CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop

26-8-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29432| Komen: 126

Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop

Nabil terkejut dikatakan disingkar daripada program Meletop



PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, terkejut dengan berita tersebut sedangkan dia baru saja menandatangani perjanjian bagi menyambung kontrak selama dua tahun bagi mengendalikan program berkenaan.

"Siapalah yang buat gosip macam ini, apa salahnya tanya saya dahulu?

"Terkejut saya apabila membaca gosip tersebut. Saya terus bertanyakan pihak produksiMeletop adakah ia benar sedangkan saya baru saja menyambung kontrak dengan mereka.

"Pihak produksi pun terkejut dengan berita itu kerana apa yang dinyatakan dalam gosip itu adalah salah dan tidak benar," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Minggu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Nabil bakal disingkirkan daripada Meletop oleh pihak produksi memandangkan pengacara gandingannya, Neelofa mahu menarik diri mengendalikan program berkenaan.

Meletop disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.



















Nabil dan Neelofa dalam program Meletop



Laporan tersebut turut menyatakan tempat Nabil akan digantikan dengan pelawak popular, Zizan Razak.

Perkara itu membuatkan Nabil  berasa hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi kerana ia dilakukan tanpa melakukan perbincangan dengannya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, sehingga kini gosip mengatakan Neelofa bakal menarik diri juga tidak diketahuinya kerana dia bersama pengacara wanita itu masih lagi menjalankan tugas masing-masing seperti biasa.

"Saya ada dengar juga mengatakan Neelofa mahu tarik diri. Tetapi sehingga kini pihak produksi tak cakap apa-apa lagi. Peliklah, macam-macam spekulasi pula yang muncul.

"Apa-apapun, saya percayakan pada rezeki. Jika pihak produksi masih lagi mahu saya terus mengendalikan Meletop, itu rezeki. Dan jika mereka enggan menggunakan khidmat saya pun tidak apa. Yang penting biarlah segala urusan dibuat dengan betul," ujarnya.


Sementara itu, Nabil berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Kata pelawak itu, isterinya, Nazirah Ayub, 26, kini sedang hamil dua bulan dan berita itu membuatkan dia lebih bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar lebih stabil pada masa akan datang.

Nabil dan Nazirah turut mempunyai seorang anak bernama Naira Mikayla yang berusia dua tahun.

1

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaywood.NET 26-8-2014 01:36 AM
aku kdg2x jer tengok. tak kesah sngt
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 01:38 AM
okay jah Nabil, kenapa nak buang?

Nabil lagi cute dari Zizan
Quote myrustyme 26-8-2014 01:44 AM
asl r asyik zizan je.. klu betul isu ni plizz org lain selain zizan..
Quote munchkin 26-8-2014 02:08 AM
Syukurlah rzeki masih pada nabil. Siapa lah yang buat cerita tak betul tu
Quote tupaiterbang 26-8-2014 02:14 AM
celaka sket mamat ni..suka buat cerita tokok tambah..
Quote toxicated 26-8-2014 02:30 AM
Takde la suke nabil sangat tapi dia much better la dari zizan mengada tu. Geli betul ngan peel zizan mengacara..kalau neelofa tarik diri tolong lah jangan ambik hanis zalikha..1 segmen kecik dia kat meletop tu pun aku dh rasa alahaiii bila nak abis ni menyampahnye..
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 02:34 AM
hanis zalikhayu tu memang kayu, sama macam lisa kayuhani handle HBO central
Quote ida88 26-8-2014 02:55 AM
Dh takde name laen ke slaen zizan?
Quote missnina 26-8-2014 03:19 AM
sesekali layan gak prgram nni
ok je nabil
zizan? maaf tak berkenan
Quote malaywood.NET 26-8-2014 03:29 AM
aku pun tak suka zizan. nabil lg better.
Quote hungryhenry 26-8-2014 03:50 AM
zizan soo yesterday
klu jihan muse ok jgk
nabil tahap boleyla
Quote gekgucekgi 26-8-2014 04:09 AM
toxicated posted on 26-8-2014 02:30 AM
Takde la suke nabil sangat tapi dia much better la dari zizan mengada tu. Geli betul ngan peel zizan ...

khennnn kayu kayan sangat sheols
Quote kukuKakiKakaKu 26-8-2014 05:06 AM
Jgn ler zizang...boringgg
Quote maxim 26-8-2014 05:09 AM
mmg samdol la klo meletop pn nak bagik kt zizan..dah la af pn die bolot
Quote mzzenma 26-8-2014 05:36 AM
Eww please zizan tu membosankan kut
Keep nabil sbb dia dah okeh sgt dlm meletop tu
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 05:45 AM
yang suka zizan ni ikan kembong jah
Quote Asdira 26-8-2014 05:46 AM
kakikuDibibirmu posted on 26-8-2014 05:45 AM
yang suka zizan ni ikan kembong jah

Hahaha
itu pojaan hati.mmg la suka teramat.hehe
Quote kakasotong 26-8-2014 06:50 AM
Euwwww bosannya muka zizan bersepah ada dimana2. Diserata channel dia ni nak menepek. Ackiok junior ni. Tolongla jgn kasik zizan pgang host meletop tu.

Iols tgk heols dlm karoot komedia pn sudah rasa mau montah
Quote meteorspeed 26-8-2014 07:12 AM
kalu pompuan aku sokong jihan muse, kalu lelaki aku cadang angah atau geng jihan masa wat perodi...(sapa nama dia aku tak ingat)

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057520 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top