CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sharnaaz ‘tetap ingat’ Lisdawati, akan melawat baby

17-6-2014 03:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13068| Komen: 67

Sharnaaz ‘tetap ingat’ Lisdawati

[size=0.8em]Cetak

“Bagi dia tenang-tenang dulu. Tak larilah gunung dikejar,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai janjinya untuk bertemu dan berbincang dengan pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi bagi menyelesaikan persengketaan mereka selepas aktres itu selamat bersalin.

Pada Sabtu lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 36, selamat melahirkan anak ketiganya iaitu bayi lelaki bernama Ahmad Nur Fyrdaus di Hospital Selayang, dekat sini.


Ketika dihubungi, Sharnaaz, 29, berkata, dia bersedia untuk menziarahi Lisdawati dan bayinya namun belum menetapkan tarikh tertentu.

“Itu (bersemuka) tak ada masalah pada saya. Sekarang bagi dia balik dan tenang-tenang dulu.

“Takkanlah orang baru bersalin nak terkam terus. Tapi saya tak ada masalah melawatnya,” katanya.

Perbalahan tiga penjuru antara Sharnaaz, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi bermula apabila aktres itu mendakwa dia dimaki oleh aktor berkenaan di lokasi penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Februari lalu.

Berikutan itu, bermulalah perbalahan antara mereka yang saling berbalas kenyataan di media sehingga Sharnaaz mengeluarkan kenyataan untuk menyaman pasangan itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Lisdawati dilaporkan sudah memaafkan Sharnaaz dan bersedia bersemuka atas perbalahan mereka.

Sharnaaz dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada 15 Mei lalu berkata, dia tetap akan bersemuka dengan pasangan itu bagi menyelesaikan konflik mereka.


Katanya, sebarang perancangan untuk berjumpa Lisdawati perlu bersesuaian dengan jadual mereka.

“Tak tahu nak cakap lebih sebab saya tak tahu lagi apa perancangannya.

“Saya kena tengok juga jadual saya dan Lisda, kalau tak ada apa-apa boleh saja melawat. Saya tak ada masalah,” katanya yang baru selesai penggambaran telefilem Perempuan Lindungan Kaabah, kelmarin.

Sementara itu, Lisdawati berkata, dia dan suami sudah melupakan persengketaan yang berlaku dengan Sharnaaz.

“Seperti yang kita cakap dulu saya dan abang (Fauzi) dah lama lupakan hal itu.

“Kami dah tutup cerita lama dan buka baru. Tidak ada apa-apa masalah pada pihak kami,” katanya.

Tambahnya, mereka juga terbuka menyambut aktor itu jika Sharnaaz mahu menemuinya dengan cara yang baik.

“Kalau datang dengan cara yang baik kami tak ada masalah.

“Bagi saya kita pandang ke depan dan lupakan yang lalu. Semua yang baik dibuat kerana Allah,” katanya.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
6

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 17-6-2014 12:09 PM
elok la kaki gaduh jumpa kaki gaduh! ego tinggi memasing. tak reti nak beralah
Quote clarizsa 17-6-2014 12:10 PM
laa x abis2 lagi rupanyaa... forgive n forget je laa...
Quote naina 17-6-2014 12:10 PM
aku sukala die berlakon dlm mira sofea.kelakar gler
mmg mnjdik sgttt.dr xsuke die jd minat..
Quote gendutDebab 17-6-2014 12:13 PM
x terkenan ke muka anak deyolss dengan muka si sanaz ni??
Quote vv2005 17-6-2014 12:17 PM
adoi..dah xde bahan cerita lagi ke wartawan ni..MUAL dah aku dengan kisah diowg ni
Quote Farzana217 17-6-2014 12:20 PM
Sudah-sudahlah tu.. Tak yah lah nak melagakan orang
Quote BebeQ 17-6-2014 12:20 PM
mohon berbaik je la. nak puasa ni. kan lebih tenang hidup kalau tak bermusuhan.
Quote nh83 17-6-2014 12:24 PM
Baguih..sempena nk ramadhon ni elokla berbaik2x..jd contoh pd yg lain..mcm kes ct & saripah aini
Quote SyaAnis 17-6-2014 12:44 PM
rasenya takde ape pun... cuma nak berbaik balik je..

man to man, face to face je.. asalkan ade budi bicara kat situ..

asyik bagi statement kat press je, rase cam biase lak..

so, better la berjumpa tanpa ada media..

Quote sixret 17-6-2014 12:47 PM
Saya suspect, wartawan tanya "Tak lawat Lisda dan anak ke yang baru lepas bersalin?"

Then, Sharnaaz jawab seperti apa yang diquote dalam suratkhabar.

Kemudian wartawan, tulis artikel dengan cara sebegini(dengan menulis insiden pergaduhan mereka) seolah-olah Sharnaaz nak jumpa Lisda kerana hal pergaduhan tu. Sedangkan hakikat sebenar Sharnaaz hanya hendak lawat Lisda dan baby setelah ditanya oleh wartawan.

Jika benar suspicion saya(mungkin saya yang salah), memang buruklah sikap wartawan untuk mewujudkan sensasi.

Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dibaca.
Quote MANLINGKONG1984 17-6-2014 12:50 PM
udah2 lah tu..bebaik2 lah bila jumpa nanti..tak best jugak kalau sorg sorg memaafkan secara terbuka gitu...pg jumpa lagi elok...ye tak
Quote mie07 17-6-2014 12:51 PM
wartawan jgnla jd batu api.....
Quote mamaal 17-6-2014 12:52 PM
Bole layan Nana's Ni kan..
Quote hanie_z 17-6-2014 01:19 PM
Tu la, kadang2 wartawan yang over kemain, padahal retis2 tu dah selesaikan dah masalah masing2,
Memang le keje wartawan buat liputan, tp xpayah la sampai nak melaga2kan orang iye dokk..
Quote rosasa 17-6-2014 01:20 PM
Takkanlah orang baru bersalin nak terkam terus. Tapi saya tak ada masalah melawatnya,” katanya.



owh...otak iols ke laut
Quote kk_jijah 17-6-2014 01:31 PM
rosasa posted on 17-6-2014 01:20 PM
owh...otak iols ke laut

ekekeke iols pon pk gitu gak td
Quote star_anisse 17-6-2014 01:37 PM
sharnaiah, jumpa bincang lek lok na.. satgi dia meroyan, laki dia claim hang mcm aritu lg..
Quote rosasa 17-6-2014 01:40 PM
kk_jijah posted on 17-6-2014 01:31 PM
ekekeke iols pon pk gitu gak td

khennn....



semoga hubungan nanas dan kak lisda kembali jernih... suka tengopk diorg dlm bkatc
Quote Unagi 17-6-2014 01:45 PM
over kau jahhhh...tak payah lah nak dendam2...konon gangstar abis lah tu..nyampahh..boooo

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.201231 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top