CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ramai Tak Puas Hati Dengan Chacha Maembong

4-8-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35724| Komen: 121

Cakap pasal hormat, Cik Pang nak tegur sikit pelakon baru muda jelita, Chacha Maembong yang dengarnya ‘kurang sopan’ dengan kru dan pelakon lebih berusia dengannya, sebelum ini.

Sebenarnya ramai juga meluahkan rasa tak puas hati terhadap adik pelakon popular Emma Maembong ini. Malah, bukan sekali dua Cik Pang dengar cerita hampir sama.

Antara rungutan yang sering melekat di telinga Cik Pang pasal si gadis belasan tahun ini ialah sikap sombongnya dengan pelakon lain dan kru, suka merengek serta manja berlebih-lebihan dengan pengarah.

Malah, ada juga insiden dia dilihat sengaja menghayun beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai, manakala si pelakon yang menjadi mangsa berpakaian lebih cantik daripadanya.




Itu belum lagi kisah insiden pernah kehilangan telefon bimbit atas sebab kecuaian sendiri tetapi disalahkan orang lain.

Paling Cik Pang tak berkenan, lepas buat kesalahan, tak pandai nak ringankan mulut minta maaf atau ada rasa bersalah dalam diri sendiri. Kalau ya pun bukan disengajakan, rasanya tidak salah meminta maaf, kan?

Terbaru, Cik Pang dengar cerita Chacha mula ditegur beberapa pengarah dan kru kerana tidak menjaga penampilan diri sehingga nampak berisi di skrin. Pendek kata, Chacha nampak gemuk dalam skrin.

Walaupun isu mahu gemuk atau tidak itu hak individu, tapi kalau orang mula tegur tetapi langsung tidak mahu diendahkan, rasanya ia bukan lagi berkaitan masalah ‘hak’ tetapi lebih kepada masalah sikap ego dan diva tak bertempat.

Orang mungkin tak kenal siapa Cik Pang secara zahir tapi sebagai pemerhati yang lebih dua dekad berada dalam industri, cuma nak nasihatkan, sebagai orang baru dalam industri seni, kena ada sikap rendah diri dan jangan terlalu bersikap diva melampau hanya kerana nama popular atau sering jadi pilihan stesen TV.

Bukan apa, kalau orang menyampah tahap ‘dewa’, takut beri kesan pula pada hubungan sesama golongan anak seni kemudian hari.

Lagipun, sebagai orang muda dan perlu timba lebih banyak ilmu dalam bidang ini, seelok-eloknya ada sikap keterbukaan untuk terima teguran dan belajar daripada kesilapan.

3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dreamcatcher 27-7-2014 11:09 AM
Ini mmg kategori pelakon muncul sebulan 2 jer. Tah apa citer belakon pun org x igt.
Quote setankuning 27-7-2014 11:22 AM
ni sama kan tak abis skolah gak cam fatimah rohani?
Quote CiliPadiSedap 27-7-2014 11:27 AM
ikan kembong ni sebelum jd artis pun dah berlagak diva. dah lah pendek kemetot tak padan berlagak jd artis
Quote batman_2007 27-7-2014 11:27 AM
Ada peminat ke dia ni?
Quote ladyxez 27-7-2014 11:39 AM
Cik Pang pun , jelita tang mananya chacha ni
Quote cmf_premierleag 27-7-2014 11:44 AM
Aku konpius yaya n chacha maembong ni
Aku cuma tahu emma jah
Ekceli berapa ramai siblings diorg nih??? Apsal muka dia x kokesen?
Quote ZaraPalarae 27-7-2014 11:56 AM
batman_2007 posted on 27-7-2014 03:27 AM
Ada peminat ke dia ni?

Siap ada fan club ko. Nangessss

Quote sunshinelady 27-7-2014 12:00 PM
Kalau perangai buruk ditegur tak dengar memang hampeh sangat la tu.

Tapi dlm banyak2 teguran tu yg aku rasa mcm menyampah, apsal wartawan or  si pihak produksi nak sibuk pasal size badan org? Nak amik yg kurus kering, amik je org lain. Kan byk lagi pelakon lain yg kurus melidi mcm pembaris etc.
Quote achik2009 27-7-2014 12:06 PM


emma_maembong   My nyawa ️ @shikin_maembong @coddy_maembong @beby_maembong @maembong_girls #maembongRaya #emmamaembong #emavengers @emavengers  13h  


Quote achik2009 27-7-2014 12:09 PM
Quote achik2009 27-7-2014 12:11 PM
Chacha Maembong

Quote achik2009 27-7-2014 12:15 PM
Coddy Maembong

Quote adelea 27-7-2014 12:18 PM
Suka betul TT buka thread artis bermasalah ...
Quote bambimo 27-7-2014 12:20 PM
Ye lah cik pang...perangai bff kau je lah yg baik....klo org kutuk bff kau...
Kau backing, kau ckp peminat jealous kbhagiaan rumahtangga bff kau...
Quote mattzzx 27-7-2014 12:20 PM
Antara anak anak perempuan Maembong siapa kah yang paling cantik?
Quote bambimo 27-7-2014 12:24 PM
achik2009 posted on 27-7-2014 12:06 PM
emma_maembong   My nyawa  @shikin_maembong @coddy_maembong @beby_maembong @maembong_girl ...

Brtuah btoi ada anak perempuan ramai...lawa2 pulak tu...kata org anak pompuan xkn tingglkn mak ayah huhuhuhu
Quote achik2009 27-7-2014 12:27 PM
adelea posted on 27-7-2014 12:18 PM
Suka betul TT buka thread artis bermasalah ...

so???...what's your problem?...ni kan Bod Gosip?...kalo tak suka baca tak payah nak masuk sini...bkn ke byk lagi Bod yg bole untuk awak post karangan panjang awak yg hebat2 tu?...it's so simple as ABC...tak payah nak meroyan kat sini...
Quote adelea 27-7-2014 12:42 PM
achik2009 posted on 27-7-2014 12:27 PM
so???...what's your problem?...ni kan Bod Gosip?...kalo tak suka baca tak payah nak masuk sini...b ...

Amboi TT .. busuknya hati ..
ckp macam tu pon panggil org meroyan...

last day pose kot ...


selamat hari raya .. maaf zahir dan batin ...


Quote adelea 27-7-2014 12:42 PM
mattzzx posted on 27-7-2014 12:20 PM
Antara anak anak perempuan Maembong siapa kah yang paling cantik?

Fatimah maembong

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.256834 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top