CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Diva AA Kini Bergelar Bapa, Bagi Nafkah Rm500 Untuk Anak!

11-7-2014 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20144| Komen: 124

Azwan Ali Bergelar Bapa, Bagi Nafkah RM500 Untuk Anak


KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Walaupun dikenali kerana tingkah laku dan tutur kata yang berlebih-lebihan setiap kali muncul di depan kamera, pengacara sensasi Azwan Ali tetap tidak pernah lupa untuk berkongsi semula rezeki kurniaan Allah SWT kepada mereka yang memerlukan.


Terkini, seperti yang dijanjikan sebelum ini anak-anak bertuah dari asrama anak-anak yatim Tahfiz Darul Aminah, Seremban telah berpeluang beramah mesra dengan barisan selebriti sensasi yang hadir pada majlis berbuka puasa yang berlangsung pada di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam pada 5 Julai lalu.


"Saya sudah lama menyimpan hasrat ini kerana ingin mengumpulkan semua rakan-rakan selebriti dalam sebuah majlis. Acara berbuka dirasakan bersesuaian dan tengoklah sambutan malam ini, sungguh meriah! Dah macam malam raya dah."



"Dikesempatan ini juga saya ingin membantu para anak-anak tahfiz ini, saya telah membuat keputusan untuk menjadikan salah seorang daripada anak-anak ini anak angkat saya,"cerita Azwan merujuk kepada anak yatim piatu berusia 6 tahun yang sudah dikenali personaliti popular sejak beberapa tahun lalu. 



"Hidup dia susah, umur dua tahun ibubapa dah meninggal jadi yatim piatu. Jadi bermula hari ini Aqil akan saya bantu taja perbelajaan hariannya. RM500 sebulan diharap cukup dan syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang murah sekarang bolehlah saya sedekahkan, mana tau nanti di masa akan datang dia berjaya, masa itu nanti dia pula taja saya," ujar Azwan berseloroh.

Majlis berbuka puasa yang diberi nama Majlis Iftar Azwan Azli & Anak-Anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminah Seremban itu diadakan dengan meriah sekali dengan kehadiran ramai artis menyokong acara amal di bulan mulia itu.


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 8-7-2014 08:09 PM
dah pakai tudung sekarang baby AA...alhamdulillah
Quote CrowneGlory 8-7-2014 08:12 PM
Good luck Aqil !
Quote lucky_peace 8-7-2014 08:18 PM
hzln posted on 8-7-2014 08:09 PM
dah pakai tudung sekarang baby AA...alhamdulillah

Diva AA yang dolu bukanlah yang sekarang, dolu free hair sekarang dah bertudung~~ dolu dolu dolu.....
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:21 PM
aku delete, sbb anak yatim... Last edited by ex-bantal.B on 8-7-2014 08:25 PM

Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:24 PM
asal buat jer canang..
Quote maxim 8-7-2014 08:24 PM
ex-bantal.B posted on 8-7-2014 08:21 PM
anak anak babun ke?

Behave



Quote truesonic 8-7-2014 08:26 PM
Cuba korang tengok artis2 yg dtg, leh tahan....Yusuf selam pun ado
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:27 PM
maxim posted on 8-7-2014 08:24 PM
Behave

aku dah edit... tak patut kutuk anak yatim..
Quote lazim 8-7-2014 08:27 PM
kata kaya .. tgk dlm sembang teh tarik gebang kipas tangan 20 juta beg tangan tah berapa juta. taja 500 sebulab jew
Quote maxim 8-7-2014 08:27 PM
ex-bantal.B posted on 8-7-2014 08:27 PM
aku dah edit... tak patut kutuk anak yatim..

Tau pn. Berdosa k
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:29 PM
maxim posted on 8-7-2014 08:27 PM
Tau pn. Berdosa k

tahu.. niat nak kutuk aa tadi.. tp tak jd lah..
Quote elamor 8-7-2014 08:30 PM
yg baju kuning free hair belah kiri tu sape?
Quote hanuma 8-7-2014 08:35 PM
mana tau anak angkat dia nie nanti akan dapat mengubah baby AA
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:35 PM
elamor posted on 8-7-2014 08:30 PM
yg baju kuning free hair belah kiri tu sape?


belah kanan ke kiri? kalau pegang mikofon tu mcm mariah tunku carey
Quote toxicated 8-7-2014 08:55 PM
ex-bantal.B posted on 8-7-2014 08:27 PM
aku dah edit... tak patut kutuk anak yatim..

Anak sape2 pun x patut kutuk la. Motip.
Quote toxicated 8-7-2014 08:55 PM
Harap anak angkt baby aa akan didik dia jadi mcm alif nanti.dh terbalik
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:57 PM
toxicated posted on 8-7-2014 08:55 PM
Anak sape2 pun x patut kutuk la. Motip.

tahu... yalah yalah.. dah edit pun.
Quote toxicated 8-7-2014 08:58 PM
ex-bantal.B posted on 8-7-2014 08:57 PM
tahu... yalah yalah.. dah edit pun.

Bagus.pandai maxim didik ko. Hehe
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 09:00 PM
toxicated posted on 8-7-2014 08:58 PM
Bagus.pandai maxim didik ko. Hehe

itu lah aku sayang maxim.. termasuk awok..

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061123 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top