CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Azwan Ali : Akan Menunaikan Umrah Kali Ketujuh

16-7-2014 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33962| Komen: 311





PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkan tindakannya memuat naik status yang menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial Twitter miliknya, adalah sesuatu yang wajar.

"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.

Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yang diterimanya itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan selepas ini. Sementelah dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalam menyuarakan pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.  

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.

Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.

"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," katanya.

Terdahulu, Azwan  memuat naik status di Twitter miliknya yang berbunyi 'Slm. Tak main la beli juadah kat bazar Ramadan? Most rasa sampah! Maaf! Just face the facts! So!.

Gara-gara perbuatannya itu, ia menyebabkan tercetusnya kontroversi dan mendapat kecaman masyarakat.


Anak angkat dari tahfiz

Sementara itu, Azwan baru saja mengambil seorang anak angkat dari Sekolah Tahfiz Darul Aminah, Seremban.

Anak angkatnya yang bernama Muhammad Aqil Mikael Rahman atau Aqil berusia enam tahun itu adalah kanak-kanak yatim piatu.

Katanya lagi, dia mengenali Aqil sejak berumur setahun dan berhasrat  menjadikannya anak angkat setelah terpikat dengan kepintaran kanak-kanak itu bermain alat muzik, tabla.

Jelasnya, Aqil akan terus menetap di asrama sekolahnya, tetapi semua perbelanjaannya akan ditanggung oleh Azwan.



Credits: sinarharian.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 15-7-2014 09:55 AM
brp kali nak mintak maaf... asal raya je mintak maaf.... lepas tu buat lg....
Quote aderaderker 15-7-2014 09:58 AM
Yg lahar diva AA balik tu terasa lewtewww..
Berniaga asal boleh jah...

Quote RatuDunia94 15-7-2014 09:58 AM
Y bother... Y bother...Y Bother...
Quote mank 15-7-2014 09:58 AM
insaflah kak azwani
Quote Perkele 15-7-2014 09:59 AM
nampak mcm dh pakai tudung tutup aurat tuh
Quote achik2009 15-7-2014 09:59 AM
dino posted on 15-7-2014 09:55 AM
brp kali nak mintak maaf... asal raya je mintak maaf.... lepas tu buat lg....

kann?...minta maaf sempena nak raya je...tahun depan buat lagi...
Quote zacrin 15-7-2014 10:00 AM
reti minta maaf rupanya hayun ni ingatkan xreti
Quote sekel 15-7-2014 10:02 AM
terlanjur kata = minta maaf

minta maaf = terlanjur kata
Quote dino 15-7-2014 10:02 AM
@achik2009

mmg hobby nak up sgt kan..... taknak hilang dr industri.... dabel A ni time normal die elok je..... tp mmg pantang ditegur.....
mmg kena buang dek family ka die nih..... mcm terpinggir je.....
Quote lucky_peace 15-7-2014 10:05 AM
ade aku kesah? cak cak cak~~
Quote achik2009 15-7-2014 10:06 AM


divaazwanavazz   TELOR DADAR LAKIKU GIGIH TENGOK BOLA TINGGALKU MERANA ! UDANG SABAH GORENG KUNYIT LAKIKU GIGIH TENGOK BOLA TAPI BAJU OUT ! DAPPPP AIR TGN CHEF DIVA AA! SELAMAT BER IFTAR 16 RAMADHAN 1435H !  15h


Quote achik2009 15-7-2014 10:07 AM


divaazwanavazz   PIC TAHUN LEPAS ! SALAM NUZUL QURAN BUAT SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT ! DOAKAN YG TERBAIK UMRAH KE 7 ISNIN 21 JULAI - 3 OGOS 2014 ! AMINNNNN  16h
Quote nuryakmal 15-7-2014 10:09 AM
Telur ngan udang goreng kunyit jek...
Quote mank 15-7-2014 10:10 AM
Husnuzon betul diva AA
Quote cmf_premierleag 15-7-2014 10:13 AM
Semoga kepulangan dr umrah ke-7 kali ni akan membuka hati diva AA utk terus berhijab dan mengikut jejak langlah mizz nina, lopak dan ummi nazeera...semoga istiqamah
Quote dino 15-7-2014 10:15 AM
brp kali p umrah.... perangai totap sama....
Quote achik2009 15-7-2014 10:17 AM
dino posted on 15-7-2014 10:02 AM
@achik2009

mmg hobby nak up sgt kan..... taknak hilang dr industri.... dabel A ni time normal die ...

tu la pasal...dia ni pantang kena cuit sikit...terus naik angin...hormon tak stabil kot?...
harap2 lepas menunaikan umrah kali ketujuh ni dia akan berhijrah terus....
Quote mawarputih2612 15-7-2014 10:17 AM
aku ok jer komen dia pasal bazar tu.
dia sebut pun "most (kebanyakan) rasa sampah."
bukan semua.
sekurangnya kita akan lebih berhati2 memilih.
dan kalau kita penjual pulak, kita pun hati2 dgn kualiti agar tak sama dgn sampah.
Quote maxim 15-7-2014 10:17 AM
alhamdulillah dah 7 kali abang azwan dijemput Ilahi ke tempat suci. sungguh suci dirimu sesuci hatimu memberi nafkah rm500 kat anak yatim

Lihat semua komen(311)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.158020 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top