CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kami bukan pengganas! - Hijjaz

18-7-2014 02:49 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9772| Komen: 32

Hijjaz Tegaskan Tiada Kaitan Dengan Pengganas



Kumpulan Nasyid Hijjaz menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang agenda atau terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas yang berhubung kait dengan jihad apabila menerbitkan klip video terbaharu berjudul Al-Qassam.

Penyanyi utamanya Munif Ahmad berkata, lagu tentang peperangan itu adalah sebagai memberi semangat kepada penduduk Gaza yang kini berhadapan dengan serangan Israel dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat negara ini.

"Kami tidak terlibat atau menyokong mana-mana perjuangan pengganas atau jihad, Al-Qassam merupakan barisan tentera Islam yang mempertahankan negara mereka di sana.

"Ada segelintir masyarakat yang tidak faham tentang perkara itu dan menganggap tentera Al-Qassam sebagai pengganas. Sebenarnya, kami ada buat kajian tentang perkara ini dan mendapati bukan senang untuk menyertai tentera yang benar-benar berjuang di jalan Allah," katanya.

Munif berkata demikian ketika diminta mengulas tentang lagu terbaharu mereka berjudul Al-Qassam yang didakwa segelintir pihak sebagai menyokong pengganas.

Bagaimanapun, pada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan klip video yang mendapat perhatian sejak ia dilancarkan beberapa hari lalu itu hanya berunsur keagamaan.

Klip video yang berdurasi selama 5.35 minit itu juga disiarkan berulang kali di stesen televisyen di Gaza sebagai memberi semangat kepada pejuang-pejuang serta penduduk Palestin.

Video tersebut juga mencapai hampir 50 ribu penonton di YouTube sejak ia disiarkan empat hari lalu.

Sementara itu, Munif berkata, ada beberapa pihak turut mempersoalkan pemakaian uniform dalam klip video tersebut menyerupai sesebuah angkatan tentera.
Katanya, ia sebenarnya merupakan baju yang ditaja oleh pihak permainan paint ball dan bukannya pakaian rasmi mana-mana pasukan keselamatan.

"Kami tidak pakai baju tentera atau pinjam daripada mana-mana organisasi kententeraan, ia hanya baju permainan paint ball, ini kerana kami menjalankan penggambaran klip video itu juga di lokasi permainan paint ball.

"Kami pakai baju itu kerana ia bersesuaian dengan konsep lagu ini, tak kan pula kami nak pakai jubah untuk lagu berunsur peperangan," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, sejak populariti lagu ini meningkat secara mendadak, laman sosial Facebook dan YouTube kumpulan Hijjaz turut dihujani dengan pelbagai komen termasuk daripada penduduk Gaza.

Jelasnya, ramai masyarakat luar negara yang memberi komen positif dan mengucapkan rasa terima kasih kerana memberi sokongan kepada mereka.

"Kami tidak sangka lagu ini menjadi viral dan disiarkan di sana, saya bersyukur jika lagu ini dapat memberi sedikit semangat kepada mereka untuk meneruskan hidup dalam memperjuangkan bumi Gaza.

"Beberapa hari ini banyak komen-komen daripada luar negara di Facebook dan Youtube mengucapkan rasa terharu dan terima kasih mereka," katanya.

Lagu asalnya berjudul Briged al-Qassam dinyanyikan oleh Firqat aL-Wa3ed yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-7-2014 06:26 AM
hijaz ni ada terlibat dengan ufun club kan? ufun club syarikat skim cepat kaya kan? Last edited by CiliPadiSedap on 17-7-2014 06:55 AM

Quote kakikuDibibirmu 17-7-2014 06:46 AM
moslem sunni teroris
Quote enchikfitz 17-7-2014 08:21 AM
Biasalah mentaliti org kita. Suka berfikir diluar kotak. Kotak kasut agaknya.
Quote day2 17-7-2014 08:31 AM
best jgk lagu ni..
Quote skymania 17-7-2014 08:34 AM
lagu neh best...
Quote fa_stellar 17-7-2014 08:41 AM
skymania posted on 17-7-2014 08:34 AM
lagu neh best...

amboi sky. hikhikhik.

Quote skymania 17-7-2014 08:43 AM
fa_stellar posted on 17-7-2014 08:41 AM
amboi sky.  hikhikhik.

walaupon x paham... tp aku replay 2 kali kt tube smalam..

dlm video klip neh.. seme dh nmpk kertu hijazz..
Quote fa_stellar 17-7-2014 09:02 AM
skymania posted on 17-7-2014 08:43 AM
walaupon x paham... tp aku replay 2 kali kt tube smalam..

dlm video klip neh.. seme dh nm ...

kertu. hahaha. aku ada rasa sedikit lucu tgk video clip ni. sbb rasa deols kertu dan x fit. hauhauhauauhau . tp not bad ah.

aku suka versi asal yg arab. wpon x paham. hohooh. tp ni arrangement baru kan. ada feel moden sket ah

Quote Yoongie 17-7-2014 09:23 AM
lagu ni best tu sebab banyak viewer kt youtube
Quote tomet05 17-7-2014 09:46 AM
erk .. macam pengganas betul daa ..
Quote maxim 17-7-2014 10:02 AM
suara munif ni sedap btl kan..lunak  
Quote lucky_peace 17-7-2014 10:16 AM
sape la yg dok kaitkan dengan pengganas ni? lagu ni kan tentang perjuangan bebaskan palestin...
Quote camflo03 17-7-2014 10:38 AM
wahai pejuang Al-Qassam..penjaga Palestine..
Quote znuyul 17-7-2014 11:43 AM
merdu nye suara pakcik munif ni..
Quote ana_w_houb 19-7-2014 07:38 PM
dia buat camni..... sok lusa kalau dia travel gi uk ke....sampai imegresen mampus kene tahan 2 jam..... pasti ahli2 kumpulan hijjaz ni dah masuk dalam senarai pemantauan atasan2 tertentu......

pikir la panjang sebelum buat sesuatu tu

even to apa yang anda pakai.....
Quote jatiarjuna 19-7-2014 09:15 PM
sedap lagu ni..semangat..terbaik hijjaz
Quote SUHA 19-7-2014 10:45 PM
Sedap lagu n susunan muzik dia kena...
Quote pertai 20-7-2014 12:49 AM
ana_w_houb posted on 19-7-2014 07:38 PM
dia buat camni..... sok lusa kalau dia travel gi uk ke....sampai imegresen mampus kene tahan 2 jam.. ...

Sekurang kurangnya dia berbuat sesuatu untuk agama Islam. Kita?...
Quote wadiunong 20-7-2014 12:53 AM
ana_w_houb posted on 19-7-2014 07:38 PM
dia buat camni..... sok lusa kalau dia travel gi uk ke....sampai imegresen mampus kene tahan 2 jam.. ...

Sekurang2nya hijjaz buat sumthing utk agama. Ko? Cinta sgt dunia sampai takut & paranoid dgn agama sendiri. Ni blm lg negara kena serang musuh.  Cukupla tu jd keyboard warrior.  Tak pyhla nk kondem org yg nk buat baik. Takut sgt dgn manusia dpd Pencipta

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050398 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top