CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Jangan Gaduh Dengan Wartawan" - Sharnaaz Ahmad

25-9-2014 03:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12123| Komen: 51

"Jangan Gaduh Dengan Wartawan" - Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz pernah dihentam media namun menyelesaikan perkara itu dengan baik.


PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, golongan artis juga harus berani mengakui kesilapan yang dilakukan selain bersikap merendah diri dalam apa jua keadaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang seni.

"Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

"Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar di Cathay E@curve di sini pada Selasa.

Terdahulu penyanyi Shila Amzah melakukan kontroversi apabila menuduh media Melayu hanya lebih mementingkan cerita sensasi berbanding akhbar Cina.

Status itu dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sebelum ini sehingga mengundag perdebatan ramai.

Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur bekas kekasihnya itu agar berbuat baik dengan pihak media kerana berkenaan mencipta populariti selama ini dengan bantuan rakan-rakan wartawan.

Katanya, adalah tidak wajar untuk menuduh golongan media hanya mencari ceirta-cerita sensasi tanpa melihat pertolongan yang mereka berikan selama ini.

”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu, medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut menyumbang kepada salah faham lebih besar dalam sesuatu isu melibatkan media dan artis.

Jelas Sharnaaz, pandangan dan fahaman individu yang membaca akan menyebabkan sesuatu keadaan itu bertambah keruh dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berjumpa secara bersemuka sekiranya berlaku sesuatu isu.

"Media sosial ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan sesuatu isu itu bertambah keruh dengan pandangan dan perdebatan daripada pihak lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai filem terbaharunya, Sharnaaz berkata, ia sebuah naskhah yang berbeza daripada karya lain pernah dibintanginya sebelum ini.

Jelas Sharnaaz, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan Kabir Bhatia, namun suntikan pengarah itu terhadap filem berkenaan berbeza dan lebih kepada humor spontan.

"Paling seronok sebab dapat bergandingan dengan Awie dalam filem ini dan ia satu peluang yang cukup berharga selain jalan ceritanya yang berbeza membuatkan saya tertarik untuk terlibat sama," katanya.

Dollah Superstar turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Neelofa, Fizz Fairuz, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain Sharnaaz bakal membuka sebuah pusat kecergasan yang bakal beroperasi pada Oktober ini di Segambut Kuala Lumpur dan hanya mengenakan bayaran RM5 kepada pengunjung.


6

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 24-9-2014 03:19 PM
ermm....dia ni suka nak bikin panas
Quote cemolot 24-9-2014 03:22 PM
dia bukan tengah gaduh dengan wartawan hLive ke?
Quote sepitsiput 24-9-2014 03:24 PM
Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.


habis semua retis ko nak nasihat kan? apsal x bertanding jawatan presiden seniman jah? bajet gud gud ja heols ni
Quote Dia_Yuni 24-9-2014 03:27 PM
cemolot posted on 24-9-2014 03:22 PM
dia bukan tengah gaduh dengan wartawan hLive ke?

ha'ah. Dia pun sama sampai 2 kali kot post kat IG psl tak puas hati dgn wartawan HLive. Apsal tak jumpa depan2 wartawan tu bincang elok2 mcm yg dia cakap.
Quote cemolot 24-9-2014 03:28 PM
Dia_Yuni posted on 24-9-2014 03:27 PM
ha'ah. Dia pun sama sampai 2 kali kot post kat IG psl tak puas hati dgn wartawan HLive. Apsal tak  ...

#NanasNoTelo
Quote NHolmes 24-9-2014 03:29 PM
So gaduh dgn pelakon mengandung boleh eh? Hehehehe

Larikkkk
Quote sepitsiput 24-9-2014 03:29 PM
Dia_Yuni posted on 24-9-2014 03:27 PM
ha'ah. Dia pun sama sampai 2 kali kot post kat IG psl tak puas hati dgn wartawan HLive. Apsal tak  ...

heols kan...


Quote kejoraria 24-9-2014 03:30 PM
naper aku tgk mamat ni makin ari makin gemuk haa
Quote Dia_Yuni 24-9-2014 03:30 PM
cemolot posted on 24-9-2014 03:28 PM
#NanasNoTelo

hesteg baru uolls...
Quote Dia_Yuni 24-9-2014 03:32 PM
sepitsiput posted on 24-9-2014 03:29 PM
heols kan...

Yang atas kepala avatar kaka tu pun boleh
Quote doubleA 24-9-2014 03:34 PM
adalah lebih molek kalau hang tak komen isu ni nanas ooiii.
kang sentap lagi nd lalala, kesian org tua tu dah la ada masalah hutang lepas lagi, anak pulak meroyan kt sosial media tak habis2.
iols simpati
Quote bellaa 24-9-2014 03:44 PM
sape makan cili dia rase pedas...
Quote mokcikKSKB 24-9-2014 03:46 PM
Mamat xde telor mmg mcm ni..bacholll
Quote mizzmimi 24-9-2014 03:47 PM
kah kah kah.. i rasa reputs dah go overboard on this issue la..
lamaran ditolak.. takde kaitan dah.. apa pun tak boleyy..
Quote Ferr_Remy 24-9-2014 03:57 PM
klu ikut prangai heols.. mmg mcm gayboy... sbb gayboy ni dpn balak suka cover macho.. tp bile post status tetap meroyan.. mcm beliau la
Quote Dark_Vampire 24-9-2014 03:59 PM
ha3.....jadi ahli bina badan skang niii
Quote albob90 24-9-2014 04:01 PM
dia ni ckp nak bersara berlakon
Quote faraRosales 24-9-2014 04:18 PM
cmne nak ckp ek ?

sblom dy nasihat org baiklah betulkn diri sndiri dlu .. dy ckp blajar dr pngalaman, dy kalo bgaduh igt dunia x ?
Quote enchikfitz 24-9-2014 04:20 PM
Dia ni mcm nak nasihatkan org, tapi sorry to say, dia sendiri pun x betul. Diam2 je sudah. Takkan x tau permainan wartawan ni mcm mana? Suka bikin panas.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052518 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top