Azlee (Senario) Takut Jalani Pembedahan Kedua Buang Hempedu Azlee menunjukkan gambar batu dalam hempedu yang dibuang daripada ususnya pada 30 Julai lalu SUNGAI BULOH: Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan. Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 47, berkata, pembedahan tersebut bakal dilakukan selepas dia membuang batu dalam hempedu yang telah memasuki usus di Hospital Pakar Damansara dekat sini pada 30 Julai lalu. "Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu. "Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya kepada mStar Online. Azlee ditemui di kediamannya di Saujana Utama di sini pada Khamis. Hadir sama pada lawatan tersebut adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez, penyanyi Rozita Rohaizad dan pelawak Helmi Gimmick. Dalam pada itu, Azlee mengakui berasa takut ketika diberitahu pihak hospital dia perlu dibedah bagi mengeluarkan batu dalam hempedu yang telah memasuki ususnya.
|
kakikuDibibirmu posted on 15-8-2014 04:13 PM
apa penyebab penyakit ni ya? risau pulak akak dengan pemakanan akak
kakikuDibibirmu posted on 15-8-2014 04:13 PM
apa penyebab penyakit ni ya? risau pulak akak dengan pemakanan akak
anishacute posted on 15-8-2014 05:38 PM
Makanan berlemak.. elok makan sayur ngan buah2.. ai pernah masuk ampang puteri sbb masalah ni.. pe ...
anishacute posted on 15-8-2014 05:38 PM
Makanan berlemak.. elok makan sayur ngan buah2.. ai pernah masuk ampang puteri sbb masalah ni.. pe ...
exclusive_vvip posted on 15-8-2014 08:01 PM
nk tny, jus kulit manggis tu nak beli kat mana uols?... i cam agak2 jer ada simptom2 batu hempedu ...
exclusive_vvip posted on 15-8-2014 08:01 PM
nk tny, jus kulit manggis tu nak beli kat mana uols?... i cam agak2 jer ada simptom2 batu hempedu ...
ADVERTISEMENT