CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Siti Saleha Komen Dituduh Dikatakan Bergambar Lucah

11-9-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31288| Komen: 125

Siti Saleha Komen Dituduh Dikatakan Bergambar Lucah


PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.

Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.


























Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.

Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.

Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran.

"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater.

"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya.

Gambar inilah yang menjadi kontroversi.



4

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 10-9-2014 08:47 AM
apa yg lucahnya?
kepala pengomplen ker
Quote kucen_miang 10-9-2014 08:56 AM
wow..woman on top
Quote seri_mawr 10-9-2014 08:58 AM
'Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa."

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.

tajuk teater kat berita tu...kejap ASMARA-RA..
Kejap ASRAMA-RA...
kat baju Saleha "ASRAMA-RA"..

Takde lucah pun gambar Saleha tu...biasa jek tuk org2 yang tak bertudung mcm dia....apalah yang pengomen tu bayangkan sampaikan di kategori lucah...
Quote Syd 10-9-2014 08:59 AM
kucen_miang posted on 10-9-2014 08:56 AM
wow..woman on top

3-some ker?



Quote fifie_olin 10-9-2014 09:00 AM
dia ni ok je...xde gosip liar....
ske tgk dia dlm drama manis
Quote jahcomel 10-9-2014 09:01 AM
suke tngok samarinda dlm bolan posa baru ni y dia jd ibu...ok je watak ibu y dia pegang 2,anak dia nama aidil comel gile..
Quote annehuda 10-9-2014 09:04 AM
lucah ke ni?
Quote kucen_miang 10-9-2014 09:06 AM
Syd posted on 10-9-2014 08:59 AM
3-some ker?

bukan yang. sekali pandang i dah nampak mcm sdg asyik bergelek atas sepasang kaki. so tak payah la leha nak berlakon inesen.
tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata.  
Quote katakau 10-9-2014 09:08 AM
tinggi betol ler imaginasi pengomen2..iols tengok takde mende pon..
Quote nuryakmal 10-9-2014 09:10 AM
she just sitting on a log
Quote meiya_loya 10-9-2014 09:11 AM
aishh.... xde hal nak dijadikan hal... 1st tgk pic neh, xde terpk ape2 pon.. Just terpk pic neh pic candid dari belakang jer.

Isk isk.. bertaubat laa korang yg asyik pk lucah jerw.
Quote azie.dz 10-9-2014 09:11 AM
lucu plak
Quote jeygi 10-9-2014 09:14 AM
dari belakang x nmpk lucah...
tp...kalau depan x tau le pulak...
hihihiiii
Quote Dia_Yuni 10-9-2014 09:14 AM
Dasar pengomen spesies otak berkarat
Quote ninjago 10-9-2014 09:15 AM
ape yg lucahnye?? ntahpapeeeentah
Quote mangkok 10-9-2014 09:19 AM
Sometimes what u consider lucah is a reflection of ur own thinking.
Rasanya takde apa pun yang dianggap lucah di gambar tersebut......pandangan ramai.
Quote leezzaliza 10-9-2014 09:19 AM
Agak nye pengomen tu dok bayang kn leha tgh dok bt aksi naik kuda kot... Bingai toiiii
Quote sue_liah 10-9-2014 09:20 AM
1st yg pengomen tu tgk mesti punkok dia
dah tu imaginasi la yg bukan2
Quote reoreoisland 10-9-2014 09:23 AM
biasa je
korang je kot fikir lebih

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.147026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top