CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Raja Azmi Mengaku Behijab Kerana Bisnes Tudung!

20-6-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24555| Komen: 124

Imej terbaharu Raja Azmi.



KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi menjelaskan salah satu sebab kenapa dia membuat keputusan bertudung adalah kerana mahu mengembangkan perniagaan bisnes berkenaan.

Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, berkata, dia tidak dapat menafikan perkara tersebut tetapi niat berkenaan turut datang serentak dengan hasrat untuk berubah.

"Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu.

"Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring," katanya kepada mStar Online.


 

Raja Azmi memakaikan tudung kepada salah seorang pelanggannya.


Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran tudung Raja Azmi For Variente Hijab di butik tersebut di Bangsar, di sini pada Rabu.

Sebelum ini Raja Azmi dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan dia berhijab kerana keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.

Dalam perkembangan berkaitan Raja Azmi memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada pihak cuba mempertikaikan niat sebenar dia bertudung kerana dia percaya Allah lebih tahu tentang isi hatinya itu.

Mengenai rekaan tudung terbaharu tersebut, Raja Azmi berkata, dia menjalinkan kerjasama dengan butik Variante dan menghasilkan tujuh jenis selendang inspirasi daripada 'headband'.

 

Model yang menggayakan tudung-tudung di butik Variante.


"Sebelum bertudung, saya memang suka memakai 'headband'. Jadi saya mengambil inspirasi `headband’ itu ke dalam rekaan selendang.

"Harganya pun tidak berapa mahal iaitu RM70 sehingga RM250," ujarnya.

Tambah Raja Azmi, jika ia mendapat sambutan, dia akan membuat rekaan terbaharu dalam masa terdekat nanti.

Tudung-tudung berkenaan boleh didapati di  11 cawangan butik Variante sekitar Lembah Kelang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 19-6-2014 12:10 AM
Sejahil-jahil aku, jahil lagi nenek hipo ni, eloklah Jailani kahwin lain
Quote yayah8989 19-6-2014 12:14 AM
xmahal ko cakap
Quote maxim 19-6-2014 12:16 AM
ada ke yg nak pakai pesen terencat begini?


Quote MissLibra 19-6-2014 12:18 AM
tak kisahlah kak mi weii... segala-galanya Allah aje yang menghitung. Yang penting buatlah benda baik baik selagi hidup ni.
Quote MissLibra 19-6-2014 12:20 AM
yayah8989 posted on 19-6-2014 12:14 AM
xmahal ko cakap

dia target orang kaya aje pakai tudung dia. Yg tak mampoo macam kita ni beli ajelah kat masjid hindia tu.. lima hengget sepuluh hengget sema ada
Quote drivethru 19-6-2014 12:21 AM
la.....bukan kerana Allah ke. pakai sbb nk buat bisnes tudung. esok2 dh x laku tudung ko, ko jual cekak rambut plak. pastu bukak blk tudung tu. sbb jual cekak rambut. nenek....nenek.

**kat kelantan ade bini potong k**e laki dia. siap ade gmbr dlm instagram lg. boleh la panggil brader tu berlakon filem anu dalam botol. ni baru betul2 anu dlm botol. baru la filem ko laku. tp sanggup ke ko nenek nk pegang anu org tu.
Quote yayah8989 19-6-2014 12:22 AM
MissLibra posted on 19-6-2014 12:20 AM
dia target orang kaya aje pakai tudung dia. Yg tak mampoo macam kita ni beli ajelah kat masjid hin ...

baik beli bawak lima hengget tu dari pakai tudung cam hantu pocong cmtu  hahahaha

mcm sangat rimas bila tgok dia pakai tudung tu
Quote naina 19-6-2014 12:23 AM
Tp die still lawa pd umurnya yg tua tu
xpela at least die brtdung
dh xde dosa tnjuk rmbut
cume pahala tu Tuhan sje yg taw
Quote maxim 19-6-2014 12:24 AM
mmg inspired by kain kapan kot..nak suh pemakai ingat mati

Quote dani-rox 19-6-2014 12:26 AM
jujur ya amat nenek nih
Quote suka2 19-6-2014 12:37 AM
kurang2 nek mi bertudung la juga. umo pun makin banyak. bertudung ni selain dari tuntutan tutup aurat, sebenarnya hikmah lain utk tutup kekurangan2 yg ada contohnya boleh la cover te.tek panjang melabuh, rambut buruk bak dawai cuci pinggan, leher berlipat berkerak, dll.
Quote gusikuberdarah 19-6-2014 12:51 AM
xpe lah..yg penting dh pakai tudung..
Quote CiliPadiSedap 19-6-2014 12:54 AM
maxim posted on 19-6-2014 12:16 AM
ada ke yg nak pakai pesen terencat begini?



fashion tudung pocong...
Quote DARSITA 19-6-2014 12:58 AM
Tak ada satu pun yang lawa tudung nya itu. Tudung ..baju ketat metat hishhh!!!

Habis mahal tudung aku just $21.90 (usd) .. tak nak jadibodoh mengabiskan ratusan ringgit just utk selai tudung.
Quote asampodeh 19-6-2014 01:35 AM
maxim posted on 19-6-2014 12:24 AM
mmg inspired by kain kapan kot..nak suh pemakai ingat mati

haaa yg ni trbaek... aku pun dok trbayang yg ni la td mase tgk gambo tudung yg nek mi pkai tu...

ape punye pesen la tudung cenggitu, rimas aku..
Quote CrowneGlory 19-6-2014 01:43 AM
Xperla at least tutup gak
Quote fadzyjemi 19-6-2014 02:16 AM
Erkkk... target market dia mak datin kah?? Or kanak2 tadika??
Quote KelisaOren 19-6-2014 02:45 AM
Lepas buat solat tahajud selama 3 malam baru terbuka hati nak bertudung?
Quote rosasa 19-6-2014 07:50 AM
"Harganya pun tidak berapa mahal iaitu RM70 sehingga RM250," ujarnya.





tidak mahal la sangat

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058747 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top