CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Daphne Iking Rancang Terbitkan Program Islamik

25-6-2014 12:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19989| Komen: 93


Seperti ibu bapa lain, pergacara dan pelakon Daphne Iking dan suaminya, Azmi, sedaya upaya memberikan kasih sayang juga pendidikan yang terbaik kepada kedua-dua anak mereka, Isobel Daniella, 6, dan Iman Daniella, 3. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Namun ada cakap-cakap nakal mengatakan yang pasangan suami isteri ini tidak pandai mendidik anak-anak mereka terutama dari segi memberikan pendidikan agama.

Bagaimanapun baru-baru ini Daphne ada memuat naik sekeping gambar anak sulungnya mendapat markah penuh dalam latihan jawi. Sebagai ibu, kata Daphne, dia tidak menyangka yang anaknya sudah boleh menulis jawi. Malah kebolehan anak sekecil itu cukup menyentuh perasaannya.


Tentang tomahan mereka suami isteri tidak pandai mendidik anak-anak, hal itu sikit pun tidak membuatkan dia berkecil hati atau terasa. Malah bekas pengacara proram Bella ini punya cara tersendiri cara untuk membesarkan anak-anaknya.

"Isobel adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama saya dan itu bukan urusan sesiapa pun. Ada ramai yang bertanya, dia sudah masuk Islam atau belum? Macam mana dia nak masuk Islam, sebab dia masih kecil lagi. Tapi yang pasti dia membesar di dalam sebuah rumah Islam, dengan cara kehidupan Islam.

"Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel mengaji. Tapi kalau kami balik ke rumah ibu bapa saya di Sabah, nenek dia ada juga bawa die ke kelas bibble. Bagi saya, nanti bila dia sudah besar biarlah dia buat pilihan sendiri. Saya tidak memaksa dia.

"Tapi seperkara yang saya cukup bangga apabila dia sudah pandai menulis jawi. Bayangkan, ketika itu saya pulang dari kerja dalam keadaan yang sangat letih. Tapi bila dia tunjukan pada saya hasil tulisan jawinya, saya sangat terkejut, bangga dan tersentuh. Walaupun saya tak pandai baca tapi saya tengok tulisan dia cantik. Saya bersyukur sangat. Dalam hati saya berkata, "Ya Allah, saya dah buat sesuatu yang betul", kongsi Daphne Iking kepada Malaysia Digest tentang gelagat anak-anaknya, ketika ditemui di Kompleks Kraf semalam.

Kongsi Daphne lagi baru-baru ini Isobel sekali lagi membuat dia hampir mengalirkan air mata.

"Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau dirumah, bila saya nak solat Isya', saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.

"Satu lagi yang buat saya tersentuh, baru-baru ni Isobel beria-ria beritahu saya yang dia nak "duk". Mulanya saya tak faham apa yang dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yang dia sudah pandai berwuduk. Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solah dan berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya. Dalam usia sekecil itu sekurang-kurangnya sudah pandai tulis jawi dan semakin belajar sedikit demi sedikit tentang kewajipan sebagai orang islam", katanya.

Rancang Terbitkan Program Islamik

Menyentuh pula tentang kerjaya, Daphne memberitahu dia baru saja menamatkan kontrak bersama program Bella sejak kelmarin. Bertanyakan tentang keputusannya itu, Daphne mengakui ia satu keputusan yang berat apatah lagi seluruh kru program terbitan saluran NTV7 itu sudah seperti keluarga keduanya.

"Tiga tahun saya bersama 'Bella' Sebelum itu saya kendalikan program 'Breakfast Show'. Saya memulakan kerjaya di media pada tahun 2001. Memang berat keputusan ini. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya keluar dari zon selesa saya dan mencuba sesuatu yang baru.

"Sebenarnya masa saya dah emailkan berhenti tu, saya masih keliru. Tertanya-tanya juga, apalah yang saya nak buat selepas ini. Malah Keluarga dan kawan juga ramai bertanya kenapa saya mahu berhenti. Mereka ingat saya dapat tawaran lain. Saya kata pada mereka, tidak", ujarnya.

Tambah Daphne selepas ini dia akan menumpukan perhatiannya pada syarikat produksi milik dia dan suaminya. Bahkan dia berhasrat mahu menerbitkan dokumentari dan program berbentuk Islamik, kelak.

"Saya teringin nak ada program sendiri, nak terbitkan program sendiri. Jadi menerusi syarikat produksi saya dan suami, perlahan-lahan kami nak terbitan beberapa program. Saya berhasrat nak terbitkan dokumentari dan program Islamik iaitu sebuah program berkonsep menerokai keindahan Islam.

Saya akui selama ini saya mungkin nampak daring. Tapi jauh di sudut hati, saya ingin sekali menerbitkan program berbentuk islamik", katanya.

2

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 25-6-2014 12:10 PM
kalau mcm daphne ni kawen dgn muslim, agama isobel dari first marriage tu tak ikut agama daphne yg baru eh? iols ingat daphne kawen dgn joe, isobel kena ikut convert sekali.
Now I know.
Quote idadzira 25-6-2014 12:11 PM
erk.........bior anak pilih agama sendiri..............hemmm
Quote whadda 25-6-2014 12:22 PM
harap2 nenek die tak bawak anak bongsu Iman ke kelas Bible jugak...
Quote haryatie 25-6-2014 12:26 PM
"Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel mengaji. Tapi kalau kami balik ke rumah ibu bapa saya di Sabah, nenek dia ada juga bawa die ke kelas bibble. Bagi saya, nanti bila dia sudah besar biarlah dia buat pilihan sendiri. Saya tidak memaksa dia.

aku musykil ler pulak...kalau emak da masuk islam anak yg bawah umur mcam mana..
tak automatik ker...issshhhh x faham
Quote rukia2 25-6-2014 12:28 PM
Oo..klo dak isobel tu trus ikot ajarn islam..solat bagai..bujan otomatik dy muslim ekk?? Kompius plak ai..
Quote ellZack 25-6-2014 12:34 PM
haryatie posted on 25-6-2014 12:26 PM
"Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel ...

iols tanya dgn opismate, isobel mmg stay dgn christian even daphne kahwin dengan joe.
tunggu umur dia 12(?) baru isobel boleh legally decide to stay or to convert.


Quote solstice 25-6-2014 12:41 PM
Mmmm daphne ni aku bole paham lah
Tp laki dia yg Islam warisan tu buat aku geram jer
Poyo betul
Mcm jahil jer
Quote solstice 25-6-2014 12:42 PM
Patutnya laki dia bimbing
Quote abbyhoney 25-6-2014 12:48 PM
besar tanggungjawab suami dia tu...kena betul2 tarbiah mualaf sebab kalau tak betul2 suami yg berdosa...kalau suami pun tak betul mcmana nk tarbiah isteri mualaf...harap2 suaminya betul la eh...tapi aurat pun tak tutup macamana tarbiahnya..
Quote cronix 25-6-2014 12:49 PM
whadda posted on 25-6-2014 12:22 PM
harap2 nenek die tak bawak anak bongsu Iman ke kelas Bible jugak...

tuhla.. harapnye...
Quote biggirlduncry 25-6-2014 12:50 PM
baru tahu yg anak dia belum diislamkan lagi..
aku mmg ingat once si daphne ni islam, otomatik anak dia pun islam.
mcm kwn aku dulu.. bapak dia convert muslim..so depa adik bradik pun convert la jugak walau
kekecik lagi, skolah rendah.
Quote star_anisse 25-6-2014 12:53 PM
semoga allah terus menetapkn iman anak daphne dlm islam.. amiinn
Quote schababe 25-6-2014 12:56 PM
iman dan isobel
Quote cantleyi 25-6-2014 01:00 PM
haryatie posted on 25-6-2014 12:26 PM
"Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel ...

kalu da gini gayanya

alamat kecelaruan budaya anak2 die ni nanti

slalunya..kalu mak da muslim..anak2 sure muslim..tapi mebi sebab ni anak2 dia ngan somi lama..sebab tu berbeza kot..
Quote azie.dz 25-6-2014 01:14 PM
anak dah pandai amik wudhu...takkan mak tgk jer...








Quote CiliPadiSedap 25-6-2014 01:30 PM
laki bini mmg rendah ek?

baka asian atau baka eropah?

daphe king tu lelaki ke perempuan?
Quote tepisket.. 25-6-2014 01:36 PM
Anak daphne isobel tu kan lahir masa dia blum convert. Jadi agama anak dia masih boleh lagi ikut masa mak dia lum convert sbb dia lahir bkn islam. Sok dia dah baligh baru boleh pilih nk agama apa. Nnt bolehla ditukarkan dlm mykad isobel ni
Quote cayunk 25-6-2014 02:05 PM
siannya isobel..
Quote juecy 25-6-2014 02:11 PM
Susah mau komen isu2 keagamaan ni....
Biarlah empunya diri memilih
Pernah ada kwn berlainan bangsa, belajar segala2nya ttg Islam.
Tapi hati nya x terbuka lagi untung menganut agama Allah ini.. Muga dibukakan pintu hatinya satu masa nnt

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056363 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top