CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

'Senario' Belum Berkubur - Lan Pet Pet

30-9-2014 11:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12226| Komen: 48

'Senario' Belum Berkubur - Lan Pet Pet

Kumpulan Senario dianggotai masih dianggotai oleh Azlee Jaafar, Lan Pet Pet dan Wahid.


PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet menjelaskan, kumpulan Senario tidak pernah berpecah atau terkubur apabila mereka kelihatan sepi daripada sebarang projek terbaharu sejak beberapa tahun ini.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya  Mazlan Ahmad, 45, berkata, mereka masih bersama sebagai sebuah kumpulan dan sedang merancang untuk kembali menerusi filem khas buat peminat mereka.

"Kami masih lagi bersama sebagai sebuah kumpulan dan tidak pernah berpecah seperti sangkaan sesetengah pihak malah kami merancang untuk kembali dengan filem terbaharu.

"Bagaimanapun ia masih di peringkat perancangan dan harap-harap ia menjadi demi peminat," katanya kepada mStar Online.
























Lan Pet Pet ditemui ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar  yang diadakan di Cathay E@curve di sini pada minggu lalu.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Sharnaaz Ahmad, Neelofa dan Aziz M. Osman.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober ini.

Selain Lan Pet Pet, Senario turut dianggotai oleh Wahid, Azlee Jaafar dan Saiful Apek.

Dalam pada itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Lan Pet Pet berkata, dia masih menerima tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas secara solo biarpun tanpa rakan-rakannya dari Senario.

Tambah Lan Pet Pet lagi, sekiranya bercuti ke luar negara bersama isterinya, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan dia turut mengambil kesempatan membuat persembahan jalanan (basking) dan mengakui ia suatu pengamalan baharu.

"Pengalaman buat persembahan jalanan di negara orang suatu perkara baharu dalam hidup saya dan paling seronok sebab masyarakat di sana kelihatan cukup seronok dan begitu menyokong dengan kebolehan saya membuat bunyi-bunyian.

Barisan pelakon filem Dollah Superstar.


"Malah ada produksi luar negara yang ingin menerbitkan sebuah program tentang saya dan persembahan jalanan namun ia hanya masih pada peringkat cadangan," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Dollah Superstar, Lan Pet Pet berkata, biarpun dia bukan memegang peranan utama namun dia begitu seronok dapat berlakon dalam sebuah karya yang disifatkan cukup berbeza dan mengangkat komedi spontan.

"Ia sebenarnya bukan sebuah filem komedi tetapi garapan yang ditonjolkan oleh Kabir terhadap jalan cerita dan watak kami sebagai pelakon membuatkan ia mempunyai elemen komedi spontan.

"Pada saya pula ia tidak terlalu membebankan malah watak saya cukup menyeronokkan dan Kabir sendiri banyak memberi kelonggaran kepada saya," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Munnalicious 30-9-2014 06:57 AM
Diorang ni dah tua pon ttp masih nampak spt senario kan. X mcm kebanyakkan retis berkumpulan masa muda kemainnn dah kertu mak oi memboyot pelepek sana sini. Kahakahakaha~
Quote drivethru 30-9-2014 07:02 AM
Mmg dh lame x tgk dorang berlakon. Azlee sorang jer yg selalu tgk kat tv. Tapi cara lakonan dia meluat sgt. Lawak yg dibuat-buat.
Quote somtam 30-9-2014 07:08 AM
Aku dah delete. sorry heee Last edited by somtam on 1-10-2014 06:54 AM

Quote jejarihalus 30-9-2014 07:09 AM
Pernah jumpa dia Kat 1 utama...poyo jer
Quote mizzmimi 30-9-2014 07:10 AM
kalau buat movie jangan dengan mat deham yer..

nanti orang susah nak paham.. hehe *sarcastic*
Quote Orix 30-9-2014 07:16 AM
somtam posted on 30-9-2014 07:08 AM
lan pet pet ni harap2 bertaubat dahla..Sebb dulu tahun 90an akupenah jumpe dia kluar dari kedai cina ...

Uik? Yeke? Dia ni asal kampung kt kedah kan? Penah tgok dia nangis2 cte psal mak ayah dy dlu. Harap dah bertaubat.
Quote fifie_olin 30-9-2014 07:20 AM
aku ske senario dedulu la...skg ni mmg ptt la berkubur jek...
Quote dino 30-9-2014 07:49 AM
somtam posted on 30-9-2014 07:08 AM
lan pet pet ni harap2 bertaubat dahla..Sebb dulu tahun 90an akupenah jumpe dia kluar dari kedai cina ...

wahid sorg je setahu aku tak minum hiks.... anggap la tu zaman jahil diorg.....masa tgh top gile2
Quote redz85 30-9-2014 07:53 AM
dulu suka juga senario .. lepas tu dorang dah takde idea.. sangat bosan.. esp azlee
Quote makton 30-9-2014 08:19 AM
zaman aku budak2 mmg setia dpn tv nak tgk cite diorng.. now mmg bosan.. nak2 time azlee buat mata terbuntang2 lidah terkemam2 bila tgk awek, lan pet2 yg suka cakap terjerit2.. sooooo annoyyy!!
Quote hanie_z 30-9-2014 08:25 AM
susah la senario nak bertapak, sebab lawak dorg dah xrelevan dah sekarang.
mungkin sebab faktor usia sebab pelawak muda-mudi yang semakin diterima sekarang.
ape pun, aku suka senario punya filem masa arahan aziz m.osman.
dia la yang buat nama senario top sebab filem dia best.
tapi, makin lama makin mengarut..
Quote Jagendas 30-9-2014 08:41 AM
zaman senario dah berlalu
tp to be honest aku membesar dgn sitkom diaorg
Quote somtam 30-9-2014 08:46 AM
dino posted on 30-9-2014 07:49 AM
wahid sorg je setahu aku tak minum hiks.... anggap la tu zaman jahil diorg.....masa tgh top gile2
...

semoga mereka yang terlibat betaubatkan..
Quote mijaa 30-9-2014 08:47 AM
dulu petang2 suke tengok senario.
Quote somtam 30-9-2014 08:47 AM
Orix posted on 30-9-2014 07:16 AM
Uik? Yeke? Dia ni asal kampung kt kedah kan? Penah tgok dia nangis2 cte psal mak ayah dy dlu. Hara ...

deleted
Last edited by somtam on 1-10-2014 06:55 AM

Quote ninja boy 30-9-2014 09:48 AM
boleh je layan senario zaman mula2 dulu, skrg ni macam x lengkap tanpa yasin apek dan 2 org lagi nama sorang itu lupa
Quote Jagendas 30-9-2014 09:54 AM
best moment bila senario buat konsert kat singapore
memang full house gempak abis
time tu yassin dgn apek tgh laris
Quote kechikchomel 30-9-2014 09:54 AM
dia ni yg kawen ngan adik che ta tu kan?
Quote tomet05 30-9-2014 10:01 AM
moga filem tuh menjadi dan diterima lah kan

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043001 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top