|
DARI jauh sudah kelihatan pelakon Chacha Maembong dengan gaun pendek warna-warninya ketika hadir pada majlis pelancaran hlive! yang diadakan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ternyata set busana yang dipilih kali ini mampu menonjolkan dirinya ketika berada dalam kelompok artis yang lain. Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata pemilihan gaun warna terang dipadankan dengan beg tangan berwarna kuning itu untuk menyesuaikan dengan umur remajanya.
Kata Chacha dia bosan dengan warna-warna gelap yang sering digayakan oleh artis untuk majlis-majlis sebegini. "Selalu orang akan pakai warna-warna hitam atau gelap supaya mereka nampak anggun tetapi saya tidak suka, saya mahu fesyen itu seiring dengan karakter saya. "Sebagai remaja saya mahu penampilan saya juga remaja dan ringkas sahaja," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.234196 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.