CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Raja Azmi Nak Meninggal Macam Sharifah Aini

11-7-2014 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12585| Komen: 46

Raja Azmi Impikan Hasrat Mahu Meninggal Dunia Seperti Sharifah Aini 



PETALING JAYA: Kematian biduanita negara Datuk Sharifah Aini menjadi inspirasi kepada penerbit filem sensasi Raja Azmi yang ingin meninggal dunia dalam keadaan tenang.

Sehubungan itu, Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, mengambil tindakan membuang lebih 300 keping gambar-gambar lamanya tidak bertudung yang dimuat naik di laman Instagram.

"Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.

"Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.


Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara di sini pada Sabtu lalu pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.

Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status terbaharu di laman sosial tersebut yang mengakui tenang selepas membuang gambar-gambar lama tersebut.
Bagaimanapun, Raja Azmi berkata, dia tidak mempunyai halangan jika gambar-gambar tidak bertudungnya keluar daripada simpanan pihak lain terutama media.

Dalam pada itu, katanya, sebagai insan yang baharu sahaja berhijrah, dia sentiasa mencari dan berusaha untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya.

"Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, Raja Azmi berkata dia banyak menolak undangan berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini.

Katanya, dia mengambil peluang bulan puasa ini untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah dan melakukan solat terawih.

"Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih.

"Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkan keberkatan," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-7-2014 05:41 AM
anu................................


















dalam botol?
Quote putehkundor 9-7-2014 05:41 AM
Innalillah...
Semoga rohnya tenang disana.
Quote cascutes 9-7-2014 05:57 AM
Al fatehah..
Quote nadieya 9-7-2014 06:03 AM
bagus la kak mi...
moga teus istiqamah dengan impian tersebut...

Al-Fatihah kak pah
Quote leftrani_kel 9-7-2014 06:32 AM
alhamdulillah kak mi...
Quote kaogi 9-7-2014 06:45 AM
Comel Raja Azmi bertudung....

Moga beristiqamah...
Quote kakikuDibibirmu 9-7-2014 06:54 AM
oh lupa



semoga istiqomah
Quote tomet05 9-7-2014 07:20 AM
amin. semoga kita pun begitu ..
Quote beta_carotene 9-7-2014 07:25 AM
kak tak payahlah tudung beriben-riben.
kubur pun dah memanggil2 tu.

tudung biasa simple je sudah.
Quote MissLibra 9-7-2014 07:35 AM
uihh tanjat aku. Oleh sebab pagi2 ni mata aku membaca sangat laju so at first glance aku ingatkan Raja Azmi meninggal Tudung dia yg kat gambar first tu scary.. macam simpulan jenazah aje..
Quote maxim 9-7-2014 07:36 AM
beliau mahu praktis siap2..salah ke


Quote kucen_miang 9-7-2014 08:18 AM
kurangkan gedik tu makcik, baru boleh setenang aruah kak pah.
Quote mamapea 9-7-2014 08:25 AM
MissLibra posted on 9-7-2014 07:35 AM
uihh tanjat aku. Oleh sebab pagi2 ni mata aku membaca sangat laju so at first glance aku ingatkan Ra ...

sama la..aku pun ingat RA meninggal bila baca tajuk
Quote kucing_gebu 9-7-2014 08:27 AM
maxim posted on 9-7-2014 07:36 AM
beliau mahu praktis siap2..salah ke

uuiiishhhh....ko ni lawak la....
elok2 org nak beli tudung kak mi ni terus sentap....
Quote luvAnne 9-7-2014 08:53 AM
baguslah kak raja..
Quote schababe 9-7-2014 09:20 AM
ok kak mi..noted
Quote alesandra 9-7-2014 09:21 AM
aku rasa lepas apa yg kita tengok kat arwah s.aini tak payahlah kita perlekeh niat baik org.kita buat ibadat utk Allah...Allah juga yg menilai. bukan utk approval dari molot2 longkang org.choiiii je korang neh
Quote kumanheart 9-7-2014 09:22 AM
Inshaa Allah. Amiin.
Quote haryatie 9-7-2014 09:27 AM

niat utk jd lbih baik pun da dpt pahala...
bagus la...smoga istiqomah..amin

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055280 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top