Bukti Masih Diminati, Hanez Suraya Terima Lambakan Ucapan Hari Lahir
Walaupun dirinya dikecam teruk di laman sosial dek kerana isu bercinta dengan suami orang, nyata Hanez Suraya masih mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Buktinya, di hari lahirnya yang ke-29 hari ini, pelakon berkulit putih gebu itu menerima lambakan ucapan selamat hari lahir daripada sahabat handai dan juga para peminatnya. Malah, Hanez juga dilihat memberi penghargaan kepada mereka dengan me’re-post’ setiap foto ucapan hari lahir yang diterima di laman Instagramnya.
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Dapat suprise birthday party lagi tau! Pelakon ini nampaknya tabah dengan dugaan yang diterima meskipun kini kecoh di dada-dada akhbar bahawa dia sudah kekeringan tawaran berlakon dek kerana kontroversinya yang lalu. Takpela Haniz. Rezeki kan di tangan Allah SWT. Mana tahu lepas ni dapat tawaran berlakon dengan bayaran yang lumayan pula kan? Apapun, selamat hari lahir Hanez! |




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.286626 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.