|
Aliff Aziz Mencuri, Berita Kehilangan Kini Terjawab!
Aliff Aziz, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura didapati bersalah mencuri 2 telefon bimbit. Aliff Aziz dikenakan denda $2000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara 20 hari. Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila Aliff Aziz mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. Berikut ialah keratan akhbar Singapura yang melaporkan berita ini:- Sebelum ini Aliff Aziz selalu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada mereka yang mendapatkan khidmatnya setelah sering hilang daripada lokasi penggambaran. Perkembangan ini pastinya menjawab tanda tanya kehilangan Aliff Aziz baru-baru ini. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada penyanyi ini kelak. |


maxim posted on 30-9-2014 11:15 AM
berita kehilangan aliff
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=826323

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048902 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.