Tiada Jodoh Dengan Hans Isaac, Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta
Ada sesiapa yang bertepuk tangan dan bersorak gembira ke dengan berita ni? Tipulah kalau tak ada, Neelofa kan cantik idaman ramai lelaki. Hans pula jejaka kacak kegilaan gadis-gadis Malaysia. Ya untuk mengesahkan sekali lagi, memang benar Neelofa sudah membuat pengakuan terbuka kepada akhbar tempatan hari ini berkenaan hubungannya dengan Hans yang telah lama putus sejak bulan Februari lalu.
Tapi seingat kami, baru-baru ini Neelofa ada membuat kenyataan di sebuah akhbar mengenai Hans dan artikel tersebut seolah-olah menggambarkan hubungan mereka masih lagi baik. Hmm, agak pelik di situ. Kalau ada yang masih ingat, Neelofa dan Hans digosipkan bercinta sekitar dua tahun lalu. Tetapi kedua-duanya tak pernah mengesahkan perkara itu. Tak mengapalah, mungkin tak ada jodoh antara Neelofa dan Hans. Semoga kedua-duanya berjumpa pasangan hidup yang lebih sesuai dengan mereka. |




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 04:03 AM GMT+8 , Processed in 1.302843 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.