6-2014 03:50 PM
badan papan lapis.... ganti plywood je utk adegan berkemban tuh...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046540 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top