CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Dugaan Pakai Hijab Lagi Besar" - Alyah

11-7-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14610| Komen: 36

Alyah: Dugaan Pakai Hijab Lagi Besar


Nampaknya dunia seni hiburan tanah air telah sedikit sebanyak mengalami perubahan apabila ada nama nama besar selebriti terkenal seperti Fara Fauzana, Uqasha Senrose dan yang terbaru Neelofa telah pun berhijab dan ini telah disahkan sendiri oleh mereka.

Berhijab membuatkan seseorang wanita muslim itu lebih kelihatan sopan, manis dan sudah tentu mengikut tuntutan syarak dan agama Islam itu sendiri.

Bertemu penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah di majlis berbuka puasa anjuran Sony Music kelmarin sempat disoal mengenai hijab yang digayakannya kini dan sedikit pendapat daripadanya tentang trend pemakaian hijab dewasa ini dikalangan artis dan rata-ratanya selepas berhijab mereka terus menjadi ustazah segera.

“Saya sebenarnya tak berani nak cakap atau komen mengenai trend hijab yang terkini. Sebagai penyanyi yang baru memakai hijab ini saya mengambil jalan yang perlahan-lahan kerana saya masih menyanyi dan tidak boleh untuk memberikan komen yang bertentangan dengan kerjaya saya ini. Semua ini godaan jadi saya perlu terus untuk menjaga imej dan adab sesuai dengan imej saya yang berhijab ini agar tidak lari dari landasan itu,” ujarnya.



“Saya tak boleh nak menghakimi sesiapa artis yang memakai hijab kerana saya masih dalam bidang kerjaya nyanyian ini. Kalau nak ikutkan hukum apa yang kita buat ini semuanya dosa dan tidak dibenarkan. Apabila memakai hijab lebih banyak dugaan yang besar datang kepada kita”
“Saya tak boleh nak cakap sebarangan kerana saya suatu ketika dahulu pun tidak memakai hijab dan saya lebih suka berdiam dan muhasabah diri. Biarlah perubahan yang datang itu sedikit demi sedikit,” katanya mengakhiri perbualan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurminahchee 4-7-2014 05:25 PM
Alhamdulillah, sangat positive and safe comments...
Quote SayaSayangMama 4-7-2014 05:36 PM
Bagus. Klu komen bajet bagus mmg kena la sbb dia pun pgg tangan lelaki lg. Tp its ok betul lah ckp dia slow2. Org pun xmarah  
Quote suterabiru123 4-7-2014 05:38 PM
Jawapan paling selamat dan xnmpk bimbo
Quote solstice 4-7-2014 08:10 PM
Suka komennya
Nmpak cerdik
Sesuai dgn pemakaian

Hijabnya bagus
Sbb labuh & benar2 menutup
Quote malaywood.NET 4-7-2014 08:36 PM
cinta kau dan aku
tak kan mungkin bersatu..
Quote azrain98 4-7-2014 08:42 PM
rindu dgn alyah tkde lagu baru ke..?
Quote cemolot 4-7-2014 09:08 PM
azrain98 posted on 4-7-2014 08:42 PM
rindu dgn alyah  tkde lagu baru ke..?

ada..sesal separuh nyawa..
Quote famri7 4-7-2014 09:12 PM
Alyah the best..muka dia calm gila.
Quote azrain98 4-7-2014 09:22 PM
cemolot posted on 4-7-2014 09:08 PM
ada..sesal separuh nyawa..

oooh baru kuar ek...boleh tahan
Quote telracs 4-7-2014 10:00 PM
azrain98 posted on 4-7-2014 12:42 PM
rindu dgn alyah  tkde lagu baru ke..?

alyah - sesal separuh nyawa

[youtube]aowAF0JYc1M[/youtube]
Quote khaira01 4-7-2014 10:01 PM
step by step..
Quote Manusiabiasa 4-7-2014 10:04 PM
Eloklah sedar diri..xdela membangga diri mcm sesetengah artis yg berhijab tu...ngeh3
Quote September14 4-7-2014 10:31 PM
I mnat alyah...
Quote straycat 4-7-2014 10:46 PM
Alyah.
Suaranya runut bunyi material sangat-sangat.
Emosi sampai.
Quote magpie5672 4-7-2014 11:03 PM
Saya setuju... sebenarnya ramai jer orang kat luar lagi geruk dari artis.. pakai tudung mcm baik, tapi hati busuk.. dan ramai jugak kat luar sini, yang nampai modern dan of course x bertudung tapi hati mulia dan ibadat tip top..masyarakat hari ini bila tgk artis bertudung mesti assume diorang dah jadi mulia n baik mcm wali.. diorang manusia biasa pasti akan buat silap. Cuma sbg masyarakat yang memerhati kenalah selalu memberi teguran positif agar mereka x tersilap langkah kerana mereka adalah tontonan umum, mot2 nnti anak2 kita terikut. Apabila artis bertudung kita doakanlah agar mereka terus istiqamah dan menjadi lebih baik setiap hari. In sya Allah kita pon akan semakin baik juga. Janganlah kita meletakkan mindset bertudung itu baik dan x bertudung itu jahat. Betol, wajib bagi orang perempuan menutup aurat mengikut tuntutan syarak. Tapi, Allah menilai kita lebih dari itu. Janganlah kita menghukum orang hanya pada luaran.
Just my 2 cents.
Quote tomet05 5-7-2014 06:35 AM
kata2 yang agak cerdik ..
Quote enchikfitz 5-7-2014 06:43 AM
safe and good comments!
Quote miss_baby 5-7-2014 06:45 AM
cantik dia bertudung
Quote julia5094 5-7-2014 06:48 AM
Wow..lagu dan suara yang amat mantop dan menusuk ke dlm jiwa...alyah mmg low profile dan mempunyai bakat yang besar...nk kena follow kt ig ni...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.146802 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top