CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Juliana Evans Dikecam Kerana Imej Bertudung?

24-7-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17743| Komen: 53


KL, 23 JULAI 2014: Salam Ramadan kepada semua teman pembaca setia Murai, mesti tak sabar dah nak raya kan? Nak balik kampung lagi dan sebagainya, lagi-lagi yang jauh di rantau orang tu.

Cakap pasal yang jauh di rantau orang kan, si Juliana Evans yang comel molek itu bila nak pulang ke Malaysia?

Sekian lama menimba ilmu, khabarnya sudah menamatkan pengajian tetapi sambung lagi di New York Film Academy (NYFA) pula.

Tak apa dunia sekarang tanpa sempadan, tiada masalah nak dapatkan update pasal ex-girlfriend Zizan Razak ni, oops!

Pelakon berdarah kacukan ini dahulunya menyambung pelajaran di universiti di Michigan dan kini sedang mengikuti kursus dalam bidang perfileman di NYFA mungkin sebagai langkahnya memperbaiki atau lebih mendalami dunia perfileman.

Melalui Instagram Jue ada memuatnaik beberapa foto terbarunya yang sangat manis sekali mengenakan hijab. Adakah dia pun dah berhijrah? Mana tahu, dek kerana ramai yang berubah, Jue pun tertarik untuk sama-sama berhijrah.




Rupa-rupanya dia berpernampilan sopan begitu kerana tawaran filem pendek daripada pengarah daripada Syria yang juga menuntut disitu. Filem pendek bertajuk Freedom To Discriminate menampilkan Jue sebagai wanita Islam dengan penampilan sopan bertudung.




Akibat memuatnaik gambar (bertudung) tersebut di Instagram, rata-rata ramai yang mengecam tindakan Jue itu yang katanya hanya mengikut suruhan manusia tetapi tidak Allah.

Kapsyen foto tersebut bernunyi “Excited to be playing my character today as a Muslim-American woman for one of NYFA Filmmakers project -Freedom of Discrimination” mengundang teguran pedas dan dilihat seperti cuba melihat perkara ini dari satu sudut sahaja.

Antara komen yang diberikan netizen:-

Pengarah suruh pkai tudung bleh plak pkai tp klau ALLAH suruh pakai tudung tutup aurat x nak ikut plak nmpak sgt hati itam alasannya xmau pkai x mai seru lg kah..kahh.."

"Jgn kerana wang, baru nak pakai tudung.. Lepas tu dah habis shutting, bukak semula semua... Ini permainkan hukum agama namanya.. Moga allah beri taufiq dan hidayah pada kita semua~ aamiin"


Entahlah, serba salah nak komen tetapi janganlah kita menghukum, menuduh hati orang lain hitam dan sebagainya sebab siapa kita untuk menilai sedangkan diri sendiri masih insan yang lemah. Murai Baru bukan apa tak sedap didengar dan perkara ini boleh mencetuskan fitnah dan menampakkan Islam itu berkeras kepada kita walaupun ia sangat mudah.

Tidak terlepas memberikan komen adalah pengarah dan penerbit Excellent Pictures, Ahmad Idham yang ingin menawarkan watak kepada aktres itu nanti.

Pembaca Murai pula bagaimana? Apa tafsiran anda untuk perkara ini? Murai Batu rasa tiada masalah untuk tegur Juliana Evans ini. Teguran itu untuk jadikan kita lebih baik dari sebelumnya, bukankah kita semua mahu jadi yang terbaik. Untuk diri sendiri dan juga kepada orang lain juga.

Tapi biarlah berasas, punya elemen yang menyedarkan kesalahan seseorang itu, bukannya menghukum, menghina dan menjatuhkan air muka dengan dakwaan dan hukuman yang sama sekali bukan bidang kuasa anda. Fikir dulu sebelum tulis okay? Selamat berbuka!

2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
10

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 23-7-2014 05:09 PM
Skang ni mmg trend kan amek komen2 kt instagram n fb jdik bahan berita. Senang keje wartawan nowadays
Quote mzzenma 23-7-2014 05:13 PM
Tu yg bontot masing2 makin lebar tu..duk kat meja baca komen ja
Quote achik2009 23-7-2014 05:18 PM
maxim posted on 23-7-2014 05:09 PM
Skang ni mmg trend kan amek komen2 kt instagram n fb jdik bahan berita. Senang keje wartawan nowaday ...

ha'ah...begitulah kekdahnya...reputz duduk depan komputer atau layan hp msg2 sambil goyang2 kaki....pastu skodeng IG dan FB retis...
Quote achik2009 23-7-2014 05:22 PM
mzzenma posted on 23-7-2014 05:13 PM
Tu yg bontot masing2 makin lebar tu..duk kat meja baca komen ja

bole bagi contoh reputz yg bontot makin lebar tak?....
Quote maxim 23-7-2014 05:23 PM
achik2009 posted on 23-7-2014 05:22 PM
bole bagi contoh reputz yg bontot makin lebar tak?....

Zubir




Quote mzzenma 23-7-2014 05:28 PM
achik2009 posted on 23-7-2014 05:22 PM
bole bagi contoh reputz yg bontot makin lebar tak?....


Bak kata maxim..zubir hahah

Tapi zubir sebelum zaman social media lagi bontot dia dah sedia lebar Last edited by mzzenma on 23-7-2014 05:29 PM

Quote famri7 23-7-2014 05:33 PM
Ramai jah ummah macam nih..bila rambut persis bulu cadbury,diorang pakai tudung...bila dah straighten,bukak balik..next
Quote saladin780 23-7-2014 05:57 PM
netizen bangang jer hadap sangat dengan artis2 nih
Quote chazey 23-7-2014 06:00 PM
Yang mengomen itu pun aku berani tuduh solat 5 waktu tidaklah cukup mana.

Quote chazey 23-7-2014 06:02 PM
Shutting. Oh.

Kak, dulu masa kelas BI asyik tidur dalam kelas saja ke?

Sebab itu even pun boleh jadi event?
Quote cascutes 23-7-2014 06:03 PM
Semoga filem pendek ni dpt memberi hidayah pada JE..  
Quote af_1993 23-7-2014 06:34 PM
aikk kenapa tiba2 ramai nk persoal
aku rasa mmg byk retis kt mysia kt drama pakai tudung bila luar free hair ja
cth mcm coughtizcough

Quote lonso 23-7-2014 06:50 PM
doa jelah dia dapat hidayah.. dok pum pang.. pum pang...
Quote musangcomel 23-7-2014 06:52 PM
af_1993 posted on 23-7-2014 06:34 PM
aikk kenapa tiba2 ramai nk persoal
aku rasa mmg byk retis kt mysia kt drama pakai tudung bila luar  ...

khenn
keji la diorg
nak kutuk pon pilih kasih
tu zya zara tu kemain dipuji dlm mr arrogant kan
padehal kat luar tak pakai tudung pon
takde plak kene kecam
berlambak je kat mesia ni yg bila berlakon pakai tudung sbb tuntutan watak katanya
kat luar free hair jugak
Quote nashrudean 23-7-2014 07:09 PM
komen2 dari UNKNOWN pon leh jadi bahan gosip..sungguh xde cerita
Quote catwoman91 23-7-2014 07:21 PM
perlu ke nak kecam si jue ni?? amboi tak de isu saja je cari isu
Quote enchikfitz 23-7-2014 07:28 PM
komen dari keyboard warrior kat IG jugak jadi bahan berita wartawan. Dah takde berita lagi panas ke nak bagi? Malas
Quote enchikfitz 23-7-2014 07:28 PM
komen dari keyboard warrior kat IG jugak jadi bahan berita wartawan. Dah takde berita lagi panas ke nak bagi? Malas
Quote outcast 23-7-2014 07:29 PM
Ala..yg Indah Harlina tuh..elok je pakai tdg dlm  drama.. kat luar gambar ngan si zin mcm nk cium x da lak kecoh2.. sewittt katanya

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065808 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top