|
PETALING JAYA: Pelakon senior, Lydiawati sudah dua bulan dia tidak berlakon selepas serangan penyakit saraf dan reumatik.
Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata dia mengalami penyakit itu selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.
"Ia bermula pada awal Januari lalu apabila tangan dan kaki kiri saya rasa berbisa. Risaulah jugak, takut ada masalah jantung. "Tetapi doktor cakap saya okey. Sehinggalah pada 23 Mei lalu, saya terus ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas rasa sakit makin teruk dan doktor mengesahkan saya ada pengakit saraf," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Tambah Lydiawati, sepatutnya dia perlu menjalani beberapa rawatan lain namun selepas melihat bil berjumlah RM5,000 sepanjang tiga hari di hospital itu, dia memutuskan untuk keluar wad pada Isnin lalu kerana merasakan tidak mampu menjelaskan bayaran rawatan yang lebih tinggi.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.355042 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.