CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Adira Enggan Lagi Cakap Tentang Shahrul

27-6-2014 12:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12024| Komen: 36



Kalau sebelum ini penyanyi Adira agak senang berkongsi tentang hal hubungannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M)iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin kepada umum.

Bagaimanapun ketika ditemui pada majlis pelancaran album dan showcase-nya bertempat di Saloma Bistro, semalam, gadis berusia 23 tahun ini berkata dia enggan lagi mendedahkan kisah cintannya kerana bimbang peminat akan meluat.

"Saya rasa saya ni bukan lah terlalu berahsia. Kalau ada (cinta), ada lah. Kalau tak ada, tak ada.

"Saya pun manusia biasa. Tapi kalau saya asyik saja mendedahkan tentang hal peribadi saya, nanti lama-kelamaan tentu orang naik meluat.


"Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami bertambah baik. Kalau nak tahu selanjutnya bolehlah tengok di Instagram saya", tutur bekas Naib Juara Akademi Fantasia (AF8) ini ringkas sambil tersenyum.

.

Sementara itu menyentuh mengenai albumnya, 'Dewi Cinta', Adira berkata dia bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun akhirnya album sulungnya dapat dilancarkan.

"Bagi seorang yang cukup kecil di mata dunia muzik yang besar pentasnya, saya berharap hadiah kecil ini boleh diterima oleh para peminat saya.

Album ini cukup bermakna bagi saya kerana merupakan penghargaan buat mereka yang sentiasa bersama semasa susah dan senang selama tiga tahun ini", katanya.

Mengulas mengenai judul albumnya, Adira berkata, perkataan "Dewi" itu adalah merujuk kepada dirinya. Manakala "Cinta" itu merujuk kepada pelbagai maksud cintanya kepada umum.

"Dewi" tu, ibaratnya saya lah. Cinta tu, maksudnya kan meluas. Cinta pada ibu bapa, kawan-kawan, alam sekeliling dan sebagainya", unjar penyanyi kelahiran Sabah ini lagi.

Album berkonsepkan Balada ini juga mempertaruhkan 10 buah lagu yang menampilkan ramai komposer dan penulis lirik terkenal.

.

Lagu-lagu yang termuat di dalam albumnya itu turut didendangkan pada showcase yang diadakan petang semalam di tempat yang sama. Antara lagu tersebut seperti 'Dewi Cinta', Ku 'Bawa Cintamu Sampai Mati', 'Ombak Rindu', 'Illusi', 'Ku Ada Kamu' dan 'Keajaiban Cinta'.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 27-6-2014 09:19 AM








itu je nak cakap
Quote makton 27-6-2014 09:26 AM
pakwe silih berganti.. tp tahap sendu ko masih macam tu. tak cemerlang pun karier ko!
Quote cemolot 27-6-2014 09:26 AM
baru nak cakap dia ni jenis touch 'n' go kihkih

sorry ok mek ju on malaysia
Quote afie_m 27-6-2014 09:34 AM
dah putus ke...ari tu bkn main lagi....
Quote lucky_peace 27-6-2014 09:39 AM
ingatkan dah ..............
Quote cikatilia 27-6-2014 09:41 AM
lepas satu satu

NEXT!
kata adira
Quote tomet05 27-6-2014 09:43 AM
sape jate tuh ?
Quote krukx 27-6-2014 09:43 AM
Mamat tu orang Kelantan kan? Macam pertembungan budaya pulak Kelantan-Sabah
Quote dondangdendang 27-6-2014 09:58 AM
OK, NEXT
Quote mitnick 27-6-2014 10:06 AM
dia suruh check insta
Quote ninjago 27-6-2014 10:16 AM
taknak dedahkan kisah cinta.. ok.. pastu dia cakap, kalau nak tahu selanjutnya (psl hubungan dia ngan shahrul), tgkla kt insta.. ok..
Quote mewo 27-6-2014 10:25 AM
ader nyer muka bf dia kat insta..

Quote ElmoRed 27-6-2014 10:54 AM
promo insta lah pulak
Quote blairchuck 27-6-2014 11:04 AM
Dia ni reti becinta je ke
Quote Soksek11 27-6-2014 11:10 AM
aku rasa dia dah xmo entertain wartwan kalau diorg tnya psal hbgn dia dgn shahrul ...

so in case klau ade yg nak tau jugk just check her insta la kekdahye ..mudah .. jngn dok tanye je ..

btw..aku suka tgok insta dia bila dia cover lagu ... bulih than.. Last edited by Soksek11 on 27-6-2014 11:15 AM

Quote cmf_premierleag 27-6-2014 11:39 AM
bisinglah pulak pompuan Touch n Go ni
Quote idril 27-6-2014 11:41 AM
naper mekap kening mcm sin chan?
Quote duasatu 27-6-2014 11:42 AM
bagusla.. cerita karier lagi baik.
Quote BebeQ 27-6-2014 11:44 AM
umur baru 23 rupanya budak ni. relax2 lah nak bercinta tu.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077960 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top