CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mas Khan Kekasih Baru Lana Nordin

24-6-2014 05:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35473| Komen: 93

Mas Khan Kekasih Baharu Lana Nordin

Lana Nordin kiri bersama kekasih baharunya, Mas Khan




PETALING JAYA: Setelah kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari berakhir, pelakon Lana Nordin, pada Isnin memperkenalkan teman istimewanya iaitu pelakon baharu Mas Khan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia dan pemuda yang berusia 20-an itu masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya kepada mStar Online.

Lana ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, di sini, Isnin.

Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

































Mudah-mudahan cinta kedua-dua pasangan ini akan berkekalan.




Sementara itu, bercerita tentang Mas Khan, Lana berkata, dia seorang yang matang dan memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh.

Bagaimanapun, peristiwa percintaan lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hari dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," kata Lana.

Lana mengakui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam sebuah filem berjudul Biasan.

Katanya, filem tersebut masih lagi dalam penggambaran sehingga akhir Ramadan ini.

Sementara Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.

"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 24-6-2014 07:52 AM
owh mas khan nama nya..pernah nampak dia berlakon dlm roda2 KL, jadi mat rempit tak dengar kata. dlm roda2 kl jadi anak sedara puan inspektor, pojiah latip.
Quote drivethru 24-6-2014 07:53 AM
mase bercinta mmg semua baik. dh dpt buah yg ranum, ko ku tinggal kn. muka pakwe pun mcm pengisap ketet tegar.
Quote JunkMail 24-6-2014 07:53 AM
hodoh naaa laki pon nak kulu kilir kepit beg...lv sekali pun tetap huduh...puihhh
Quote kokocrunch 24-6-2014 07:57 AM
moga berjodohan lah kali nie..
Quote reenz013 24-6-2014 08:04 AM
mas khan ni berlakon dlm gerak khas...kayu je lakonan dia
Quote JohnyDepp 24-6-2014 08:07 AM
Ini semua poyoooooo
Quote malaywood.NET 24-6-2014 08:07 AM
tak hensem pun..
Quote rosa_canina 24-6-2014 08:15 AM
wahhh pucuk muda gitu
Quote malaywood.NET 24-6-2014 08:18 AM
tp apa dikata lelaki tu betol lah. akak lana ni mmg nampak sombong muka dia. tp kalau dah cakap tu org nya sopan dan lemah lembut jer. ketawa senyum tak lekang di bibir. selalu jumpa dia ni.
Quote bluberi 24-6-2014 08:19 AM
mas khan who??
mana datang mamat nih tetiba jadik pelakon?
Quote crazecousa 24-6-2014 08:30 AM
untung kau mas... dapat 'barang' baek
Quote rosasa 24-6-2014 08:42 AM
owhhhh...ini ke mas khan... tak femes pun...
Quote Grengo 24-6-2014 08:47 AM
no offence lah
Tapi sekali pandang mcm kakak dgn adik.
Pasang misai lah dik.. nmpk tua sikit
Quote deananie 24-6-2014 08:56 AM
mudah mudahan berkekalan.
Quote annehuda 24-6-2014 08:59 AM
boypren yg nih mane pegi plak? balik kg dh ke?

Quote shunnaray 24-6-2014 09:01 AM
nyampah tgk laki ni blakon dlm gerak khas ker roda2 kl tu. kayu jati!
Quote putehkundor 24-6-2014 09:03 AM
Bf Caucasian tu dah lama la anne....3 thn lepas rasanya.

Lepas ni mesti makin terkenal mas khan ni.
Mcm zul ariffin dgn Abby dulu.
Quote RatuDunia94 24-6-2014 09:03 AM
nah...
http://instagram.com/mashadzeemkhan







Quote shunnaray 24-6-2014 09:05 AM
JunkMail posted on 24-6-2014 07:53 AM
hodoh naaa laki pon nak kulu kilir kepit beg...lv sekali pun tetap huduh...puihhh

men's purse kan tengah IN gitu...


Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.102412 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top