CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lewat Daftar Nikah: Ramli Ms & Alyah Boleh Dipenjara

5-9-2014 11:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8248| Komen: 23

Lewat Daftar Nikah: Ramli Ms & Alyah Boleh Dipenjara

Perkahwinan Ramli dan Alyah terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.


PETALING JAYA: Pengarah muzik  Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.

Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.

"Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.

"Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh pada Selasa lalu hadir ke Jais bagi menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri selain buku pernikahan mereka.

Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Kedua-dua pasangan tersebut telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.


Dalam pada itu, Shahrom berkata, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu memandangkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan yang sudah menjangkau usia setahun lima bulan.

"Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35.

"Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan," jelasnya.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 5-9-2014 01:00 AM
yang tak pernah daftar nikah cam awie tu kira macam mana pulak ya ?
Quote kakikuDibibirmu 5-9-2014 01:01 AM
orang yang mempersoal Awie boleh dipenjara
Quote MissLibra 5-9-2014 01:05 AM
uwwwhhh romantiknya kena penjara sama samaaaaa
Quote enchikfitz 5-9-2014 01:10 AM
sambung je la dalam benang yg sedia ada...haih....

Quote sepitsiput 5-9-2014 01:28 AM
okaylah tu...boleh conjugal sex together2 kt penjara...private room girtuh
Quote amirgo 5-9-2014 01:40 AM
Tudia....boleh dipenjara tak lebih 6 bulan
Quote RatuDunia94 5-9-2014 01:52 AM
mesti jauh di sudut hati Alyah mahukan majlis perkahwinan seperti org lain... tp terpaksa menuruti kemahuan suaminya...
Quote kakikuDibibirmu 5-9-2014 02:01 AM
konjoget seks tu amenda sis?

akak tahu konjoget complex numbers jah
Quote Laracinta 5-9-2014 03:57 AM
RatuDunia94 posted on 5-9-2014 01:52 AM
mesti jauh di sudut hati Alyah mahukan majlis perkahwinan seperti org lain... tp terpaksa menuruti k ...

Itu impian semua wanita...even kecik2 dah imagine wedding macam mana...baju, gaun dan lain2..
Kasian dia, dah setahun 5 bulan dah...hope derang buat reception soon...
Kala u kat kampung I, dah dikata kawin free jer lelaki tu..
Quote NHolmes 5-9-2014 05:30 AM
Bayar denda or penjara. Ada duit bayarla denda
Quote maxim 5-9-2014 06:49 AM
Tgh imejin ramli ms dok dlm penjara..
Quote cmf_conan 5-9-2014 08:38 AM
Alyah ngan ramli bkn ke warganegara singapura and kat sini hanya PR jah?
Quote NHolmes 5-9-2014 08:39 AM
Laracinta posted on 5-9-2014 03:57 AM
Itu impian semua wanita...even kecik2 dah imagine wedding macam mana...baju, gaun dan lain2..
Kas ...

Tu dah bagi bungalow tu ha.. Free apenye
Quote ninjago 5-9-2014 09:01 AM
hallaa... takdenye dorg masuk penjara korang....
Quote lazim 5-9-2014 09:59 AM
boleh dipenjara bukannya kena penjara.. setakat boleh dipnjara..ko bayar denda setel la,,, igt muat ke penjara sampai org xdftr kawen pon nk sumbat sekali.
Quote skymania 5-9-2014 10:17 AM
Bayar denda jeh... Xde kne penjara bagai...
Quote tomet05 5-9-2014 11:22 AM
kalau engkar sangat baru penjara kan ..
xdelah tangkap terus penjara .. kejam sagat
Quote biozipstar 5-9-2014 11:30 AM
sian  kaya tapi kene kawen sembunyi2... sebab takot orang cerca ke ape.. cian cian cian
Quote helmeita 5-9-2014 11:38 AM
aku cian kat alyah.. makan hati ..... nak g tau tapi suami yg garang tu tak kasi.. terpaksa pendam jer... hem akhirnya terbongkar dlm keadaan mm ni..... kan malu... ingt sikit Allah masa Berkuasa.... bukan ramli yg mulut lezer tu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047425 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top