CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kayla Elayna Menyinari Dunia Leuniey & Khairul Fahmi

11-6-2014 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43050| Komen: 193

Kurniaan cinta baru – Leuniey & Khairul Fahmi

Kayla Elayna menyinari dunia kehidupan mereka pada 3 Februari 2014 lalu. Baru berusia 43 hari, kami abadikan potret keluarga ini sebagai tatapan pembaca Nona, sesuai dengan edisi Hari Ibu. Kesempatan persinggahan KFLN ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis persandingan rakan sepasukan bola sepak Fahmi, kami ambil untuk bertemu mereka. Kediaman mewah milik ibu saudara Leuniey yang juga pengasas produk kosmetik Tia Amelia, Isma Rohaiza menjadi lokasi sesi fotografi.



“Baby macam demam sikit. Panas kepalanya. Tapi dia dah ready untuk photo shoot,” ujar ibu Leuniey, Puan Laila. Indahnya ciptaan Allah. Menurut Puan Laila, anak kecil ini mirip ibunya sewaktu kecil tetapi lebih cerah. Sempurna ciptaan Allah tiada sangkalnya lagi. Jelas terpancar diwajah bersih Leuniey kegembiraan bergelar seorang ibu. Jika dua tahun lalu tutur bicaranya masih ada aura keanak-anakan tetapi kini Leuniey lebih dewasa dan matang. Biarpun masih muda, pengalaman daripada ibu dan orang-orang di sekeliling mendewasakannya.



Segala-gala yang berlaku adalah kali pertama buat pasangan ini. Selain keluarga, teman-teman dan orang-orang di sekitar menjadi sumber bergerak untuk mereka. Pengalaman di bilik bersalin adalah momen yang masih segar di ingatan.



“Tukang urut yang selalu berkhidmat dengan kami banyak kali pesan supaya saya minum banyak air suam dan air kelapa agar memudahkan proses bersalin. Alhamdulillah, dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar. Apabila kontraksi berlaku lebih kerap dari biasa, kami terus ke hospital. Setiap hari saya berdoa agar saat itu Fahmi ada di sisi saya dan ia termakbul. Fahmi mendapat keizinan daripada jurulatih untuk bersama saya.



Setelah bayi keluar, doktor menyerahkannya Kayla di pangkuan saya, skin to skin. Waktu itu saya masih bingung dek kerana gas yang diberikan sebelum bersalin. Air mata juga tidak mampu menitis. Saya sangat gembira tapi tak terluah dengan kata-kata.” Sempat juga mama Leuniey mencelah…



“Leuniey ni boleh melahirkan ramai anak kerana mudah sungguh dia bersalin. Sepanjang di hospital, Leuniey tidak banyak kerenah. Pada saat bersalin, dia hanya mengucap kalimah Allah dan tidak menjerit. Kayla pun keluar bersih sahaja kulitnya, sama seperti Leuniey sewaktu bayi. Cuma Kayla versi cerah!”



“Saya terlalu gembira. Sebaik mendapat tahu isteri hamil, itu sudah cukup membawa seribu erti kepada saya. Saya melihat keseluruhan proses bersalin dan saat itu saya rasa amat berdosa pada ibu. Sukarnya melahirkan anak, kuat sungguh kesakitan yang terpaksa ditanggung. Saya hampir menitiskan air mata kerana rasanya tidak mampu menahan sakit seperti itu tetapi saya terpaksa tahan kerana tidak mahu Leuniey lemah semangat,” cerita Fahmi.



Ketahui kisah kehamilan Leuniey dan detik kelahiran puteri sulung kedua-dua pasangan ini serta perkembangan terbaru KFLN dalam Nona Edisi Hari Ibu Mei ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gusikuberdarah 11-6-2014 11:49 AM
comey2..tarik pipi kang..
Quote jamilah 11-6-2014 11:50 AM
geram plak tgk si kayla ni.. comel
Quote cikatilia 11-6-2014 11:52 AM
kenapa eh diorg famous sgt sampai skang
sbb laki nye main bola kah
or wife nya... retis?
Quote ainie_1008 11-6-2014 11:56 AM
tak de ker pic pic yg lain. tak puas tgk.
Quote mitnick 11-6-2014 12:02 PM
comel anaknyaa
Quote piao 11-6-2014 12:04 PM
ainie_1008 posted on 11-6-2014 11:56 AM
tak de ker pic pic yg lain. tak puas tgk.



masa ni berumur 7 tahun
Quote piao 11-6-2014 12:05 PM
jamilah posted on 11-6-2014 11:50 AM
geram plak tgk si kayla ni.. comel




Quote piao 11-6-2014 12:05 PM
Quote piao 11-6-2014 12:06 PM
jamilah posted on 11-6-2014 11:50 AM
geram plak tgk si kayla ni.. comel


Quote leon_mclaren78 11-6-2014 12:06 PM
piao posted on 11-6-2014 12:04 PM
masa ni berumur 7 tahun

7 tahun ke 7 bulan?
Quote jamilah 11-6-2014 12:08 PM
kadang2 tengok kayla muka cam leuniey.. kadang nampak cam apex kan
Quote piao 11-6-2014 12:08 PM


Iras janet khoo sheoolll


Quote ainie_1008 11-6-2014 12:08 PM
piao posted on 11-6-2014 12:04 PM
masa ni berumur 7 tahun

7 tahun.?? awat kecik sgt..
Quote piao 11-6-2014 12:13 PM
leon_mclaren78 posted on 11-6-2014 12:06 PM
7 tahun ke 7 bulan?

insta mak dia kata 7 tahun 4 bulan dah.. kini membesar dengan sihat dan cantik
Quote siputsedut 11-6-2014 12:15 PM
aah iras leuniey....

petua minum air kelapa nnt anak keluar kulit bersih tu mcm betul je..aku dulu pon start 7 bulan minum byk air kelapa fresh..bukan yang campur air gula tu okeh...mmg kulit bersih sampai nurse terjerit ckp kulit anak aku cantik...taktau la kebetulan ke apa....
Quote amyainsamad 11-6-2014 12:15 PM
comel.........
Quote misskitty 11-6-2014 12:17 PM
suka dgn khayla ni. sebab confirm besar cm mak dia.. dari nenek mak dgn kayla muka sama..

Quote fifie_olin 11-6-2014 12:22 PM
nmpk berisi skit leuney...
Quote haryatie 11-6-2014 12:59 PM
mak comei...ank comei la...

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top