|
Adira Kini Bertudung Penuh, Nafi Kerana Mahu Berkahwin Semalam pun Sheera Iskandar memberikan kenyataan yang sama berhubung keputusan beliau untuk bertudung penuh. Hari ini, Adira AF juga mengambil keputusan yang sama untuk bertudung penuh dan turut sama menafikan ianya ada kena mengena dengan perkahwinan. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adira AF mengakui beliau sudah tiga hari mengenakan tudung dan ianya ikhlas datang dari hati. “Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” ujarnya. Kita doakan yang perubahan ini kekal dan membawakan sesuatu yang positif dalam kehidupan Adira AF selepas ini. Eh, kalau sebab mahu berkahwin pun apa salahnya.
|

arira_arora posted on 20-8-2014 11:41 AM
tk nmpk pic la... tp bgus la die nk pakai tudung... pasai sape pn.. lame2 nnt ikhlas la...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 1.312976 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.