|
Hari ini merupakan hari keempat tentera udara Israel menghantar bedilan bertubi-tubi kepada rakyat Gaza. Malah, menurut laporan akhbar hari ini, angka kematian sudahpun mencecah 83 orang. Sedih dan amat meruntun jiwa bila menyaksikan video dan foto-foto yang tersebar di laman sosial. Keperitan tersebut turut dirasai oleh barisan selebriti tanah air termasuklah Raisyyah Rania atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Felixia Yeap. Rania dalam blog peribadinya telah menulis sebuah nukilan hati mengenai penderitaan yang ditanggung oleh saudara Islam di Gaza. Melalui tulisannya yang berjudul ‘Biarlah Palestin Menang!’ ini, Rania seolah-olah berperang dengan hati dan perasaannya dan turut meluahkan hasrat untuk ke Gaza demi membantu mereka disana. Lebih menyentuh hati kami apabila Rania turut meluahkan dia rela syahid disana jika itu adalah janji Allah buat perjalanan hidupnya. Apa kata korang baca sendiri dan selami coretan hati Rania ini :
|




cantleyi posted on 11-7-2014 02:55 PM
ha ah..aku rasa macam dia ni over expose la..
semua nak canang..diam2 sudah la
ainie_1008 posted on 11-7-2014 03:01 PM
aku pon rasa mcam tue.. sjak akhir2 nie aku rasa mcam lain je dia nie..
toxicated posted on 11-7-2014 03:23 PM
Dh nak jd fynnjamal lak ke.
bagus la felixia.
lg bagus pergi je terus x yah kecoh2 sgt.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.301201 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.